Sekitar tahun 1990an, penonton televisyen (TV) seakan dibius dengan sebuah filem bersiri bertajuk The Cave of the Golden Rose atau lebih dikenali sebagai Fantaghiro.
Siri yang berasal dari Itali itu muncul bagi lima musim dan mengetengahkan watak utama Fantaghiro (Alessandra Martines), seorang Puteri Raja berdarah pahlawan yang berani dan sanggup berperang dengan negara jiran untuk membela kedaulatan negaranya. Puteri Fantaghiro menyamar sebagai lelaki dan beradu kekuatan dengan Putera dari negara jiran iaitu Romualdo (Kim Rossi Stuart), tetapi kedua-duanya kemudian saling jatuh cinta. Dalam siri ketiga, muncul pula watak Tarabas (Nicholas Rogers), seorang ahli sihir yang turut jatuh cinta dengan Fantaghiro. Tarabas menawarkan kuasanya untuk menghidupkan semula Romualdo, dengan syarat Fantaghiro berkahwin dengannya.
Siri ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia sehingga dialih suara ke pelbagai bahasa. Di Itali, siri ini menjadi program yang mendapat rating tontonan paling tinggi. Kesemua pelakon siri ini menjadi terkenal dan mendapat tawaran susulan yang lumayan. Tapi apakah perkembangan tiga bintang ini sekarang? Fantaghiro (Alessandra Martines, 55) Alessandra, ketika kemuncak populariti siri TV itu berkahwin dengan pengarah filem ternama dari Perancis, Claude Lelouch yang berusia 26 tahun lebih tua daripadanya. Lelouch turut berperanan menaikkan nama Alessandra dengan menawarkannya watak di dalam enam filem arahannya. Mereka berdua mendapat seorang anak bernama Stella Lelouch sebelum bercerai pada tahun 2009. Alessandra kemudiannya berpacaran dengan teman lelaki barunya, Cyril Descours, yang 20 tahun lebih muda daripadanya. Alessandra melahirkan anak keduanya iaitu Hugo Descours pada 2012 ketika beliau berusia 49 tahun. Alessandra berlakon hampir 41 filem dan siri TV, tetapi hampir kebanyakan wataknya kini hanyalah pembantu sahaja. Siri TV beliau yang terakhir bertajuk Il Bello Delle Donne dan beliau muncul dalam lapan episod sahaja. Dengan latar belakangnya sebagai penari professional, Alessandra juga pernah menjadi juri bagi rancangan pertandingan tarian The Best dan Dancing With The Stars. Alessandra Martines aktif di media sosial, tetapi hanya memiliki pengikut yang sedikit. Romualdo (Kim Rossi Stuart, 49) Populariti Kim Rossi di negaranya, Itali memuncak selepas siri The Cave of the Golden Rose. Susulan tawaran yang berlimpahan, beliau memilih untuk berlakon dalam filem yang berkualiti antaranya Poliziotti (1995), Sanze Pelle (1994) dan Beyond The Clouds (1995). Selain filem, beliau juga berjinak-jinak dalam teater dan mencuba bakat sebagai pengarah filem (Tommaso, 1996) dan penulis skrip (Angel of Evil, 2010). Rossi berkahwin dengan pelakon Ilaria Spada pada 2015 dan mempunyai seorang anak bernama Ettore. Kali terakhir Rossi muncul di kaca TV ialah melalui sebuah siri penyiasatan bertajuk Maltese: The Mafia Detective pada tahun lalu. Tarabas (Nicholas Rogers, 49) Nicholas Rogers adalah satu-satunya pelakon kelahiran Australia dalam siri berkenaan. Sebelum ditawarkan berlakon, beliau bekerja sebagai model jeans sambilan di Rome. Salah satu gambarnya di majalah fesyen telah menarik minat pengarah siri terbabit, lantas menawarkannya watak Tarabas. Susulan populariti siri itu, Rogers menerima banyak tawaran dan memegang pelbagai watak idamannya antaranya sebagai penyanyi rock dan lanun. Kerjayanya sebagai model juga meningkat dengan tawaran lumayan daripada jenama terkenal antaranya Lagerfeld, Ray Ban dan Chiemsee. Beliau juga memenangi anugerah Pop Rocky Award sebagai salah seorang pelakon terbaik pada tahun 1998. Beliau muncul kali terakhir sebagai watak sampingan dalam filem aksi The Razor's Edge (2005), tapi kerjayanya mulai malap sejak itu. Sejak 2012, sebuah kumpulan peminat Facebook bernama Finding Nicholas Rogers telah memulakan hastags #tarabas dan #NicholasRogers dengan tujuan untuk mengembalikan semula populariti pelakon dan siri berkenaan. Mampukah gerakan peminat ini mengembalikan semula siri popular tersebut dengan barisan pelakon baru? Kita nantikan. - CARI
|
50
Bagus |
42
Marah |
49
Terkejut |
38
Sedih |
55
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Originally posted by yellow belmont at 20-11-2003 02:54 AM:
kalau tak silaplah..dlm tajuknya tulis "rose" jer..
watak hero dlm cerita ni namanya Romualdo..
watak penjahat lelaki yg hensem tu pula namanya Tarabas..
tak ...
Originally posted by low_profile at 2003-11-20 03:41 AM:
kalo tak salah, citer nih from italy...
rasenya sumer ader 6 part...
rasenya part paling last kisah si ramualdo kene sumpah jadi katak...
agaknya biler laa nak tayang balik citer tu kat tv..
dulu kat tv2 tayang sampai part 3 jer kan..
rindu plak nak tgk ramualdo...
Originally posted by sayangidaku at 2003-11-20 05:22 AM:
bila la tv nak tayang balik citer ni.
rasanya ramai yg suka kalo citer ni diulang tayang kat tv.
citer ni bukan asal perancis ke?
Originally posted by yellow belmont at 2003-11-20 02:54 AM:
kalau tak silaplah..dlm tajuknya tulis "rose" jer..
watak hero dlm cerita ni namanya Romualdo..
watak penjahat lelaki yg hensem tu pula namanya Tarabas..
tak ...
ADVERTISEMENT