CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Bersangka Buruk, Tikam Belakang, Kuat Mengeluh - Sampai Bila Nak Berubah?

21-8-2017 01:46 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4955| Komen: 11

Assalamualaikum,
Pastinya hati yang bersih menghasilkan tindakan dan perbuatan yang murni. Jadi, mari bersama menyucikan hati kita daripada penyakit hati yang membinasakan.


Minggu lepas kita bicara berkenaan dengan senyuman, untuk segmen kali ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan salah satu sifat penyakit hati iaitu TIDAK BERSYUKUR, memandangkan baru-baru ini saya ada memberi ceramah di KPKT berkenaan tajuk yang sama. 

Hakikatnya penyakit hati adalah lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Sekiranya hati kita bermasalah maka secara tidak langsung tindakan kita juga akan bermasalah. 

Rasulullah SAW bersabda ;
“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh dan bila ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh, ketahuilah, segumpal daging itu adalah HATI.”

Secara mudahnya, sebagai contoh, jika terdapat sedikit sikap dan sifat yang tidak menunjukkan kita tidak beryukur, makanya penyakit hati mula menguasai diri kita lantas mulalah diri untuk rasa cemburu yang negatif, mengeluh dalam banyak perkara, bersangka buruk kepada Allah SWT, timbul perasaan hasad dengki, barangkali juga boleh berlaku ‘tikam belakang’ dan sebagainya yang terhasil akibat kerana tidak bersyukur.


Secara umumnya, kategori mereka yang berpenyakit hati tidak bersyukur ini adalah seperti:


(1) Golongan ini mungkin diuji Allah SWT dengan lahir dalam keluarga yang tidak berkemampuan. Namun, malangnya, sikap yang malas menguasai diri sehingga tidak langsung mahu berusaha memperbaiki taraf kehidupan keluarga. 

Malah dikatakan, saya redha dan tawakkal kepada Allah SWT biarpun hanya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja. Tawakal bererti sikap berserah diri kepada Allah SWT. Namun, tawakal ini tidak bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.

Suatu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab menjumpai sekumpulan pemuda yang sedang melepak di pinggir jalan. 

“Siapa kamu dan apa yang kamu lakukan di sini?” tanya Umar kehairanan.
“Kami ialah orang yang bertawakal kepada Allah SWT.” Jawab mereka selamba.
“Kamu berbohong. Kamu bukan orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal ialah orang yang menanam benih kurma dan gandum,” jelas khalifah.

Jadi, berusahalah tanda anda mensyukuri nikmat anggota badan yang masih sihat dan punyai kederat.

(2) Mereka yang tidak takut melakukan perkara yang terlarang seperti bermaksiat mengambil rasuah, merompak, membunuh dan sebagainya. Mereka tidak akan rasa bersyukur dengan kurniaan Illahi terhadap dirinya yang punyai akal fikiran untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara itu. 

(3) Sentiasa merungut apabila diri diuji dengan musibah sama ada musibah kecil mahupun besar seperti kehilangan wang ringgit, kecederaan, keputusan peperiksaan tidak baik, kemiskinan, bencana alam dan sebagainya.

Ada sahaja kata-kata yang tidak enak cuba membidas erti syukur itu. Sebagai contoh, saya sendiri pernah mendengar dengan telinga saya sendiri rintihan seorang lelaki apabila menceritakan masalahnya. 

Penceritaannya mengenai masalah yang dihadapinya diakhiri dengan kata-kata:“Aku nak bersyukur macam mana, semua aku dah buat, solat, berdoa, macam-macam dah tapi semua tak selesai juga!!”

 “Jadi semua masalah yang kita kena tanggung, kita masih kena bersyukurlah? Kalau keluarga aku meninggal semuanya, kawan-kawan aku tinggalkan aku, aku kena berhenti kerja, aku seorang-seorang kat dunia ni, aku masih kena bersyukurlah?”

Foto: Carian internet
Kenanglah kata hikmah ini - “Jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki”

Syukur ini begitu luas perbincangannya, namun, perkongsian ringkas ini harap mampu memberi sedikit harapan agar kita sentiasa bersyukur biar apa pun dugaan, rintangan, cabaran dan ujian yang menimpa kita. Ingat, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Kekalkan senyuman, hati yang bersih dan mengadulah di atas sejadah kepada Allah SWT dan bukan di media sosial seperti Facebook dan sebagainya. Juga peringatan buat diri ini dan semua, jangan jadikan dugaan kehidupan sebagai alasan untuk melakukan perkara yang terlarang. 

Teringat saya kata-kata seorang pelajar semasa saya mengendalikan program motivasi Perisai Buat Puteri, katanya apabila disoal mengapa ada teman lelaki, jawabnya “Sebab mak ayah selalu bergaduh, selalu takde rumah, so saya tak dapat kasih sayang, so saya carilah kasih sayang kat luar.”

Tidak kiralah apa pun jua ujian yang menimpa, kita tidak punyai hak untuk menjadikan alasan untuk mencabar kekuasaan Allah SWT. Jadi, sentiasalah kita bersyukur.

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin---- 

19

Bagus
31

Marah
14

Terkejut
24

Sedih
38

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (147 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbow259 21-8-2017 02:05 PM
semoga kita slalu menjadi hmba yg bersyukur.. amin
Quote cik-jaja 21-8-2017 02:29 PM
manusia akhir zaman..
Quote salmon-suki 21-8-2017 02:53 PM
Suka baca artikel ni..sy dlu pernah mngeluh sebab sakit tp ble stay kat wad n tgk macik y kena kanser masih lg mampu senyum,positif,sedikit sbyk merubah hidup sy...Alhamdulillah, Allah nk bg petunjuk melalui cara tu..
Quote raradhia 21-8-2017 02:59 PM
kekdg kita lupa utk bersyukur

syukur alhamdulillah
Quote CiliPadiSedap 21-8-2017 02:59 PM
artikel ini sangat bagus untuk di hadami
Quote moonbug 21-8-2017 03:46 PM
Syukur tu senang pd kata2, tp nak maintain sifat sentiasa bersyukur seiring hati dgn perbuatan yg susah sgt2. Kejap je lupa diri {:thief
Quote diss69 21-8-2017 05:38 PM
syukur akn lebih dihayati bila memandang ke bwh..{:spec
Quote siskepoh 21-8-2017 05:47 PM
sis bersyukur dengan kehidupan sekarang. tak kaya tapi bahagia
Quote devilito2 23-8-2017 10:47 AM
syukur alhamdulillah
Quote manjalara_01 4-9-2017 09:23 AM
x lame dulu manja pernah dengar ceramah seorg ustaz ni
tp x ingat pulak name die...die cerita tentang pengalaman die masa sakit..
tup2..ade anak murid die bg nasihat kat die.."knp ustaz x ikut nasihat yg ustaz slalu bg kat kite"
ahahha...it was quite funny & eye opening ceramah jgk la...
Quote batmana 4-9-2017 07:12 PM
alhamdulillah, bru mkn meggi.
isi perut sudah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067356 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top