CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bagi Peluang Saya Kenal Dia' - Uqasha Senrose

1-8-2018 12:42 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8413| Komen: 29|Original author: Oleh: Ain

Description: Resah gelisah peminat ingin tahu sama ada benar atau tidak Uqasha sedang hangat menjalin hubungan dengan pelakon Ben Amir. Jadi, macam mana? Betul atau tidak berita ini?
Resah gelisah peminat ingin tahu sama ada benar atau tidak Uqasha sedang hangat menjalin hubungan dengan pelakon Ben Amir. Jadi, macam mana? Betul atau tidak berita ini?


Kredit foto: IG Uqasha

Ha, sayangnya Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, bagaimanapun menafikan spekulasi itu, sebaliknya mengakui mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Saya sangat selesa berkawan dengan Ben kerana apabila bersama dengannya, saya boleh menjadi diri sendiri. Doakanlah yang baik-baik ya," katanya.

Menurut Uqasha, dia selesa berkawan dengan Ben kerana tidak perlu berhias berlebihan apabila keluar bersama.



Kredit foto: IG Ben Amir

“Biasalah, kalau kita sukakan seseorang, kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik.

“Namun, apabila dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia tidak merungut pun,” katanya.

Uqasha, dalam masa sama meminta jasa baik peminat memberi ruang kepadanya menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki pun.

“Jadi, apa salahnya saya beri peluang kepada diri sendiri untuk kenal orang baru pula,” katanya.


Kredit foto: IG Uqasha

Semoga peminat mereka tidak kecewa dengan kenyataan Uqasha ini kerana masih ada peluang untuk mereka benar-benar menjadi pasangan bercinta. 

Siapa tahu? Melihatkan kemesraan mereka di media sosial ianya tidak mustahil, kan? - CARI
25

Bagus
39

Marah
34

Terkejut
32

Sedih
32

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (192 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 1-8-2018 12:46 PM
lebih suka tengok Uqasha ngan Fikry..
Quote mieymiey 1-8-2018 01:05 PM
Iols dah agak dah minah ni akan keluarkan statement cenggini
Quote aiennadia182 1-8-2018 01:38 PM
takziah ben...


aku rase ben ni budak baik...
Quote BoongaKertas 1-8-2018 02:13 PM
mcm x pernah ada gosip liar psl ben ni kan. so meols yakin dak ben ni baik orgnya. hrp2 bolehlah bimbing si uqa ni kalau jodoh pnjg.
Quote Burong_Hantuk 1-8-2018 02:23 PM
ungkasha,kao nih bau budu lah!
Quote burberry 1-8-2018 02:38 PM
ala kejap je tu...biasa la uqasha ni...
Quote laksmanabentan 1-8-2018 02:38 PM
bertuah dia ni kan... tak susah nak cari penganti... senang move on...
semoga berkekalan..
Quote Badigol 1-8-2018 03:23 PM
masa dgn hefny pun ckp mcm ni juga..last putus juga
Quote mizruncing 1-8-2018 03:47 PM
hrp tak lama. tak minat laa if theyols couple
Quote matkpop 1-8-2018 04:24 PM
cliche lah retis keluar statement gitu.
Quote matkpop 1-8-2018 04:25 PM
harap tilljannah le.
Quote bukan_ustazah 1-8-2018 04:39 PM
Jadi diri sendiri? rosaakk budak ben nii
Quote RooneyMara 1-8-2018 05:05 PM
"Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki pun"..... Dia kira ke berapa lama dia takde gossip ngan org lain? Hahaha #tanyajer
Quote GreenT3a 1-8-2018 05:33 PM
Statement daripada Ben Amir dari HitUtusan

Link: http://m.utusan.com.my/hiburan/b ... kap-uqasha-1.720481

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan Uqasha Senrose, 26, bintang Air Mata Di Bumi Matador, Ben Amir, 28, enggan membuat penilaian atas setiap kontroversi yang pernah melanda aktres berkenaan.

Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin menegaskan, faktor utama yang diambil kira untuk mendekati pelakon Rahsia Hati Perempuan itu adalah disebabkan sikap Uqasha yang jujur dan telus.


“Sewaktu kami keluar bersama, dia hanya menjadi dirinya sendiri, tidak dibuat-buat. Pendek kata, keperibadiannya adalah asli, bukannya palsu,” katanya berterus terang.

Jelas Ben, dia dan Uqasha mula mengenali antara satu sama lain beberapa tahun dahulu semasa berlakon dalam drama yang sama dan bertemu kembali di set penggambaran Cinta Tiada Ganti pada bulan lalu.

“Dulu kami pernah sekali berlakon bersama menerusi sebuah drama. Namun, pertemuan kali pertama itu adalah sekadar hubungan sesama rakan lakon di dalam set, tidak dibawa hingga ke luar,” jelas Ben mengingati detik awal perkenalan.

Bagaimanapun, ketika menjalani penggambaran telenovela Cinta Tiada Ganti yang kini disiarkan di slot Tiara, saluran Astro Prima, Ben menyedari hubungan mereka semakin mesra dan rapat.

“Uqasha sering menemani adiknya, Nelydia Senrose yang merupakan pelakon utama siri tersebut ke lokasi penggambaran dan sejak itulah kami semakin mesra dan rapat,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE
Quote serawadurian 1-8-2018 09:29 PM
Doa yg baik2..
Quote ariellin 1-8-2018 09:35 PM
Kalau Ben-Nely baru padan
Ben-Uqa mcm kakak adik je
Quote delia3003 1-8-2018 09:35 PM
Edited by delia3003 at 1-8-2018 09:37 PM

Cliche. Bosannye jawapan standard retis.

Balik2 jawapan sama. Boleh masuk tong recycle
Quote tomaz 1-8-2018 09:38 PM
ariellin replied at 1-8-2018 09:35 PM
Kalau Ben-Nely baru padan
Ben-Uqa mcm kakak adik je

Ben nely sesuai kan. Iras2 pon ada
Quote tomaz 1-8-2018 09:39 PM
Tolong la jgn mencemari ben iolsss

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071103 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top