CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Terbaik Bosku," Tanda Lahir Penuh Di Dahi, Tak Halang Gadis Ini Jadi Model Produk Kecantikan

14-11-2018 11:41 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 6726| Komen: 15|Original author: Oleh: Myeonir

Kita sering disajikan dengan model cantik sebagai penghias muka depan majalah mahupun duta produk kecantikan. 

Semua model sentiasa menetapi acuan kecantikan yang telah ditetapkan oleh masyarakat Malaysia iaitu perlu berkulit cerah, hidung mancung, bibir munggil, ramping dan sebagainya.

Pun begitu, seorang gadis tular di Twitter apabila seorang make-up artist (MUA) telah memuji keyakinan gadis tersebut dengan keunikan rupa dirinya. 

Dia juga telah diangkat menjadi model untuk produk kecantikan tempatan iaitu BeauTYRA.

Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Twitter
Syamimi Afrina memiliki tanda lahir di dahinya pun begitu ia tidak menghalang dia tampil yakin untuk menjadi wajah kepada produk tersebut. 

MUA tersebut iaitu Najila memuji Syamimi kerana tidak seperti kliennya yang lain yang sering mengadu tentang cela mereka, dia merupakan seorang yang mesra dan berkeyakinan tinggi lantas menyerlahkan lagi kecantikan dirinya.

Produk kecantikan BeauTYRA juga telah menerima pujian melambung daripada netizen kerana berani mengubah stereotaip bahawa model seharusnya mempunyai ciri kecantikan yang spesifik.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter
Kecantikan tak seharusnya dipandang dari satu sudut sahaja kerana kecantikan itu adalah subjektif -CARI
35

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 14-11-2018 02:00 PM
nibkalau kawen buleh buat mekap ala2 indon yang macam astro boy tu.senang takyah lukis2
Quote paz 14-11-2018 02:05 PM
Wow dia memang cantik, kelebihan dia tu tambah lagi menarik dipandang.

Well done kepada company ni suka empowerment macam ni.
Quote kisahkeaku 14-11-2018 02:06 PM
i terigt winnie harlow.siap jd vs angel lg.
Quote rosasen 14-11-2018 02:47 PM
bakal menantu tok ti nih
Quote meklalala 14-11-2018 03:00 PM
ooooooooo tyra
Quote saviour_09 14-11-2018 03:11 PM
bagus marketing dia lain dari lain
Quote makita 14-11-2018 03:16 PM
Marketing dia ni meraikan kepelbagaian gitu. Benda yg kite rasa x sempurna, diraikan seadanya.
Dulu ade jumpa bdk u ni muka itam sebelah. Mmg kuat la jati diri terima diri lain da yg lain.
Quote ayjay 15-11-2018 05:20 AM
Dia ni under management bakal abg iparnya si acap. Pandai diorang exploit isu. Good marketing.
Quote missDollie 15-11-2018 07:37 AM
Ntah nape aku rasa lebih kepada nak amek kesempatan..
Quote alaa 15-11-2018 10:13 AM
first time nampak iklan kat fb pasal ni, ingatkan iklan pilis orang bersalin tu.

sorry dik, my bad.
Quote afal1495 16-11-2018 01:12 AM
ustaz pesan, kalau kandungan dah mula membesar agak2 dah mula berpusing.. elakkan lepas didalam, takut melekat kat kepala baby..

kesian baby... boleh jadi penyebab, paham2 sudahlah yer.. sekadar pesan-memesan tambah ilimu kekeluargaan..
Quote Orix 17-12-2018 02:00 PM
alaa: first time nampak iklan kat fb pasal ni, ingatkan iklan pilis orang bersalin tu.sorry dik, my bad.


Samala kita {:cryrun
Quote groundfloor 17-12-2018 04:01 PM
Semoga sukses dek...
Quote yayangmama 17-12-2018 04:17 PM
anak sedara jauh muka dia sebelah mmg ada hitam mcm ni..

baby lg kesian sgt, mak dia biakan rmbut dia pjg, tutup sikit la sebelah pipi tu

harap nt da besa cntik n x segan nk expose diri...xde lah rasa rendah diri tu menebal sgt
Quote b_n_c 17-12-2018 09:05 PM
manisnyaaa bdk pompuan ni...mulut mata cantik.. yg bambam tu pun sweet

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.065335 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top