CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Tumbuk Ibu Kerana Tak Masak Mi Segera, Lelaki Dipenjara 9 Bulan

31-1-2019 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4862| Komen: 58

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap lelaki yang mengugut mahu mencederakan ibunya gara-gara tidak menyediakan mi segera kegemarannya.



Kredit foto: Sinar Harian

Memetik Sinar Harian, hukuman dijatuhkan sebaik tertuduh, Mohd Shaiful Hazran Razali, 33, mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya.

Menurut fakta kes, Mohd Shaiful mengugut akan mencederakan Faridah Ngah, 58, pada jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, 21 Januari lalu.

Tertuduh dikatakan baru bangun daripada tidur sebelum menghampiri mangsa yang sedang berehat dan meminta wanita itu memasak sebungkus mi segera untuknya.


Bagaimanapun, tertuduh naik angin apabila dimaklumkan stok mi berkenaan sudah habis sehingga berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Dalam masa sama, Mohd Shaiful yang gagal mengawal emosi mengugut mahu menumbuk mangsa.

Susulan kejadian, mangsa yang bimbang dengan keselamatannya membuat laporan sebelum polis menahan lelaki berkenaan di rumahnya pada jam 3.20 petang, 24 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
4

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • edmorita79

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 31-1-2019 02:31 PM
Bengong sokmo la natang ning
Quote noor2 31-1-2019 02:36 PM
Mi segera tu dua minit ja mat yok oi. ...pemalasmya dah umur 33 masak megi pun suruh mak. ...anak aku umur 11 tahun pun pandai masak megi. ..
Quote cha-cha 31-1-2019 02:37 PM
Loser           
Quote orgsepang 31-1-2019 02:37 PM
Nak taulah, dia duduk rumah mak dia ke mak dia duduk rumah dia?  Bila keluar nanti dia balik rumah mak dia ke? Semoga sempat insaf, takut balik balas dendam pula
Quote batmana 31-1-2019 02:40 PM
tgh high ni

harap gomen laksana kn la undang2 darurat

kutip aja semua penagih ni,
pstu letak kat 1 pulau yg penuh dgn jerung

biar dia masak maggi tanpa ganguan..
Quote jfq 31-1-2019 02:42 PM
Helo umur 33. Pergila kedai beli pastu masakla sendiri.
Mee magi aje pun. Curah air panas aje. Bukan kena tumbuk dan tumis bawang lada bagai
Quote sarahmirza 31-1-2019 02:45 PM
Ni macam perangai anak...
Baik mati aje...
Quote dewi 31-1-2019 02:48 PM
anak macam ni elok mati je la ..entah2 nak beli megi pun tak dak duit makan pun harap mak dia tanggung
Quote sukacactus 31-1-2019 02:50 PM
Bodoh bangang pemalas bewak
Maggi tu kanak2 pun boleh masak sdr
Bangun pun tghari, ada hati nak perintah2 mak sdr
Quote Aerhys 31-1-2019 02:51 PM
Anak lelaki jgn dimanja manjakan. Ajar berdikari. Biar tahu erti tanggungjawab sikit. Kemas bilik sendiri, cuci pinggan sendiri selepas makan, masukkan pakaian kotor dalam hamper jgn disepah sepahkan, gosok pakaian sendiri, jangan bergantung semuanya kepada ibu. Ibu ada banyak lagi kerja lain nak buat. Ibu bukan orang gaji kamu.
Quote matchstick 31-1-2019 03:19 PM
Masak megi pun suruh mak.. Mohon tuan hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati aje sampah ini
Quote renko 31-1-2019 03:27 PM
elok hukum curah air panas dlm tekak dia
barua pny orang
Quote mieymiey 31-1-2019 03:28 PM
Masak megi pun malas, ko tak layak jadi orang. Selayaknya jadi binatang!
Quote myakayina 31-1-2019 03:29 PM
jilaker punya anak..
Quote kikuri 31-1-2019 03:33 PM
bongok betoi... pegi la kedai beli kejap maggi tu... dasar pemalas... pastu duduk dalam jel ngabihkan boreh yo...
Quote duri_durians 31-1-2019 03:39 PM
takyah la kau risau pasal makan lepas ni...
Quote palmolive 31-1-2019 03:45 PM
anok org puteh masok stik leh tau rare, medium rare well done..
ye nok makang megi suruh mok masok..
mok takmboh masok nok tumbuk mok..
org ke memder gini ni
Quote ikanmasin 31-1-2019 03:55 PM
pergilah kedai dl beli maggi..nnt mak masak kan jg tu..
tp kalau dah meninggikan suara marah2.mau mak tu angin
jg..sendiri buat sendiri tanggung lah..tak sayang mak dah ke
sampai nak tumbuk mak sdr tu..
Quote arm_band 31-1-2019 04:00 PM
mesti mendadih kan padan la dok ngan mak lagi. kalau tak reti berubah lepas jatuh hukum ni, baik la ko standby cari jambatan cop tempat bawah sana siap-siap

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.123583 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top