CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Puding Raja, Santapan Warisan Istana

3-4-2017 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9379| Komen: 22|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pisang bukan sahaja sejenis buah tempatan yang kaya dengan khasiat malah pelbagai resipi boleh diolah menggunakan pisang. Dari kek, kuih-muih sehinggalah jus dan smoothie. Jadi, hari ini apa kata kita lihat resipi Puding Raja pula! 




Bercerita sedikit mengenai hidangan dari Pahang ini, Puding Raja pada asalnya merupakan hidangan istimewa untuk santapan diraja. Tetapi kini, semua lapisan masyarakat boleh menikmati sajian ini pada bila-bila masa! Jom kita tengok resipinya.


Jala Emas:
5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

Kelongsong daun pisang - potong sedikit  hujung kelonsongnya / botol roti jala (guna piping bag atau botol muncung halus pun boleh )


Cara Membuatnya:



1. Satukan gula dan air dalam periuk yang sesuai, masukkan daun pandan dan masak sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
2. Kacau kuning telur sehingga sebati dan tapis.
3. Isikan sedikit kuning telur ke dalam kelongsong daun pisang dan kirai ke dalam air gula yang sedang mendidih tadi. (Nota: Kirai seperti membuat roti jala tetapi dalam bentuk bulatan).
3. Biarkan telur dalam air gula selama 1-2 minit dan keluarkan dengan menggunakan chopstick atau pun garfu.
4. Ulang sehingga kuning telur habis (dalam 3-4 kali). Ketepikan jala emas yang sudah siap.


Pisang Goreng:
Pisang yang sesuai untuk buat puding raja ni adalah pisang lemak manis atau pisang emas.

Cara Membuatnya:


Foto: http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.my

1. Panaskan sedikit butter di dalam kuali yang tidak melekat.
2. Masukkan pisang dan panggang sehingga pisang masak. Ketepikan.

Nota: Jika goreng di dalam minyak penuh, goreng pisang sehingga pisang masak atau sehingga ia terapung.


Kuah Puding: (Kredit: Azie Kitchen)
1 tin susu cair
3 biji kuning telur 
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut cita rasa)
Daun pandan disimpul
Esen vanilla

Cara Membuatnya:
1. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. 
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 
3. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. 
4. Masukkan sedikit esen vanila dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap. Sejukkan


Cara Menghidangnya:

Foto: Azie Kitchen

1. Aturkan pisang di dalam bekas bersesuaian.
2. Tabur jala emas diikuti buah prune, ceri merah, ceri hijau, kismis dan biji gajus mengikut kreativiti masing-masing.
3. Akhir sekali, curah kuah yang telah disejukkan ke atasnya. Siap dinikmati!


Bagi yang menggemari pemanis mulut, Puding Raja ini memang tidak menghampakan. Dijamin sedap bertambah-tambah! Selamat mencuba. - CARI


Kredit Resipi: Blog Cik Manggis
18

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
20

Sedih
20

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 3-4-2017 04:06 PM
my peveret!
Quote DeeHanania 3-4-2017 04:50 PM
Sedap yer!!!
Quote pumpkingirl 3-4-2017 04:51 PM
Sedapnya mana nak cari ni
Quote EvieWanKenobi 3-4-2017 05:50 PM
tak pernah makan..

rumit juga nak menyediakannya..
Quote cik-jaja 3-4-2017 06:16 PM
I dah pernah buat, series puas hati dpt melantak banyak2! dapat pisang, jala emas ngan kuah je pun dah cukup
Quote Levespa 3-4-2017 09:34 PM
memang mak selalu buat dari dulu lagi.. memang best nak2 kalau kuah dia banyak..
Quote Missfadh 3-4-2017 09:57 PM
Teringin nak buat. Tp proses nya mcm renyah terus lupakan hasrat tu.
Quote kukukatablog 4-4-2017 07:17 AM
ana patin house ada....
Quote miemiecha 4-4-2017 09:01 AM
mak mek selalu buat.. smpai satu tahap x nak mkn dah.. hwwaaaa
Quote melissa~~ 4-4-2017 04:50 PM
sedapnyer!!!
Quote GigaMom 4-4-2017 11:46 PM
Nmpak sedap tp x sanggup nk buat
Quote moller 5-4-2017 02:07 PM
iols slalu dengar psl puding diraja ni
x prnh mkn g.....
jgn kata x prnh mkn...baru ni iols tgk benda alah ni
Quote greantea 5-4-2017 02:49 PM
tali pusat telur tu mcm mana?
Quote -electrifying- 5-4-2017 03:04 PM
nmpk menyelerakan
Quote KuewTeuwKungFu 6-4-2017 06:36 AM
Check innnnn
Quote KuewTeuwKungFu 6-4-2017 06:38 AM
Sedappppnyerrrr
Quote vanillaninja 6-4-2017 08:57 AM
I suka ni! Selalu beli dekat Ana Patin House je. A bit pricey tapi understood la kot sebab the process nak buat macam rumit.
Quote Noyen 6-4-2017 01:16 PM
tak pernah makan
teringin nak buat tapi nanti takut rasa x sama macam yg asal sebab x pernah makan
selain Ana Patin house, kat mana lagi ade jual?
Quote NekNgah 6-4-2017 04:43 PM
Ini makanan orang Pahang.
Nenek pernah rasa masa pot luck di office.
To me, terlalu manis.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045435 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top