CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Sekawan Maut Kebakaran Rumah Kedai

12-12-2018 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6385| Komen: 68

Lima sekawan maut dalam kejadian letupan dan kebakaran di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, Ipoh, jam 1.54 tengah hari semalam.


Memetik Berita Harian, kesemua mangsa dipercayai rakan sekampung dari Kampung Sri Aman, Menglembu, berusia 16 hingga 19 tahun dan bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.

Menurut laporan, mangsa adalah Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, Mohammad Nuraiman Abdul Rahman dan Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, masing-masing berusia 16 tahun manakala dua lagi ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 17 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.


Foto: NSTP


Kejadian itu dipercayai turut mengorbankan majikan mereka iaitu P Thiagarajan, 40. Menurut polis, identiti kesemua mangsa yang rentung hanya boleh dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Abdul Rahman Bahak, 45, bapa kepada Mohammad Nuraiman berkata, anak sulungnya itu mahu bekerja sambilan kerana mahu menolong keluarga.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin, Mohd Kamari Talib, 52, berkata, anaknya mengikut rakan sekampung untuk memasang khemah.

“Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140,” katanya. - CARI
21

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 11-12-2018 08:16 PM


Berkenaan apa kah? Kontraktor letupan kuari  ke?
Quote MissNigga 11-12-2018 08:46 PM
Sabo..? Khianat...?
Quote moonbug 11-12-2018 08:56 PM
Tong gas ke yang meletup? Takziah untuk keluarga mangsa-mangsa. 6 orang mati sekaligus
Quote edee_91 11-12-2018 09:05 PM
kat perak pun ada nama tempat meru kan, sama dengan selangor.
Quote edee_91 11-12-2018 09:44 PM
5 sahabat sehidup semati
IPOH: Lima pekerja di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini yang maut dalam kejadian letupan dan kebakaran premis berkenaan hari ini dipercayai rakan sekampung.

Kesemua mangsa terbabit yang berusia 16 hingga 19 tahun berasal dari Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini dan dipercayai bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.

Mereka dikenali sebagai Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, Mohammad Nuraiman Abdul Rahman dan Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, masing-masing berusia 16 tahun manakala dua lagi ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 17 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.

Dalam kejadian jam 1.54 tengah hari itu, majikan mereka dikenali sebagai P Thiagarajan, 40, turut dipercayai terkorban.

Keenam-enam mangsa berkenaan dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa hanya boleh dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Aminuddin Tan, 50, bapa kepada Ahmad Faizal, berkata anak keempat daripada lima beradik itu ada memaklumkan tidak dapat menonton bola sepak (perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018) malam ini kerana perlu bekerja.

“Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.

“Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati.

Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran ,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Mohd Husni Kasman, 47, bapa kepada Mohammad Nor Ikram pula berkata, anaknya meminta wang sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja pagi tadi.
“Dia minta RM5 pada saya untuk duit belanja ke tempat kerja tetapi saya agak terkilan kerana tidak mempunyai wang tukar kecil.

“Nasib baik maknya ada duit kecil dan berikan duit itu kepadanya,” katanya sambil sebak.

Seorang lagi bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata anak sulungnya, Mohammad Nuraiman menghantarnya ke tempat kerja kerana ingin meminjam motosikalnya pagi tadi.

“Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’,” katanya.

Mohd Kamari Talib, 52, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin pula berkata, anak keduanya daripada tiga beradik itu mengikut rakan sekampung untuk memasang khemah.

“Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.

“Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140,” katanya.

Sementara itu, Azizon Razlan, 43, ibu kepada Muhamad Azhar Shah pula berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu sudah dua bulan bekerja.

“Semalam dia beritahu hari ini dia kerja dan ingin pinjam motosikal kakaknya serta tidak berkelakuan pelik.

“Dia memang seorang anak yang rajin dan sering membantu adik-adiknya serta paling rapat dengan adik bongsunya yang baru berusia empat tahun,” katanya.


Quote ziee 11-12-2018 09:44 PM
IPOH: Lima pekerja di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini yang maut dalam kejadian letupan dan kebakaran premis berkenaan hari ini dipercayai rakan sekampung.  Kesemua mangsa terbabit yang berusia 16 hingga 19 tahun berasal dari Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini dan dipercayai bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.  Mereka dikenali sebagai Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, Mohammad Nuraiman Abdul Rahman dan Mohamad Ekmal Izzuddin Mohd Kamari, masing-masing berusia 16 tahun manakala dua lagi ialah Ahmad Faizal Aminuddin, 17 dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19.  Dalam kejadian jam 1.54 tengah hari itu, majikan mereka dikenali sebagai P Thiagarajan, 40, turut dipercayai terkorban.  Keenam-enam mangsa berkenaan dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa hanya boleh dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).  Aminuddin Tan, 50, bapa kepada Ahmad Faizal, berkata anak keempat daripada lima beradik itu ada memaklumkan tidak dapat menonton bola sepak (perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2018) malam ini kerana perlu bekerja.  “Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.  “Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati.  “Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.  Mohd Husni Kasman, 47, bapa kepada Mohammad Nor Ikram pula berkata, anaknya meminta wang sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja pagi tadi.  “Dia minta RM5 pada saya untuk duit belanja ke tempat kerja tetapi saya agak terkilan kerana tidak mempunyai wang tukar kecil.  “Nasib baik maknya ada duit kecil dan berikan duit itu kepadanya,” katanya sambil sebak.  Seorang lagi bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata anak sulungnya, Mohammad Nuraiman menghantarnya ke tempat kerja kerana ingin meminjam motosikalnya pagi tadi.  “Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’,” katanya.  Mohd Kamari Talib, 52, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin pula berkata, anak keduanya daripada tiga beradik itu mengikut rakan sekampung untuk memasang khemah.  “Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.  “Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  “Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140,” katanya.  Sementara itu, Azizon Razlan, 43, ibu kepada Muhamad Azhar Shah pula berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu sudah dua bulan bekerja.  “Semalam dia beritahu hari ini dia kerja dan ingin pinjam motosikal kakaknya serta tidak berkelakuan pelik.  “Dia memang seorang anak yang rajin dan sering membantu adik-adiknya serta paling rapat dengan adik bongsunya yang baru berusia empat tahun,” katanya. - BH Online
Quote mawarika 11-12-2018 09:47 PM
Kesiannya....
Quote insulin 11-12-2018 09:49 PM
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa2.
Quote aechae 11-12-2018 09:52 PM
Innalillah...muda remaja lg budak2 ni haaa...
Quote kucen_miang 11-12-2018 10:02 PM
innalillah. muda2 lg dah gigih cari rezeki
Quote rosmahisham 11-12-2018 10:26 PM
Salam takziah utk keluarga mangsa semoga ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..alfatihah..sedih bc
Quote Pixie902 11-12-2018 10:27 PM
Sedihnya...
Innalillahiwainnailaihiroji'un...semoga roh2 arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman
dan beramal soleh.
Quote onexox97 11-12-2018 10:30 PM
innalillahiwainnailaihirajiun
Quote Lolalala 11-12-2018 10:56 PM
Semuanya kerja untuk tolong keluarga. Yg nak amik lesen tu pun, pandai cari duit. Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Quote Shirley23 11-12-2018 11:56 PM
Allahuakbar
Innalillahwainnahilahirajiun..

Baru hari pertama turun kerja, ajal pula yang menjemput mereka. Sebak iols mengenangkan nasib mereka. Rajin bebudak ni .

Kat fb tadi kata, arwah 5 sekawan ni akan dikebumikan dalam satu liang lahad .
Quote Shirley23 12-12-2018 12:01 AM
Tak boleh iols bayangkan perasaan mak bapak bebudak tu . Pagi-pagi elok jer sihat walafiat bersarapan sebelum pergi kerja, tup tup tengahari anak dah meninggal .
Quote emelia1509 12-12-2018 12:03 AM
Innalillah..
Sadisnya semua meninggal..
Quote ctaz 12-12-2018 12:43 AM
Innalillahiwainnailaihiroji'un...
Quote Remyda 12-12-2018 06:48 AM
Kes 6 maut kebakaran: Letupan macam pertunjukan bunga api
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Mohd Hafizee Mohd Arop
[email protected]
Share

Tweet

Share
IPOH: “Mak tolong!” Itulah jeritan yang didengari saksi kejadian letupan dan kebakaran sebuah premis yang menjalankan perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini hari ini.

Tragedi kira-kira jam 2 petang itu dipercayai mengakibatkan enam maut membabitkan lima pekerja dan seorang majikan.

Seorang saksi, P Appu, 48, yang juga abang kepada pemilik premis yang terbakar itu berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.


“Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu apabila tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api dan kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

“Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

“Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


ENAM orang maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang. - NSTP/Muhaizan Yahya
Menurutnya, beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam manakala siang hari akan tinggal di premis perniagaan adiknya itu.

“Masa kejadian, adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar saya pula berada di ruangan pejabat di tingkat bawah dan terselamat.

“Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk taman perumahan berhampiran yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.

“Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari premis rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.

“Kelihatan kepulan asap seperti cendawan di rumah kedai itu berserta dengan percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api yang serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.347982 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top