CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Asyik Orang Kaya Masak Dalam Dapur Mewah! - Netizen Sindir Iklan Maggi Merepek

2-8-2018 05:23 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 14888| Komen: 72|Original author: Oleh: Ain

Pernahkah terdetik di fikiran anda bahawa iklan komersial ditayangkan di kaca televisyen (TV) kebanyakannya tidak masuk akal?

Pasti pernah, kan? Yang tidak masuk akal itulah selalunya berjaya menarik perhatian penonton. Itulah strategi pemasaran namanya.




Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menyelar iklan makanan segera  Maggi yang didakwanya langsung tidak menggambarkan realiti kehidupan.


Patutnya iklan dekat dapur buruk



Postingnya itu diselar beberapa netizen yang merasakan pengguna terbabit tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.


Kau sajalah buat iklan tu, asyik nak komplen je



Malah, ada yang berpendapat bahawa ia strategi pemasaran digunakan syarikat Nestlé Malaysia (Nestlé) pengeluar Maggi.

"Kalau tunjuk Maggi standard orang miskin, orang kaya tak nak makan pula," komen netizen.



Pun begitu, sebilangan besar netizen bersetuju dengan dakwaan pengguna terbabit yang menyifatkan kreativiti dipamerkan dalam iklan Maggi tidak kena dengan realiti memakan mi segera di saat 'sengkek'.




Logik iklan Malaysia



Lantaran itu, orang ramai menyarankan agar iklan makanan segera sebegini sepatutnya mengetengahkan watak golongan pendapatan rendah atau pelajar supaya kelihatan seiring dengan realiti kehidupan.


Patutnya pelajar yang kena berlakon



Segelintir pengguna setuju dengan idea berkenaan dan berharap pihak Maggi Malaysia dapat mempertimbangkan idea yang diketengahkan netizen.


Kami nak tengok iklan macam ni


Kredit foto: Twitter

Jadi, apa pendapat anda? Setuju dengan cadangan mereka? - CARI
27

Bagus
33

Marah
12

Terkejut
24

Sedih
27

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 2-8-2018 05:38 PM
takpun, iklan student universiti makan maggi. okay jugak, realistik.
Quote purpler 2-8-2018 05:40 PM
org pegi travel pun mmg tak sah kalau tak bawa maggi....
Quote krustykrab 2-8-2018 05:43 PM
Betul jgk ...cuba buat iklanstudent masak mi magi guna benda yg mcm kt dlm cerek letrik tu dlm dorm..mesti best
Quote dubuk 2-8-2018 05:46 PM
kenapa dia tak buat iklan meratah maggi.. sedap wooooooo
Quote Foxey 2-8-2018 05:50 PM
maggi ni bkn ke org kaya pun mkn gak ke? ke dorg tak mkn? ntah ler... tak terfikir lak nak analyse iklan tu sampai mcm tu...
Quote whitePoison 2-8-2018 06:10 PM
megi tomyam..nyummm
Quote harkktuih 2-8-2018 06:26 PM
rumah besar je dekk..hutang pun besar..jgn kau ingat org rumah besar, kete besar, duit melimpah ruah smpai ujung bulan..
Quote GigaMom 2-8-2018 06:29 PM
Megi ni ai mkn jika teringin nk mkn je
Jika x mmg x boleh nk telan
Quote matchstick 2-8-2018 06:38 PM
Nk tunjuk reality sgt nt org confuse pulok Iklan megi ke Iklan rancangan bersama mu
Quote pearl.silver 2-8-2018 06:45 PM
Yg komen kata klu iklan org miskin nnt org kaya xnk beli..

Mi sedap indon tu aman2 aja wat iklan laki xda duit nk buka posa kt kedai mkn, tokei kedai tu belanja mi sedap..
Elok je takyah tunjuk dapur org kaya, masih org kaya indon beli juga mi sedap tu..

Yg penting kreariviti dan gambo mi siap masak tu menyelerakan..
Quote Skuau 2-8-2018 07:26 PM
apa da...MENTERI pon makan megi gak....
Quote munchkin 2-8-2018 07:41 PM
Apa masalahnya ? Sapa sapa pun makan maggie. Miskin or kaya boleh je makan.

Anyways maggie pedas giler asyik sold out di mana2. Sedapp
Quote Victorioussss 2-8-2018 07:48 PM
Iklan megi tapi masak dlm dapur anak lord. Iklan mmg bongok, kekadang xsampai kat viewers.
Contoh iklan deodorant tunjuk ketiak, iklan pad xnk lak tnjuk pepe*

Abis cmne iols nk tau bgaimana cara2 yang betul nak pakai
Quote pooh~key 2-8-2018 09:42 PM
Victorioussss replied at 2-8-2018 07:48 PM
Iklan megi tapi masak dlm dapur anak lord. Iklan mmg bongok, kekadang xsampai kat viewers.
Contoh i ...

Sis ingat kelakar?
Quote jazaa100 2-8-2018 09:45 PM
Hari tu kan ada MB mkn maggi.....
syarikat maggi dapat idea dari situ kot....
Quote shernazz 2-8-2018 09:52 PM
Hohoho...
Kalau buat iklan.kat asrama ..student student yang berlakon mmg real lah...
Sebab itu lah.yang realitinya..
Quote putericahaya999 2-8-2018 10:16 PM
korNg ni tetiba i rasa lapa
tp stok megi takda
lambatnya esok nk order maggi goreng mamak kat shaaz
Quote MarissaOberlin 2-8-2018 10:48 PM
Keszahhhh pulek Maggi. They ols sejak azali lagi dah berjaya pelopori jenama mi segera kat Malaysia sampai orang sebut mi segera as Maggi
Quote RatuDunia94 3-8-2018 01:59 AM
MarissaOberlin replied at 2-8-2018 10:48 PM
Keszahhhh pulek Maggi. They ols sejak azali lagi dah berjaya pelopori jenama mi segera kat Malaysia  ...

Kann.. Penyembur serangga as Ridsect, ubat gigi as Colgate, minuman koko as Milo.. Apa lagi?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044280 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top