Ayda Jebat bengang bila ada pereka fesyen yang mengatakan bahawa dia tidak meletakkan kredit kepada pakkaian yang dipakai dalam gambar poster single terbaharunya.
"Saya tidak pernah bertemu bertentang mata dengan pereka fesyen itu dan bagi saya, tindakan mereka memuat naik status sebegitu adalah biadap!"
Tambah penyanyi ini lagi, penata gayanya sudah pun memaklumkan kepada pereka fesyen tersebut yang kredit tidak akan diletakkan untuk promosi awal lagu yang berjudul temberang itu. "Saya sudah maklumkan kepada penata gaya saya dan dia sendiri pun sudah memaklumkan kepada pereka fesyen tersebut bahawa untuk promosi awal, saya tidak akan meletakkan kredit dalam gambar di Instagram. "Bukan saja nama pereka fesyen atau jenama fesyen mereka tapi saya juga tidak meletakkan kredit untuk jurusolek, penata gaya dan jurukamera. "Mereka sudah faham strategi promosi saya kerana saya akan letakkannya dalam muat naik selepas itu," katanya kepada Harian Metro.
Ayda,26 tidak akan mengambil tindakan untuk menukar gambar poster, sebaliknya berkata, "Sejujurnya, saya sangat sukakan rekaan pereka fesyen itu. Namun, tak sangka pula begini sikap mereka. "Saya akan terus bersikap profesional dan akan terus menggunakan gambar poster sedia ada. Lagi pula, itu semua adalah hasil kerja keras jurugambar, penata gaya dan jurusolek juga."
"Selepas apa yang berlaku, rasanya saya tidak akan bekerjasama lagi dengan mereka. Lagi pula, banyak pereka fesyen lain yang ada di Malaysia. "Kalau mereka nak gunakan saya sebagai tempias untuk memperkenalkan jenama fesyen mereka, saya tak marah tapi biarlah caranya betul.
"Lagi pula, saya pun bukan gunakan pakaian rekaan mereka untuk gambar yang tidak penting, tapi sebagai gambar poster promosi utama untuk lagu ini dan itu adalah satu penghargaan buat mereka."-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|