CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acu Pisau, 'Ninja' Berjubah Samun Wanita Dalam Surau

21-8-2017 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5804| Komen: 39

Description: Seorang penjenayah yang lengkap berjubah mencemarkan kesucian sebuah surau apabila menyamun seorang kanak-kanak lelaki di sini.
Seorang penjenayah yang lengkap berjubah mencemarkan kesucian sebuah surau apabila menyamun seorang kanak-kanak lelaki di sini.

Dalam kejadian di Seksyen 4 Shah Alam, suspek ala ninja itu mengacukan pisau kepada budak yang berusia 7 tahun sebelum membawa lari beg tangan milik ibu mangsa.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ibu mangsa yang berusia 34 tahun ketika itu sedang menunaikan solat Zuhur di surau berkenaan.

Foto: Harian Metro
“Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila terdengar jeritan anaknya itu dan melihat suspek yang memegang pisau membawa lari beg tangan miliknya.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) surau itu, lelaki berkenaan didapati menutup mukanya dengan topeng dan memakai jubah,” katanya kepada Harian Metro.


Walau bagaimanapun, beg tangannya ditemui semula di sebuah kawasan di Kelana Jaya selepas wanita terbabit menerima panggilan dari seorang pemandu teksi berusia 57 tahun.

"Barangan yang ditemui dalam beg itu antaranya kad pengenalan, MyKid anaknya, kad ATM dan kad daftar hospital. Namun, tiada wang tunai ditemui," tambah Shafien.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis berdekatan. -CARI
13

Bagus
16

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 21-8-2017 03:57 PM
Terdesak sgt kot..sb ic,kad atm dia x kebas...@buang.
Quote Madel 21-8-2017 03:59 PM
Lain kali kalau nak singgah surau or rnr tu..handbag tu simpan dlm bonet kereta la kak long..amik 50inggit selit dlm kocek seluar sudah.
Aku biasa buat gitu le..jadahnya nak hayak ke ulu ilir handbag besor alam gitu.
Quote diss69 21-8-2017 04:05 PM
mesti trauma anknya....
Quote Artemesiaa 21-8-2017 04:06 PM
Penjenayah ada dimana2 dalam sekelip mata macam2 boleh terjadi.  Bahaya biarkan anak tolong jagakan bag tangan sebegitu nasib le dia tak diapa-apakan.  
Quote batmana 21-8-2017 04:06 PM
dua2 salah

pencuri mmgla salah
yg wanita itu tk reti2 ka zmn skrg cmne?
tabung msjid pn org gergaji
ni kan pula beg yg korang bwa

lain kali nk bwa beg, simpan pampers aja sudahla
benda lain smpn kt tmpt lain
Quote raradhia 21-8-2017 04:14 PM
dekat surau pun org nak mencuri, dunia makin menakutkan
Quote manjalara_01 21-8-2017 04:21 PM
raradhia replied at 21-8-2017 04:14 PM
dekat surau pun org nak mencuri, dunia makin menakutkan

kat masjid & surau pun kena ade pakcik guard nampaknye..
elok la sediakan locker skali kan senang? kasian la kat ibu2 tunggal ke yg xde kemampuan nak upah baby sitter or xde kreta sndiri...


guna la stok2 duit tabung masjid utk ni..x kan la mahal sgt kot nak upgrade skit..
Quote lasagnaklcc 21-8-2017 04:24 PM
I rasa takde salah pon bwk handbag besar gabak isi mcm2.

Isunya adalah dlm surau pon org blh merompak acu pisau semua, apetah lagi kat luar.
Quote pocongkiutss 21-8-2017 04:36 PM
Madel: Lain kali kalau nak singgah surau or rnr tu..handbag tu simpan dlm bonet kereta la kak long..amik 50inggit selit dlm kocek seluar sudah.Aku biasa buat ...


Dalam bonet pun ado yg leh buka senang2 je ..baru dpt video pencuri tu siap buat mcm kete sendiri
Quote alieyrina 21-8-2017 04:39 PM
Harap2 duit acik ni ada 2 3 hengget ja dlm bag..nasib jumpak balik kad2 pelbagai tu..renyah nak p buat lain semua dokumen..
Quote afie_m 21-8-2017 04:39 PM
Edited by afie_m at 21-8-2017 04:40 PM

emmm dalam surau pun kena..tempat ibadat plak tu
Quote tayam 21-8-2017 05:11 PM
bahaya dimana2
Quote ~boolean 21-8-2017 05:22 PM
aku sanggup berkepit dengan beg daripada tinggal dalam kereta atau di tempat lain.

kalau rasa tempat tu tak selamat/sunyi, aku letak beg tengah-tengah bawah sejadah sembahyang...tak menganggu sembahyang aku pun..

kalau rasa teramat-amat tak selamat, sembahyang saja di rumah
Quote rainbow259 21-8-2017 06:24 PM
jhat nya.. sggup mencuri kt dlm masjid
Quote rainbow259 21-8-2017 06:25 PM
Artemesiaa replied at 21-8-2017 04:06 PM
Penjenayah ada dimana2 dalam sekelip mata macam2 boleh terjadi.  Bahaya biarkan anak tolong jagakan  ...

betulll.. skrg jenayah bole jd kt mana2
Quote Decaffeinated 21-8-2017 06:29 PM
Pauline Hanson tepuk tangan....
Quote misc 21-8-2017 08:46 PM
alahai dulu surau masjid lah tempat yg paling selamat. sekarang nak solat pun tak khusyuk.
Quote EvieWanKenobi 21-8-2017 09:16 PM
nasib baik dapat balik dokumen2 penting ..
Quote CiliPadiSedap 21-8-2017 11:26 PM
Sebenarnya bahaya solat tempat sunyi. Masjid surau lepas ni dh kena ada guard nampak gaya..

Tempat ramai pun bahaya juga kalau leka  sikit ada lah bawa lari barang..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058999 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top