CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bayi Tidak Bergaul, Kurang Bersosial Cenderung Meninggal Dunia?

23-4-2018 04:10 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 2622| Komen: 5|Original author: Oleh: Ayu


Penyelidik dari Amerika Syarikat membuat satu kajian dan mendapati salah satu faktor yang membawa kepada kematian adalah berasa sunyi. 

Dipetik daripada New York Post, hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa orang yang mempunyai hubungan sosial yang lemah mempunyai risiko 50 peratus lebih tinggi untuk mengalami kematian prematur daripada orang yang mempunyai hubungan sosial yang baik.

Mereka mendapati pengasingan sosial meningkatkan risiko kematian, bahkan lebih tinggi daripada orang yang mempunyai masalah obesiti.


Foto: Google

Julianne Holt-Lunstad, Profesor di Brigham Young University yang mengetuai kajian itu berkata, hubungan sosial adalah sangat penting ketika ini. 

"Menghubungkan dan bersosial dengan orang lain umumnya dilihat sebagai salah satu keperluan asas manusia pada zaman ini. Ia sangat penting demi kelangsungan hidup," katanya.

Menurutnya, contoh-contoh yang kukuh antaranya apabila bayi yang tidak diberi peluang bergaul dengan kanak-kanak lain atau kurang sosial cenderung gagal berkembang dan seringkali akhirnya meninggal dunia.
Foto: Google 

Penyelidik juga mendapati hakikat bahawa dengan populasi penduduk di Amerika Syarikat yang semakin bertambah, lebih ramai orang semakin berasa terasing.

Kesepian membuat orang berasa buruk, baik dari segi mental dan fizikal, malah mereka yang kesepian sering mengalami gejala lebih teruk apabila jatuh sakit.


Foto: Google

Kajian terbaru oleh Granset mendapati hampir tiga suku golongan warga emas di Britain kesepian dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah bercakap dengan sesiapa tentang perasaan mereka.

Dalam kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada warga emas berkata, kawan rapat dan keluarga akan terkejut jika mereka mengaku kesepian. Jadi, tidak hairanlah jika kini England mempunyai kementerian yang menjaga masalah kesepian ini. - CARI
14

Bagus
14

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 23-4-2018 04:20 PM
baby pon tau sunyi..
Quote fushimi 23-4-2018 04:46 PM
dewasa pun susah jadi baby pun  susah
Quote salmon-suki 24-4-2018 11:49 AM
Tuju kat psgn retis tu ke y xnak kasi org sentuh2 baby dorg?hihi
Quote mamapea 24-4-2018 11:54 AM
kita mmg perlu berkawan...tp ada masanya kita perlu bersendirian...
apapun tgk keadaan...
Quote SayaSayangMama 25-4-2018 03:12 PM
Mak iols kesunyian kt rumah sbb sorg sorg keluar rumah ikut syuben dan kerja. Dan rasa mlas nk balik kmpung sbb malas nk gaduh dgn beliau. Mcmna eh kecian gak ke dia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.099501 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top