CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM (1989)

23-7-2013 02:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28912| Komen: 168



Pada 1980-an, stesen penyiaran Radio & Televisyen Malaysia (RTM) terkenal dengan ketegasannya dalam menghalang penyiaran lagu-lagu atas pelbagai sebab. Lagu-lagu yang tidak diluluskan atau diharamkan penyiarannya oleh RTM ketika itu biasanya dirujuk oleh orang ramai dan wartawan hiburan sebagai ‘kena gam’. RTM tidak hanya mengharamkan sesebuah lagu untuk mengawal penyebaran kandungan yang tidak elok misalnya lirik yang kurang sopan atau lucah, tetapi lebih ‘menarik’ sekali apabila RTM juga bertindak mengharamkan lagu-lagu yang disifatkan oleh mereka sebagai sumbang (tidak sedap didengar). Dalam erti kata lain, ketika itu RTM menganggap diri mereka seolah-olah pakar dalam penilaian teknik nyanyian dan permainan muzik, maka mana-mana lagu yang tidak mencapai mutu rakaman yang ditetapkan oleh mereka tidak akan disiarkan. Terdapat juga sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan lagu atau muzik yang boleh menyebabkan sesebuah lagu itu diharamkan, misalnya penyanyi lagu tersebut ialah lelaki berambut panjang, maka lagu tersebut akan kena gam.


Sepanjang tempoh keaktifan RTM dalam mengharamkan lagu-lagu iaitu sehingga tahun-tahun awal 1990-an, banyak lagi sebab yang diwujudkan apabila perlu bagi mengharamkan sesebuah lagu. Ketika muzik rap dan hip hop mula berkembang dengan lahirnya artis seperti KRU, lagu-lagu dwibahasa (Melayu-Inggeris) dan yang menggunakan bahasa pasar (seperti “sempoi”, “gua/lu”) turut diharamkan. Kemunculan lebih banyak stesen penyiaran (terutamanya radio) swasta pada pertengahan 1990-an yang tidak menghalang penyiaran lagu-lagu sedemikian telah perlahan-lahan menyebabkan usaha pengharaman lagu oleh RTM menjadi kurang berkesan kerana pendengar boleh mendengar lagu tersebut melalui stesen swasta.

Sebuah laporan eksklusif pada 22 April 1989 menyatakan bahawa RTM telah mengharamkan “sebanyak 71 buah lagu dari 20 buah album tempatan” hanya dalam tempoh 3 bulan pertama tahun itu. Dinyatakan bahawa sebab pengharaman lagu-lagu itu ialah:

“Kerana nyanyian” – 48 lagu
“Kerana masalah teknikal iaitu vow” – 8 lagu
“Kerana lagu saduran” – 8 lagu
“Kerana senikata” – 1 lagu
“Kerana ciptaan dan gubahan yang tiada keaslian” – 6 lagu

Tajuk lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM:

1. Ababil (nyanyian Ababil) – kerana nyanyian
2. Halu Haloba (Ababil) – kerana nyanyian
3. Umpama Mimpi (Ababil) – kerana nyanyian
4. Warna Cinta (Ababil) – kerana nyanyian
5. Ringgit (Ababil) – kerana nyanyian
6. Rindu (Ababil) – kerana nyanyian
7. Badai Cinta (Ababil) – kerana nyanyian
8. Mawar Jingga (Ababil) – kerana “vow”
9. Hidup Topengan (Ababil) – kerana “vow”

Nota: Dengan pengharaman 9 buah lagu daripada album pertama kumpulan rock Ababil (gambar mereka disiarkan sedang tersenyum, pastinya sebelum mengetahui tentang pengharaman lagu-lagu mereka) menjadikan mereka artis paling banyak lagu diharamkan dalam senarai yang dikeluarkan itu. Satu-satunya lagu Ababil yang diluluskan untuk siaran berjudul Cinta Belum Berakhir.

10. Sisa Cinta (nyanyian Viking) – kerana nyanyian
11. Jeritan Irama (Viking) – kerana nyanyian
12. Teruskan Perjuangan (Viking) – kerana nyanyian
13. Pastikan Kebebasan (Viking) – kerana nyanyian
14. Damai dan Darah (Viking) – kerana nyanyian
15. Viking (Dalam Pelayaran) (Viking) – kerana nyanyian

16. Pancaran Laser (nyanyian Laser Ray / album Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
17. Selembut Sutera (Steeler / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
18. Ilusi Fenomena Cinta (Hydra / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
19. Dunia atau Neraka (Saxo / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
20. Salam Rindu (Rhythm Machine / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
21. Angkara Manusia (A.S.K / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

22. Jangan Kau Pergi (nyanyian Manimala) – kerana nyanyian
23. Selalu Di Hatimu (Manimala) – kerana saduran
24. Kau
Yang Bergaya (Manimala) – kerana saduran
25. Bahagialah Bersama (Manimala) – kerana saduran
26. Beginikah Berakhirnya (Manimala) – kerana saduran
27. Seruling Bamboo (Manimala) – kerana saduran
28. Mandi Mandu (Manimala) – kerana saduran

29. Cik Cik Boom (nyanyian Melissa Saila) – kerana nyanyian & saduran
30. Tarian Kota (Melissa Saila) – kerana saduran
31. Irama Rinduku (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
32. Pesan Untuk Teman (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
33. Kerana Dia Aku Rela (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
34. Harapan Gemilang (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

35. Sengketa Damai (nyanyian Jefriddin & Norzie / album Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
36. Gurindam Jiwa (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
37. Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
38.
Terbuku Di Kalbu (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
39. Joget Malaysia (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
40. Gelora (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

41. Nyanyian Rindu (nyanyian Azman) – kerana nyanyian
42. Pesta Hari Jadi (Azman) – kerana nyanyian
43. Sentuhanmu (Azman) – kerana “vow”

44. Ingatlah (nyanyian Lovehunters) – kerana nyanyian
45. Hidup Sederhana (Lovehunters) – kerana nyanyian
46. Realiti (Lovehunters) – kerana nyanyian
47. Halusinasi (Lovehunters) – kerana nyanyian

48. Namamu Di Hatiku (nyanyian Moses Vadham) – kerana nyanyian
49. Perjalanan Cinta (Moses Vadham) – kerana nyanyian
50. Mencari Cinta Yang Hilang (Moses Vadham) – kerana nyanyian

51. Pelita Kasih (nyanyian Mathias Gomez) – kerana nyanyian
52. Rintik Hujan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian
53. Kerasukan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian

54. Katakanlah (nyanyian Roy) – kerana nyanyian
55. Sepanjang Perjalanan (Roy) – kerana nyanyian

56. Keredaan (nyanyian Shima & The Boys) – kerana nyanyian
57. Kelkatu Gugur Sayapnya (Shima & The Boys) – kerana nyanyian

58. Tragedi (nyanyian Helter Skelter) – kerana nyanyian
59. Digigit Bebayang Silam (Helter Skelter) – kerana nyanyian

60. Permata Budi (nyanyian Ibnor Riza) – kerana nyanyian
61. Damaikan Resahku (Ibnor Riza) – kerana nyanyian

62. Tugu Cinta (instrumental / album Juara Lagu ’88) – kerana “vow”
63. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (instrumental / Juara Lagu ’88) – kerana “vow”

64. Renungan (nyanyian Point Blank) – kerana nyanyian/vow
65. Perisai Cinta (Point Blank) – kerana nyanyian/vow

66. Hero (nyanyian Sharm) – kerana nyanyian/vow
67. Sepi Tak Bertemu (Sharm) – kerana nyanyian/vow

68. Hamba Yang Tak Tahu (nyanyian A. Ramlie) – kerana saduran

69. Cintaku Cintamu (nyanyian Zamree) – kerana nyanyian

70. Tanjung Puteri (nyanyian Loving Born) – kerana senikata

Jumlah lebih 70 buah lagu (tempatan sahaja) yang diharamkan oleh RTM hanya dalam tempoh 3 bulan pertama 1989 mungkin boleh dianggap sedikit dalam zaman tersebut di mana berpuluh-puluh buah album baru dikeluarkan dalam sebulan. Tetapi mengambil kira tempoh keseluruhan zaman di mana RTM aktif mengharamkan lagu, tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa jumlah keseluruhan lagu-lagu yang pernah diharamkan oleh RTM telah mencecah angka beribu-ribu lemon. Dalam tahun 1989 sahaja sudah pasti beratus-ratus lagu menjadi mangsa sekatan RTM dalam usaha ‘murni’ mereka untuk memastikan rakyat Malaysia khususnya pendengar siaran radio dan televisyen RTM mendapat hiburan yang bermutu dan tidak sumbang.

Nota tambahan:Adakah lagu-lagu yang diharamkan dulu masih diharamkan kini? Tidak lagi, kebanyakannya telah boleh disiarkan tanpa sekatan. Contohnya lagu pertama dalam senarai di atas yang berjudul Ababil telah banyak kali disiarkan oleh stesen radio Muzik FM.

Antara cara perlaksanaan sekatan: Lagu-lagu yang diharamkan akan ditandakan secara manual pada kulit album sebagai panduan kepada juruhebah radio untuk tidak menyiarkannya. Di bawah ialah contoh kulit cakera padat untuk juruhebah radio RTM pada 1993.
8

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 23-7-2013 11:22 AM
zaman skarang nis me lagu paling sampah dan bodoh lepas je plak
Quote cheida_mymee18 23-7-2013 11:28 AM
aku paling x boley dengar lagu rembau most wated tuuu
lagi satu lgu indon yg neng nong ngen masyaallah..
serupa abih idea nk buat lirik..
Quote miss_calamansi 23-7-2013 11:29 AM
ishhh..bukan zaman calamansi ni..tapi kalau jaman lening rtm duk gam jgak lagu2 artis yg tahap sampah, agak2 kena boikot tak..mana tau kot2 peminat marah..
Quote shaykays 23-7-2013 11:33 AM
Klu rtm masih bt lg sistem lagu ni..
Mmg byk lagu yg dok tperap kepam xkua2..
bt tambah taik tlinge je dgr
Quote puterikhaleeda 23-7-2013 11:37 AM
lagu ketipak ketipak ke tipung tu ekceli lagu spanish ... tak haram pun walauu tiada keaslian.. .. time dulu kan tak de copy right .. ok laa kot kan..
Quote mitnick 23-7-2013 11:47 AM
yg kne gam sebab nyanyian tue adekah nyanyi key xsampai or suara sumbang yg hamat?
Quote tomet05 23-7-2013 12:00 PM
SEKARANG X SAMA MACAM DULU
Quote syahfiq 23-7-2013 12:13 PM
mitnick posted on 23-7-2013 11:47 AM
yg kne gam sebab nyanyian tue adekah nyanyi key xsampai or suara sumbang yg hamat?

curious jugak.. haram sebab nyanyian tu ape maksudnya.. xkan sebab sumbang kene ban.. takkan mase recording tak sedar nyanyi sumbang..
Quote ogata 23-7-2013 12:24 PM
cheida_mymee18 posted on 23-7-2013 11:28 AM
aku paling x boley dengar lagu rembau most wated tuuu
lagi satu lgu indon yg neng nong ngen masyaal ...

ya Allah..

aku kalau dengar lagu ni  aku rasa nak tumbuk je dashboard...
Quote ogata 23-7-2013 12:25 PM
syahfiq posted on 23-7-2013 12:13 PM
curious jugak.. haram sebab nyanyian tu ape maksudnya.. xkan sebab sumbang kene ban.. takkan mase  ...

sama la..apa mksd krn nyanyian?
Quote miawpink 23-7-2013 12:26 PM
mana gambo ababil tu
Quote biozipstar 23-7-2013 01:03 PM
ogata posted on 23-7-2013 12:24 PM
ya Allah..

aku kalau dengar lagu ni  aku rasa nak tumbuk je dashboard...

aku ase rembau most wanted ok lagi.. lagu yg "betingkek tingkek"... waris gak la.. tu lagi ase nak tumbuk klcc sampai roboh! ahahhahahaa
Quote martiena 23-7-2013 01:04 PM
cheida_mymee18 posted on 23-7-2013 11:28 AM
aku paling x boley dengar lagu rembau most wated tuuu
lagi satu lgu indon yg neng nong ngen masyaal ...

rembau most wanted tu blh la dgr kalo ime2 sangkut dlm jammed bln2 pose ni.....
tpi kalo lagu neng nong neng nong ahmad dhani jer sah2 la pahala pose aku tggl nyawa2 ikan jer .....
cam hampehssss.........
agknya mase compose lagu tu mesti ade ambulance nak laku kan .......
Quote zafira 23-7-2013 01:08 PM
biozipstar posted on 23-7-2013 01:03 PM
aku ase rembau most wanted ok lagi.. lagu yg "betingkek tingkek"... waris gak la.. tu lagi ase nak ...

aku lagi lah xbley dengar lagu tu... kalau aku jumpa rembau most wanted ni rasa macam nak baling taik kat depa.... kalo nak cilok music pun agak-agaklah... aku dah dengar lagu ni yang asal... kumpulan hiphop american nyanyi....... mcm haremmmm..... ptuiiii
Last edited by zafira on 23-7-2013 01:10 PM

Quote gadget 23-7-2013 01:09 PM
cheida_mymee18 posted on 23-7-2013 11:28 AM
aku paling x boley dengar lagu rembau most wated tuuu
lagi satu lgu indon yg neng nong ngen masyaal ...

oh..yg nong neng tue? haha...lagu ahmad dhani...aku suka giler lagu tue...kreatif dan inovative
Quote gadget 23-7-2013 01:10 PM
zafira posted on 23-7-2013 01:08 PM
aku lagi lah xbley dengar lagu tu... kalau aku jumpa rembau most wanted ni rasa macam nak baling t ...

okey je lagu mostwanted rembau tue bagi saya... lagu2 yg saya akan switch off radio kalau dgr adalah semua lagu2 ciptaan eddy hamid... sgt low kelas...
Quote cheida_mymee18 23-7-2013 01:12 PM
ogata posted on 23-7-2013 12:24 PM
ya Allah..

aku kalau dengar lagu ni  aku rasa nak tumbuk je dashboard...

aku selalu pasang thum drive je lagu2 yang aku layan..
dari dgr radio ske pasang lagu rembau ngan nong neg tuu arghh..
kadang bukak sinar lagi best klasik nasional ka hahaha
bertukar citarasa plak
Quote cheida_mymee18 23-7-2013 01:13 PM
martiena posted on 23-7-2013 01:04 PM
rembau most wanted tu blh la dgr kalo ime2 sangkut dlm jammed bln2 pose ni.....
tpi kalo lagu nen ...

hahaha 2,2 aku x boley dengar..
otak boley stroke dengar
Quote machiko 23-7-2013 01:14 PM
ogata posted on 23-7-2013 12:24 PM
ya Allah..

aku kalau dengar lagu ni  aku rasa nak tumbuk je dashboard...

sama la kita!! Really cannot tahan!

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050547 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top