Sambutan sukan Olimpik 2018 bakal dimeriahkan dengan kehadiran pemuda yang menjadi kegilaan peminat lagu-lagu K-pop, Taeyang. Memetik laporan laman sesawang rasmi Sukan Olimpik 2018, penyanyi dan penulis lirik itu diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta dalam perlawanan musim sejuk pada Februari tahun depan di PyeongChang. Menurut Taeyang, muzik boleh menjadi faktor penyatu rakyat berlainan negara dan budaya yang berbeza bukan merupakan halangan. Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young-bae, 29, memiliki seramai 7.4 juta pengikut di Instagram.
Taeyang seorang daripada anggota band paling popular Korea Selatan iaitu Big Bang dan menjadi artis K-pop pertama memasuki senarai berprestij Forbes bagi Celebrity 100. Sementara itu, Penganjur dan Presiden PyeongChang 2018 Lee Hee-Beom berkata, pembabitan Taeyang mampu mendorong peminat dari generasi muda untuk turut serta menjayakan sukan berkenaan. Taeyang menyertai senarai duta dari dunia sukan dan hiburan sebagai langkah mempromosi sukan berkenaan yang akan bermula dari 9 hingga 25 Februari tahun depan.-CARI
|
10
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
23
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT