CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Persembahan "Live" Paling Sumbang, Kontroversi Tahun 2018 Jatuh Kepada...

12-12-2018 10:34 AM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 14950| Komen: 85|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Nampaknya, tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya. Pelbagai coretan peristiwa dicatatkan dalam bidang seni suara tanah air untuk tahun ini, tidak kiralah sama ada pahit atau manis.

Related image


Nampaknya, tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya. Pelbagai coretan peristiwa dicatatkan dalam bidang seni suara tanah air untuk tahun ini, tidak kiralah sama ada pahit atau manis. 

Berikut merupakan senarai lima persembahan siaran langsung di kaca televisyen (TV) yang paling sumbang dan kontroversi untuk tahun ini!


Zamani - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Gegar Vaganza/Astro)



Sebut saja nama Zamani, pasti tidak menyangka legenda seni suara yang hebat seperti beliau akhirnya "kecundang" ketika menyampaikan lagu dendangan asal Flybaits di atas pentas Gegar Vaganza. 

Pelbagai spekulasi timbul di media sosial lantaran kegagalan penyanyi itu menyampaikan lagu berkenaan dengan baik. Malah, turut kedengaran khabar angin kononnya Zamani malu di atas kegagalannya menyanyikan lagu tersebut dan akan mengundur diri dari siri program realiti TV tersebut, tetapi kemudiannya dinafikan pengurusnya sendiri. 

Zamani hanya menduduki tangga ketiga ketika malam final rancangan tersebut.


Asad Motawh - Asal Kau Bahagia (Dahsyat/RCTI Indonesia)



Asad Motawh berjaya menghuru-harakan dua negara yakni Indonesia dan Malaysia dengan kegagalan suaranya untuk menyanyi lagu Asal Kau Bahagia di salah sebuah rancangan popular negara jiran. 

Terdapat banyak komen negetif dilemparkan terhadap penyanyi tersebut yang kebanyakannya kecewa kerana menganggap Asad telah memalukan nama negara di sana!


Neera Azizi - Rasa Hati (Malaysia Hari Ini/TV3)



Entah muncul dari mana, kehadiran Neera Azizi sebagai bakat baru yang hadir ke set rancangan Malaysia Hari Ini untuk mempromosikan "single" sulungnya mendapat kecaman di seluruh negara. 

Manakan tidak, suara beliau telah disamakan dengan penyanyi karaoke jamban yang boleh dilihat di pusat-pusat nyanyian di seluruh negara. Malah, ada yang mendakwa telinga mereka berdarah sebaik saja mendengar nyanyian Neera pada pagi itu!


Duo Syafad - Bagai Dihiris (Selamat Pagi Malaysia/RTM)



Sekali lagi, penyanyi baru yang secara tiba-tiba muncul di kaca TV untuk mempromosikan lagu mereka mendapat kecaman rakyat Malaysia. 

Duo Syafad, sebuah kumpulan baru dianggotai dua jejaka, muncul dengan lagu mereka berjudul Bagai Dihiris. Sebaik memulakan persembahan, ternyata kedua-dua mereka sebenarnya tidak mampu menyanyi, apatah lagi untuk menggelarkan diri mereka sebagai penyanyi! 


Nabila Razali - Pematah Hati (Malaysia Hari Ini/TV3)



Seperti mana ramai yang sedia maklum, Nabila Razali bukanlah penyanyi hebat jika diukur dari segi kekuatan vokalnya. Malah, lagu popular beliau yang tular di seluruh Malaysia dan menjadi kegemaran ramai hanyalah sekadar sebuah lagu ringan dan tidak memerlukan lontaran vokal yang padu. 

Tetapi, Nabila masih tidak mampu membawakan lagu mudah ini untuk rancangan yang bersiaran secara langsung. Nyanyiannya di rancangan Malaysia Hari Ini turut mendapat cacian dan makian hebat daripada penonton ketika itu!


Ternyata, menjadi penyanyi sangat mudah. Tetapi untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti bukanlah senang. Apatah lagi sekiranya anda sememangnya tidak mempunyai bakat semula jadi. 

Apa kata anda pula? Siapakah lagi penyanyi yang sepatutnya berada di dalam senarai di atas? - CARI
19

Bagus
26

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 12-12-2018 10:45 AM
Macam mana boleh jadi artis ni?


Zamani tu pun makin kesian, dulu bukan main hebat
Quote hotmak 12-12-2018 10:48 AM
janna nick tak masuk list ke tt , yg live show apa tah tu, lupa lah sumbang gila dia nyanyi
Quote chicozinn 12-12-2018 10:56 AM
Sang_Pencinta replied at 12-12-2018 10:45 AM
Macam mana boleh jadi artis ni?

ko jngan kecam lejen skali kipas2 lejen kecam ko mau berlubang badan kne berdas-das tembakan..huhuhuhuhu
Quote pooh~key 12-12-2018 10:58 AM
Akak tak boleh terima betul lirik kebanyakan lagu sekarang dek... jannah... jannah... jannah!!! Itu je la lirik kau sampai habis lagu dek! Ditambah pula dinyanyikan oleh... hah kau sambung la sendiri ayat akak ni dekkk....
Quote Burong_Hantuk 12-12-2018 10:59 AM
supian suhaimi pun sumbang
Quote obses_budak 12-12-2018 11:00 AM
Paling hauk antara list diatas
Duo Syafad  
Kawan i.. tk pandai nyayi pun lagi baik..
Quote Sang_Pencinta 12-12-2018 11:01 AM
chicozinn replied at 12-12-2018 10:56 AM
ko jngan kecam lejen skali kipas2 lejen kecam ko mau berlubang badan kne berdas-das tembakan..huhu ...

Fungsi utama penyanyi adalah menghiburkan

Zamani dengan badan terbongkok bongkok, menyanyi terkakai-kakai tu, tak menghiburkan bagi aku, buat menyemak pentas sahaja

Cuma mengundang simpati sahaja, bolehlah


Sorry fan Zamani.
Quote cha-cha 12-12-2018 11:04 AM
HAHAHAHAHAHAH apa siaaaaaa menghiburkan. Thanks TT
Quote Firaaz 12-12-2018 11:08 AM
bukan sahaja gagal total, malah semakin kepam
Quote chicozinn 12-12-2018 11:09 AM
Sang_Pencinta replied at 12-12-2018 11:01 AM
Fungsi utama penyanyi adalah menghiburkan

Zamani dengan badan terbongkok bongkok, menyanyi terk ...

itu la yang meollss n bam @lazim slalu sampaikan setiap kali persembahan GV5 kat benang sebelah tapi dipotong markah dek kipas xdpat menerima lejen kena laharan..meollss terus terang ckap yg meollss one of the fans lejen tapi dek ikutkan sangat rating n cakap manager lejen untuk merendahkan diri dlm gv5 buatkan meollss rasa ckupla drama sebab rasa lejen xsepatutnya dilakukan sebegitu..patutnya at 1st xpyah join sbab dia ada standard tersendiri sampai juri pun buta mata hati masih bagi markah tinggi2 sbab juri pun ngefans lejen..so adilkah disitu?


sabor je la..
Quote Shayang 12-12-2018 11:13 AM
Artis2 yg selalu dijemput rancangan pepagi nih mmg yg tak femes je kan
Nyanyi pun so so je la
Quote katibism 12-12-2018 11:13 AM
Patut buat poll chuols
Quote September14 12-12-2018 11:14 AM
Tp iol thibur dgn yg nynyi

Terbanglah ke langit biru...

Mesti iol ketawa bila dgr
Quote September14 12-12-2018 11:18 AM
duo laki tu dah knpa? Knpa truk beno korg nynyi n knpa ada hati nk jd pnynyi? Muka dah la xleh jual.. lpstu muka blur2 atas pntas.. seyes alip ponen n geng lg better nynyi dr korg
Quote samasam90 12-12-2018 11:32 AM
ya hampunn asad motawh tu, hauknyyaaaaaaaaaa
Quote hzln 12-12-2018 11:48 AM
Hahahaha
Tapi kan, mmg berani mati sesapa yg sahut cabaran nyanyi live kat morning talk show mcm mhi dgn spm...kunun2 nak tunjuk hebat la, ujung2 jadi bahan ketawa org jah, silap2 tangan cameraman gegar2 tahan gelak
Penyanyi level otai pun kekadang pilih utk miming jah dekkkk...sbb sora belah2 pagi, bangun2 tido terus kena gi nyanyi mmg haukksss
Quote budakmanentah 12-12-2018 11:53 AM
ernie zakri pon tegelincir masa nyanyi live kt mhi.lagu misteri


pagi2 dik
Quote doubleA 12-12-2018 12:14 PM
Mana supian suhaimi dimatamu? Pada iols super hauk masa semi final muzik2, mujur lagu sedap.

Pasal zamani MPYKP tu memang kontroversi, tapi udah2 la meratib hiba gv dah berlalu pun
Quote pngky 12-12-2018 12:14 PM
tersangat lah sumbang

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061465 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top