CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Buah Mata Kucing, Budak 7 Tahun Mati Akibat Tercekik

21-8-2017 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6594| Komen: 55

Description: Tercekik biji buah mata kucing menjadi penyebab seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun maut dalam kejadian yang berlaku di Kuarters Klinik Cure & Care Kandis, Bachok, Kelantan.
Tercekik biji buah mata kucing menjadi penyebab seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun maut dalam kejadian yang berlaku di Kuarters Klinik Cure & Care Kandis, Bachok, Kelantan.


Laporan Astro Awani menyatakan Nor Aina Fariha Mohd Fadzil meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok.

Sebelum kejadian, bapa mangsa iaitu Mohd Fadzil Mohamad, 36 bersama isteri Siti Rugayah Ismail, 38, serta tiga anaknya sedang makan buah mata kucing yang dibelinya di tepi jalan.

Walau bagaimanapun, mangsa meminta untuk makan buah berkenaan berulang kali.

Foto: Astro Awani
"Saya beritahunya dia sudah makan banyak, namun dia tetap meminta untuk makan sebiji lagi sebelum saya memberinya makan.


"Tidak lama kemudian Aina datang dengan suara tersekat-sekat memberitahu dia tercekik biji buah berkenaan. Saya cuba pelbagai cara untuk keluarkan biji buah namun tak berjaya sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Bachok.

"Dalam perjalanan, saya melihat keadaan anak semakin lemah dan apabila tiba, doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," kata Fadzil.

Nor Aina sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai. -CARI
36

Bagus
25

Marah
13

Terkejut
23

Sedih
30

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahsanggul 21-8-2017 03:25 PM
AlFatihah dan Salam takziah.....sayu dengar sbb adik ipar sy jual buah mata kucing
Quote insulin 21-8-2017 03:27 PM
Takziah kepada keluarga ini.
Quote gede-bab 21-8-2017 03:37 PM
Dulu pernah ikuti kursus kecemasan...Kalau tercekik  makanan macam tu bukan kita boleh peluk dari belakang dan tekan bahagian perut sehingga biji atau makanan tu  terkeluar..kalau tau buat nyawa masih boleh diselamat..tapi dah ajal...semoga keluarganya tabah dan jannah lah tempatnya..
Quote moonbug 21-8-2017 03:40 PM
Sedihnya. Baru je mkn buah ni semalam. Tgh musim kan, merata org jual. Innalillah. Semoga keluarga tabah dgn dugaan ni
Quote alieyrina 21-8-2017 03:41 PM
Edited by alieyrina at 21-8-2017 03:43 PM

Buah tu mebi kecik n licin..kalau tak reti makan boleh meluncur masuk tekak..
Quote iwan007 21-8-2017 03:51 PM
gede-bab replied at 21-8-2017 03:37 PM
Dulu pernah ikuti kursus kecemasan...Kalau tercekik  makanan macam tu bukan kita boleh peluk dari be ...

iols pernah tercekik duit rm1 syiling keris emas masa umur 6-7 tahun mcm tu. serius rasa sesak nafas. mak i tepuk2 belakang i kuat2 sampai termuntah duit tu. alhamdulillah umur masih panjang. takziah untuk famili adik ni
Quote bel146 21-8-2017 03:52 PM
my nieces mmg suka makan buah mata kucing nih...kadang2 dorg nk makan sndri,xnk bg kite tolong...bahaya btol...
Quote gede-bab 21-8-2017 04:00 PM
iwan007 replied at 21-8-2017 03:51 PM
iols pernah tercekik duit rm1 syiling keris emas masa umur 6-7 tahun mcm tu. serius rasa sesak naf ...

Syukur ko masih umur panjang dik...
Quote Artemesiaa 21-8-2017 04:01 PM
Sebab itulah pentingnya ibubapa ada pengetahuan asas dalam memberi pertolongan cemas, misal kata terjadi kes sebegini mereka tahu apa nak dilakukan.  
Quote diss69 21-8-2017 04:08 PM
memang tengah musim buah mata kucing skrang ni..SLam takziah buat keluarga arwah..
Quote CikPuanTaurus 21-8-2017 04:11 PM
Keciann,,takziah utk kluarga arwah
Quote q@2a 21-8-2017 04:20 PM
Nk komen lebih2 kita pn ada ank kecik...peringatan utk parents yg ada ank kecik and utk i jgk ni...
takziah utk keluarga
Quote alepmama 21-8-2017 04:25 PM
kesiannya...mesti dia teruja sangat nak makan tu sedap sangat
Quote shernazz 21-8-2017 04:26 PM
agaknya adik ni makan laju laju kot..pastu bijimatakucing ni licin.senang termasuk mulut...
takziah dik..
sedih wei anak mati kat pangkuan
Quote saviour_09 21-8-2017 04:41 PM
kesian nyaa...
takziah untuk keluarga...
semoga dipermudahkan urusan...
Quote mieymiey 21-8-2017 04:58 PM
Takziah buat keluarga adik ni
Quote jazaa100 21-8-2017 05:01 PM
iwan007 replied at 21-8-2017 03:51 PM
iols pernah tercekik duit rm1 syiling keris emas masa umur 6-7 tahun mcm tu. serius rasa sesak naf ...

Mgkin sbb kau lah BNM dah tak keluarkn syiling RM1...
Quote EJALTI 21-8-2017 05:02 PM
Innalillah....

Takziah buat ahli keluarga....
Quote cmf_almondpecan 21-8-2017 05:33 PM
gede-bab replied at 21-8-2017 03:37 PM
Dulu pernah ikuti kursus kecemasan...Kalau tercekik  makanan macam tu bukan kita boleh peluk dari be ...

Heimlich manoeuvre kan ni?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064216 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top