CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Duit Tak Boleh Beli Maruah" - Netizen Tempelak Aliff Syukri Luah Perasaan 'Kena Game' Dengan Astro

19-11-2018 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6645| Komen: 27|Original author: Oleh: Ain



Hati mana tidak terguris jika wang dan titik peluh sudah ditabur bagi menjayakan sesuatu program, namun segala usaha tidak dihargai.

Itulah apa yang dirasakan penaja utama Gegar Vaganza 5 (GV5), Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan meninggalkan malam akhir program berkenaan kerana salah faham dengan pihak Astro.



Menerusi video di laman Instagramnya, Aliff meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dibenarkan membuat persembahan bersama beberapa rakannya di atas pentas GV bagi mempromosikan lagu terbarunya, Biar Apa Orang Kata.


Saya bayar berjuta-juta, jangan layan saya macam budak sekolah

"Saya mohon maaf pada Datuk Seri Vida, Datuk Seri Salmah, Zoey Rahman dan Kak Girl yang datang dari jauh tadi. 

"Sepatutnya mereka menari sekali, tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya?" luahnya.



Walaupun ramai bersimpati dengan nasib menimpa jutawan kosmetik itu, ramai juga mengecamnya kerana disifatkan cuba meraih simpati dengan memuat 'drama air mata orang kaya'.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa Aliff cuba meraih publisiti untuk lagu terbarunya. Malah, ramai juga menyifatkan apa yang berlaku adalah balasan kepada Aliff kerana tidak menjaga perasaan orang lain sebelum ini.


Itulah perasaan orang yang dihina sebelum ini


Kredit foto: IG Aliff Syukri

Sementara itu, mStar Online melaporkan pihak Astro enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Aliff memuat naik rakaman video berkenaan kerana sebelum itu, semuanya sudah dinyatakan dalam perbincangan dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu.

"Sebenarnya, kita dah bincang dengan Datuk Aliff yang dia boleh menyanyi, semuanya dah dinyatakan dengan jelas.

"Bagi kami semuanya dah selesai, apa dia minta kita dah penuhi seperti telah dijanjikan cuma mungkin ada salah faham.

"Apa yang menyebabkan dia tak puas hati, kita tak boleh nak komen lagi kerana kita perlu dengar dulu kenyataannya dalam sidang media yang akan Datuk Aliff buat nanti," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal kepada mStar Online.

Apa yang akan disampaikan Aliff pada sidang media itu nanti agaknya? - CARI


20

Bagus
40

Marah
28

Terkejut
28

Sedih
16

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 19-11-2018 12:51 PM
ok, kenapa hauk-hauk sangat  rupa model dalam bidio klip kau tu nyeh..
Quote RatuDunia94 19-11-2018 01:00 PM
Ssriously heols ni trying so hard nk buat lagu... to so far xde yg iols berkenan. At least DSV melekat juga lagu I Am Me tu.  Even Safiey pon catchy lagu Syinta Gila nya..
Quote buragazz 19-11-2018 01:08 PM
Eleh.. ko pun hadap kan dengan Astro klu tak takkan ko beriyer nak taja.. sebab ko tau sales mencanak sebab Astro bagi slot bukan sahaja Commercially boleh buat live lagi..
Dia ni mesti ingat sebab aku dah taja so sesuka hati aku lah nak buat apa.. Astro walau aku pun kadang2 menyirap tgk ko.. next year klu nak teruskan tolong review balik konsep tajaan dan klu boleh blacklist geng2 bapuk siam dan geng2 itik angsa nila ni.. klu tak tak payah dah sambung buat GV..
Quote Melorqe 19-11-2018 01:11 PM
Cukoo, Ke EpCi tak de pun sebuk tergedik2 ganggu persembahan.
Kami nak tengok GV je, bukan nak tengok tokey2 ni promot barang.
tak de class la tok Lip. cari la marketing staff yg qualified dan beretika.
bukannya  yg pegi kursus ribu2 bang Jijan tu.
Quote Melorqe 19-11-2018 01:15 PM
buragazz replied at 19-11-2018 01:08 PM
Eleh.. ko pun hadap kan dengan Astro klu tak takkan ko beriyer nak taja.. sebab ko tau sales mencana ...


siapa la mengajar dakyah marketing macam ni?

Quote buapakperut 19-11-2018 01:16 PM
Themilo: ok, kenapa hauk-hauk sangat  rupa model dalam bidio klip kau tu nyeh..

kutip kat tepi jalan saja kot. tak rembes langsung oeversea katanya
Quote buapakperut 19-11-2018 01:17 PM
maruah apa saja yang khau ada, setakat duit berkepuk
Quote malutapimahu 19-11-2018 01:43 PM
dok merempan2 pon last2 jangan lupa tgk video muzik saya di youtube abg terlajak laris..
Memang xkan dah xkan pernah aku sub youtube kau toklip oiii xmengembangkan otak menguncup2 ja ada..
Quote tobobon 19-11-2018 01:54 PM
meols rasa ni semua rancangan astro jer.. maklumlah GV kan harus pprt konsepnya

dulu masa alif ni taja AF, ade ker heols over mcm ni???

lagi satu, ingatkan bila vida dah xde menaja GV ni kuranglah sikit ke 'PPRT' an nya...rupa2 nya sama jer... overness too  much

so i am suspecting that astro want them to be over the top gitu...
Quote chicozinn 19-11-2018 02:11 PM
Ya Allah, hauk to the maxxxxx org2 dlm mv toklajakponen ni..kakgirl, udah la meollss da unfollow ko..makin mengada lak nak upkan diri ko tapi haukk
Quote chinta89 19-11-2018 02:14 PM
udah2 lg bagi penaja muke sgt....
Quote kucingitam 19-11-2018 02:45 PM
maruah dia dah hilang sejak2 gabung dgn sajat dan sorang lagi tah apa namanya tu
Quote Megikari 19-11-2018 02:46 PM
Mcm tengoh video a bunch of losers-in-denial
Quote besarkecik 19-11-2018 03:20 PM
Lep, kau pakai tangkap muat asal boleh kan pilih model ni?  Dengan pompuan betis pemain bola, abg sado yang ntah mana asalnya..
Quote CrowneGlory 19-11-2018 03:32 PM
itu rupa model2 antarabangsa yg dia banggakan? more like 3rd class latino hooker jah
Quote renko 19-11-2018 03:38 PM
gv rancangan bodoh untuk orang2 bodoh menaja n menayang produk2 bodoh diorang
Quote tri-max 19-11-2018 04:19 PM
GV aku hanya layan 1st dolu
yg skrg tak pernah rasa hati nk follow
tambah plak si alip ni jadi penaja, lagi la hauk rancangan ni
Quote Zaien 19-11-2018 04:36 PM
ko kaya jdi ponder udah lerrr..
xpyah la buat lagu promote lagu..
mcm sedap bebenor sore ko tu...
Quote Cyempaka 19-11-2018 04:42 PM
elok la tu. sujud syukur sgt. kau igt orang hadap ke nak tgk segala vida, kakgirl semua tu begelek atas pentas. murung malam ahad orang tau tak. orang nak GV, nak tgk BZ nak tgk zamani.. xde sapa hadap nak tgk kauorang.

bapak sapa la dia angkut jd model tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053431 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top