CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ibu Bapa Tak Faham Ke? Jangan Bawa Anak Ada HFMD Ke Tempat Awam!"

31-7-2018 03:17 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8532| Komen: 52|Original author: Oleh: Ain

Hari ini, rakyat Malaysia semakin gusar dengan penularan penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang semakin mengganas menyerang kanak-kanak.

Namun, sangat mengecewakan apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri, tanpa rasa bersalah mendedahkan anak mereka di kawasan awam walaupun sudah dipesan supaya anak dijangkiti HFMD seharusnya dikuarantin.



Ainunnadiah Darus, menerusi laman Facebooknya meluahkan kekesalannya berhubung isu itu. Menerusi postingnya, Ainunnadiah berkongsi pengalamannya merawat seorang pesakit disyaki menghidap HFMD.

Menurutnya, ibu kanak-kanak itu membawa anaknya ke taman permainan walaupun sudah dipesan supaya pesakit dikuarantin dan tidak dibiarkan mendekati anak-anak lain yang sihat.



Eh, eh. Pesakit HFMD aku tadi!

"Tengah syok anak-anak main bubble, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak yang sangat kukenali. Teruja juga nak main bubble dengan tangan dan kaki penuh ruam, air liur meleleh dan nampak ulcer di dalam mulut dia," luahnya.



Rata-rata netizen terutama ibu bapa mengecam sekeras-kerasnya tindakan mana-mana ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini.


Nak tanggung dosa jika berjangkit pada anak orang lain?

"Seronok ibu bapa mereka nak menjadi penyebar penyakit," sindir netizen.



Ramai ibu bapa berasa kesal dan terkilan apabila anak mereka yang sihat terpaksa dikuarantin kerana bimbang penyakit itu berjangkit akibat sikap 'jahil' segelintir pihak.



Patutlah HFMD semakin berleluasa. Ramai sangat ibu bapa mementingkan diri sendiri. Lantaran itu, orang ramai mengusulkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa, sekali gus mengawal penyakit ini daripada terus mengganas.


Kredit foto: FB Ainunnadiah Darus

Semoga semua pihak bertanggungjawab membaca dan 'hadam' artikel ini. Janganlah kerana kejahilan kita, orang lain pula menjadi mangsa. - CARI
30

Bagus
47

Marah
43

Terkejut
52

Sedih
21

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (223 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 31-7-2018 03:51 PM
Yg ni akak betul2 nak ngamuk, smlm ade jiran dtg umah  bawak ank2 dia yg katanya kena hfmd, si abg dah sembuh yg si adik kalo ngikut update kt fb dia sebut baru kena 27hb tu.
Kiranya lum la sembuh lg kan tp dah start bawak merata ank dr ari ahad.
Siap update kt fb plak bawak ank2 tgk wayang sbb kesian dh lama kuanrantin katanya.
Aihhh hamun plak, abis kalo berjangkit kt ank org lain tak kesian ke??
Iols risau ni, jaga ank yg sakit takmo makan takmo minum ni adalah satu mimpi ngeri weh.
Dengarnya org dewasa pun ade yg dah kena gak.
Quote prettyuglybabe 31-7-2018 03:56 PM
makin ramai mak bapak zaman ni perangai bodoh..
susah nak cari mak bapak bijak dah..
Quote awanearisu 31-7-2018 04:05 PM
Patutlah cepat benar kes meningkat.
Quote botol_tritan 31-7-2018 04:06 PM
Rasa nak mencarut je dgr cerita parents yg selfish cmni. Teruk sgt perangai.
Quote cassriena 31-7-2018 04:07 PM
hari raya hari tu anak aku yg 3 thn kene hfmd, mmg berkurung aje lah jawabnya. x pegi beraya langsung. Org dtg beraya pun kitorg duduk dlm bilik, takut terjangkitkan anak org lain. Lg tragis, ayah dia pulak kene tahan kat wad sbb denggi
Quote gummiebear 31-7-2018 04:14 PM
Parents tu tak paham maksud berjangkit agaknya. Dah jadi mak bapak pun bodoh. Geram pulak aku
Quote matkpop 31-7-2018 04:32 PM
teruk nau perangai parents.
Quote shernazz 31-7-2018 04:42 PM
Suchi replied at 31-7-2018 03:51 PM
Yg ni akak betul2 nak ngamuk, smlm ade jiran dtg umah  bawak ank2 dia yg katanya kena hfmd, si abg d ...

Yes..tmpt my husband kt.kpj.ada nurse.dh kena...disyaki punca dari duit..
Quote Artemesiaa 31-7-2018 05:00 PM
Jenis penting diri tak fikirkan keselamatan orang lain.  Anak2 pun waktu kerja pengasuh yang jaga jadi kurang sikap ambil berat tu sebab semuanya disubkan pada orang lain selalunya.   Dalam usaha pencegahan ada elok contohi orang2 dari Jepun dan Korea.  Kalau disuruh kurantin betul2 akan follow.  Yang ada batuk atau selsema sesikit pun gigih dah mereka ni pakai mask bila ada ditempat awam sebab takut akan berjangkit pada orang lain.  
Quote awanearisu 31-7-2018 05:34 PM
Kalau balik dari mana-mana, kena rutinkan basuh tangan. Walaupun setakat ke kedai runcit/speedmart/7e. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Jangan terus nak pegang anak.
Quote rayray28 31-7-2018 06:01 PM
Sek anak iols hrtu ada bdk kena hfmd hr jumaat tetibe hrni dh hantar g sek. 2beradik plak tu..terpaksa cikgu g hantar dia balik rumah balik.sejenis x faham bahase
Quote sheqim 31-7-2018 06:06 PM
akak aku pon same.. kami hantar tempat taska yg sama.. anak dia dh kena ari isnin tak bawak gi klinik ulcer satu mulut.. ari selasa bawak gi taska.. last2 selasa anak aku jangkit.. aku bwk pegi klinik doc kate hfmd, baru dia terhegeh bwk anak dia kat klinik.. pastu blh bwk pegi rumah mak aku adee bebudak lain.. aku tepuk dahi dgn mentaliti akak aku..

aku kuarantin anak aku sampai anak aku melalak nak berjalan nak tgk dunia luar...hahahaha
Quote armin 31-7-2018 08:36 PM
Dah ada kes baby mati pasal HFMD ni.
Quote munchkin 31-7-2018 11:04 PM
Mak bapak babx cam ni elok terajng sampai mampos. Kuarantin ajalah babx!!!. Yg sebenarnya ko yg tak tahan nak keluar bukan anak ko.
Quote salmon-suki 31-7-2018 11:38 PM
Suchi: Yg ni akak betul2 nak ngamuk, smlm ade jiran dtg umah  bawak ank2 dia yg katanya kena hfmd, si abg dah sembuh yg si adik kalo ngikut update kt fb dia  ...

seriusli sis??dah ler sy keje ngn budak2..bmbg gk sbb ada je few budak2 ni mcm selsema,ada y feverish..tp gigih jgk makpak bwk dtg kelas eventhough kami dah ltk notis utk xbwk anak2 y xsehat ke centre..
Takut ler plak bjangkit..so now mmg tiap masa sy sanitize my hands...and elakkn bersentuhan secara terus dgn budak2 ni..uwaaaa..scary~
Quote adeqbun 1-8-2018 08:09 AM
yg sehat lak skang kuarantin..i stop p kenduri,brg2 dapor beli tesco online atau curi2 jap kuar time lunchour..
mmg haramjadah parents dpt cuti kuarantin ni pastu pegi mall..xreti bahasa
Quote shazm85 1-8-2018 09:03 AM
Ada officemate yang perangai macam ni.. tapi bukan hfmd.. sakit mata.. dia hantar je anak dia ke nursery.. alasan cuti nak banyak.. and dia tak inform pun org kat nursery tu anak dia sakit mata
Quote gadis_tulip 1-8-2018 09:07 AM
I rasa fikiran mak pak yang selfish nie rasa ' anak aku dah kena, aku penat2 jaga siang malam, bia mak pak yang lain pon rasa camana aku rasa'.

Tak ke jahaaattt
Quote makkenits 1-8-2018 09:17 AM
aku pun x paham dgn mentaliti parents yg still boleh bawa anak yg kena HFMD ni pi tempat public.. sampai aku plak yg takut nak bawa anak aku pi supermarket or tempat public lain.. kesian anak2 aku dah dekat sebulan x pi supermarket.. walapun duit mak bapak diorg save skit bila diorg x ikut pi shopping barang dapur  tapi at the same time, kesian tgk muka masing2 monyok je bila tau mak bapak nak pi beli barang n diorg x boleh ikut..

masa anak yg kecik tu suspek HFMD, aku amik cuti tp nasib baiklah turn out dia ulcer mulut biasa je.. tp utk parents lain, bila anak kena penyakit berjangkit mcm ni, parents kena korban cuti n bos2 kat ofis pun kena faham benda ni luar jangka n nak tak nak mmg parents kena cuti utk jaga budak yg kena kuarantin.. bg yg keja gomen dpt cuti tanpa rekod 5 hari.. so xde point kata xde cuti n kena hantar gak anak ke umah babysitter/sekolah/transit.. tp jgn plak salah guna cuti utk bawa anak2 yg patut kuarantin tu pi jalan2.. mmg boring terperuk dlm umah tapi carilah xtvt utk isi masa tu..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.112787 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top