CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Bunuh Diri Kerana Malu Dipaksa Botak

15-11-2018 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6172| Komen: 24

Ibu bapa remaja berusia 15 tahun menyalahkan pihak sekolah selepas anak mereka membunuh diri dipercayai akibat dipaksa memotong rambut.

Memetik Shanghaiist, ibu bapa Bi Xiaoli mendakwa remaja itu dibawa gurunya ke sebuah kedai gunting rambut pada 22 Oktober di mana kepalanya dibotakkan.



Foto: Shanghaiist

Media tempatan melaporkan, Bi Xiaoli dikatakan enggan kembali ke sekolah kerana terlalu malu dengan rupanya yang botak.

10 hari selepas insiden itu, Bi Xiaoli dilaporkan melompat dari bangunan kediamannya di Xian, wilayah Shaanxi, China pada 2 November lalu.

Sementara itu, pihak sekolah menafikan guru terbabit memaksa mangsa membotakkan kepalanya, sebaliknya dia hanya mengarahkan supaya remaja itu memotong pendek rambutnya.


Pihak sekolah juga mendakwa guru berkenaan sudah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa Bi Xiaoli untuk memotong rambut remaja itu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan pesanan ringkas Bi Xiaoli kepada rakan-rakannya menunjukkan betapa malunya dia dengan keadaan rambut barunya itu hingga dia memberitahu bahawa dia tidak akan hadir ke sekolah selagi guru terbabit masih hidup.

Menurut laporan, walaupun pihak sekolah bertegas tidak bersalah dalam kes itu, mereka menawarkan 100,000 yuan (RM60,358) kepada ibu bapa mangsa sebagai pampasan.

Mereka bagainamapun menolak tawaran itu, sebaliknya meminta 1.2 million yuan (RM724,272) daripada sekolah terbabit, namun pihak sekolah mengugut akan memfailkan saman malu terhadap ibu bapa mangsa kerana telah menjejaskan reputasi sekolah.

Kes masih dalam siasatan dan motif guru terbabit memaksa mangsa memotong rambut masih belum dikenal pasti. - CARI
8

Bagus
21

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 15-11-2018 12:08 PM
dah napa nak potong rambut anak org tu
Quote gaara_X 15-11-2018 12:10 PM
ermmm....mmg tak heran kalau kat china...
Quote intan_smsb 15-11-2018 12:12 PM
okla.. lepas ni x nak paksa anak2 potong borak lagik
Quote zulka 15-11-2018 12:21 PM
alah rambut je pun..2 mggu dah tumbuh balik cehhh
Quote Artemesiaa 15-11-2018 12:59 PM
Alasan nak potong bagi pendek potong pendek jer ler yang terus gondolkan rambutnya tu mana tak stress untuk remaja sebaya tu.
Quote chinta89 15-11-2018 02:06 PM
mcm ni pun ade
Quote linapham 15-11-2018 02:31 PM
Thanks for the valuable information and insights you have so provided here. mario kart racing
Quote eunoia.alpas 15-11-2018 02:33 PM
Hati tisu sgt mendiang tuuuuuu
Quote mieymiey 15-11-2018 03:19 PM
Ditolaknya RM60,358 demand nak RM724,272 pulak.
Hujung-hujung kena ugut saman
Quote palmolive 15-11-2018 04:17 PM
lembik nau generasi media sosial ni hah
Quote Supersirap 15-11-2018 04:19 PM
kesian pula apabila mendengar berita sebegini, sepatutnya isunya kechil  dan nipis sahaja, tidak perlu sampai membawa ke bunuh diri
Quote clarizsa 15-11-2018 04:31 PM
I pun x suka hal kena potong2 rambut ni
Anak lak pantang cikgu tegur skit gedik2 nk p potong rambut padahal pendek lagi. Dan cikgu tu sbnarnya tegur budak lain

Suka sgt nk potong rambut dia
Obsess apa ntah
I lagi suka budak rambut fesyen2
Tapi dh sekolah kerajaan tpksa la ikut peraturan

Rambut pendek pun masih org konpius igtkan gegurl sbb muka jambu
Quote noor2 15-11-2018 05:55 PM
Anak sulung akak gunting rambut memang gondol. ..tak ada bergaya2 langsung. ..dia sendiri suka gondol2. ..bukan botak tapi gondol....
Quote giyomi 15-11-2018 06:47 PM
mugkin slama ni di hot student dgn fesyen rambut n trauma bila rambut digondolkan
Quote kroit92 15-11-2018 07:13 PM
zaman aku sekolah dulu, cikgu disiplin potong rambut budak sampai tobek-tobek

besok sampai sekolah, sape yang semalam tobek tu, ramai-ramai kepala bulat

happy je diorang, sebab dapat perhatian
ye la, budak nakal ni bukan jahat sebenarnya, nakkan perhatian je
dapat perhatian, suka la
Quote spiderman80 15-11-2018 07:19 PM
Pelajar sekolah Cina kena berambut pendek serupa penghuni penjara
Quote jiji85 16-11-2018 10:33 AM
overnya kau dik..zmn kakak sekolah dulu kalau ada budak lelaki d botak kepala bangga dik..sbb femes 1 skolah d kenali bad boy dan wanita pun berpusu2 hantar surat cinta.
Quote Foxey 16-11-2018 01:45 PM
alaa. bukannya tak tumbuh balik rambut tu. takyah gi sekolah ar selagi belum tumbuh rambut. or pindah ke sekolah lain.
Quote puteribaya 16-11-2018 04:44 PM
kroit92 replied at 15-11-2018 07:13 PM
zaman aku sekolah dulu, cikgu disiplin potong rambut budak sampai tobek-tobek

besok sampai  ...

kan..cikgu displin sewel..tobekkan kepala..tapi rileks je dak dak tu,,siap senyum simpul sambil angkat2 tangan..populer

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052853 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top