CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaki Bayi Bengkak Dan Menggelembung: Doktor Salahkan Jururawat, Jururawat Salahkan Doktor

14-11-2018 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7798| Komen: 60|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan terpaksa menanggung derita apabila kaki kirinya bengkak dan menggelembung semasa menjalani rawatan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown ...
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan terpaksa menanggung derita apabila kaki kirinya bengkak dan menggelembung semasa menjalani rawatan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown.


Muhammad Zain Al Fateh Muhammad Faizal Amri menjalani rawatan tersebut selepas dilaporkan mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan hernia.

Foto: FB Abdul Ghani
Harian Metro melaporkan, bapanya, Muhammad Faizal Amri Abdul Ghani, 26, berkata anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) itu terpaksa dipindahkan ke HPP selepas dikenal pasti menghidap penyakit hernia.


Malangnya pemindahan darah terpaksa dilakukan apabila bayi tersebut mengalami tekanan darah rendah.

“Anak saya pernah menjalani beberapa kali pemindahan darah sebelum ini ketika dirawat di HSJ dan tiada apa-apa berlaku sepanjang proses berkenaan dijalankan.

“Bagaimanapun, kali ini doktor memaklumkan pihak jururawat tersalah memasukkan jarum ke saluran pembuluh darah, sekali gus menyebabkan kaki anak saya membengkak dan menggelembung dengan perkara ini dimaklumkan kepada saya pada 12 tengah malam tadi.

“Lebih menyedihkan apabila pihak doktor dan jururawat saling menyalahkan antara satu sama lain. Doktor kata jururawat yang masukkan darah, manakala jururawat pula mendakwa sebaliknya dengan pertengkaran itu berlaku di hadapan saya.” 

Kisah tersebut tular selepas datuknya,  Abdul Ghani Abdul Wahid memuat naik status berhubung keadaan terbabit di Facebook.

Foto: FB Abdul Ghani
Muhammad Faizal Amri menambah, “Pihak hospital mendakwa kejadian itu berpunca akibat pergerakan bayi. Bagaimanapun, ketika proses pemindahan itu dilakukan dia masih dalam pengaruh bius selepas menjalani pembedahan hernia.

“Anak saya kini masih dalam kawalan ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit ekoran beberapa pembedahan dijalaninya.

“Bagaimanapun, saya khuatir kesan bius terlalu banyak akan menjejaskan pertumbuhan bayi.

“Pihak hospital ada memaklumkan saman boleh dikemukakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Justeru, sebentar lagi saya akan membuat laporan polis dan bercadang untuk mengemukakan tindakan undang-undang ke atas HPP atas kecuaian yang berlaku ke atas anak saya.”

Foto: FB Abdul Ghani
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Wan Mansor Hamzah, menyatakan,

“Perjumpaan bersama waris bayi untuk memberi penjelasan mengenai keadaan pesakit sudah dijalankan, hari ini. Waris boleh berhubung secara terus dengan pihak jabatan atau pengurusan HPP sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.” -CARI 
21

Bagus
22

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 14-11-2018 11:05 AM
kesiannya baby tu..  pihak hospital mmg kena bertanggungjawab atas kejadian ni..jgn la pulak elak dan tuduh menuduh antara nurse dan doc..  baby baru nak lihat dunia dah terima nasib mcm tu.. semoga cepat sembuh utk baby tu..
Quote gujiwa 14-11-2018 11:06 AM
kesiannya..
moga cepat sembuh baby..
kalau ada kecuaian mesti hospital patut di pertanggungjawabkan..


moga dipermudahkan urusan..
Quote Khawla 14-11-2018 11:13 AM
Ya allah semoga anak ini cepat pulih sembuh dn membesar spt bayi2 yg lain. Semoga cpt sihat nak..
Quote botol_tritan 14-11-2018 11:18 AM
x berani nak comment dulu. harap forummer yg medical doctor boleh terangkan pasal benda ni supaya ramai boleh faham.
Quote mieymiey 14-11-2018 11:34 AM
Kesiannya baby
Quote jengkoil 14-11-2018 11:42 AM
siannye kat baby..sampi bengkak warna hitam....

nurse salahkan doctor, doctor salah kan nurse? hantuk dua2 kepala tu..kepala yg bengkak bersalah...

kalo ikut SOP, sape yg patut buat blood transfusion tu?
Quote CardiGans85 14-11-2018 12:36 PM
Astagfirullah..apa yang dah jadi ni?

Semoga baby segera sembuh dan semuanya berjalan dengan baik.{:cryrun
Quote stania83 14-11-2018 12:45 PM
doktor yg buat line utk masukkan darah, mana pulak nurse.
Quote moonbug 14-11-2018 12:52 PM
Sakitnya nampak luka gelembung2 tu
Quote ^CUN_GILA~. 14-11-2018 01:15 PM
Aku pilih nurse.  Doktor semua penipu..  Tau nak duit je.
Quote palmolive 14-11-2018 01:21 PM
patut salahkan Najib jek
Quote shernazz 14-11-2018 01:26 PM
Anak iols pon ada bengkak tangan sebab nurse dok sumbat kalsium ..dh beku pon masih dia masukkan ..last laar tersumbat..
Weols berulang alik spital.with many appt dgn ortho..nicu..radiology
Penat x terkata...nurse sure xkan ngaku...
N.iols still tenang masa tu...iols cakap..xpe kita tengok beberapa minggu ni...
Pakar ckp kalau ada apa apa discharge atau demam..trus gi emergency...
Alhamdulillah...skang dh surut..
Iols.memahami.perasaan.akak neh...mmg nanges siang malam.laa
Quote Atata 14-11-2018 01:29 PM
aku paling menyampah org yg kerja satu team tp depan client salah menyalah satu sama lain. Ingatkan kompeni cikai je ada budaya ni. Rupanya dlm hospital pun sebodoh ni ya
Quote Foxey 14-11-2018 01:42 PM
kesian baby ni. tengok je pun dah rasa sakit. ni kan dia yang merasa nya
Quote camrey 14-11-2018 01:46 PM
Atata replied at 14-11-2018 01:29 PM
aku paling menyampah org yg kerja satu team tp depan client salah menyalah satu sama lain. Ingatkan  ...

Alangkan LGE Menteri Kewanangan boleh salahkan pegawai dia pasal titik perpuluhan kat paper lagi
Taraf Menteri  kabinet pun boleh salahkan staff dia
Ini kan pula staff gomen
Tak heran pun
Quote camrey 14-11-2018 01:47 PM
Foxey replied at 14-11-2018 01:42 PM
kesian baby ni. tengok je pun dah rasa sakit. ni kan dia yang merasa nya

Itu la kannn kesian nya
Quote asyriqa 14-11-2018 01:55 PM
Aduhh nengok pun rasa sakit ni kan plak yg nanggung sakit baby kecik gini..moga diringankan beban kesakitan baby ni n cepat sembuh ye
Quote FailFish 14-11-2018 02:11 PM
aku tak boleh betul la kalau tengok budak2 jadi mangsa
inikan pulak baby
harap kementerian kesihatan buat statement cepat2 untuk clarify siapa salah and apa rawatan susulan now
Quote armin 14-11-2018 02:33 PM
Bukan ada report ke sape masukkan darah semua?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.051624 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top