CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jerut Leher Pemandu Bas Dengan Skarf Lepas Ditegur Merokok

7-3-2019 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3514| Komen: 14

Seorang wanita mabuk menjerut leher pemandu sebuah bas awam selepas ditegur merokok di dalam kenderaan itu dalam kejadian minggu lepas.

Memetik Shanghaiist, kejadian di bandar Shaanxi di Tongchuang itu berlaku selepas seorang penumpang berang apabila ditegur pemandu bas kerana merokok.



Kredit foto: Shanghaiist

Dia yang naik angin mula  memaki hamun pemandu berkenaan sebelum menggunakan skarfnya untuk menjerut leher lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat kerana kenderaan itu sudah diberhentikan sebelum pergelutan berlaku.

Difahamkan, situasi tegang itu berlaku selama lebih kurang 30 minit sebelum polis tiba dan menahan wanita terbabit yang kini direman 15 hari bagi membantu siasatan.




Serangan terhadap pemandu bas di China mula berlarutan sejak tragedi di Chongqing tahun lalu, di mana sebuah bas hilang kawalan sebelum terjatuh dari jambatan di Sungai Yangtze menyebabkan 15 penumpang maut.

Sebelum ini, seorang wanita ditahan selepas menyerang pemandu bas di Hubei kerana disifatkan tidak bertamadun apabila membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam bas. - CARI



1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-3-2019 01:59 PM
Mainland kan.. What  u expect?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2019 02:19 PM
kes sakit mental nih
Quote kroit92 7-3-2019 02:44 PM
Kurex replied at 7-3-2019 01:59 PM
Mainland kan.. What  u expect?

kan.. baca tajuk, terus terlintas negara mana
Quote Juju89 7-3-2019 02:51 PM
Tegur pun tak boleh terima susah ni sebabkan dia orang lain yang jadi mangsa.
Quote sukacactus 7-3-2019 02:54 PM
Bahaya jg keje sebagai pemandu bas di china
Hari2 citer kena serang je
Quote buapakperut 7-3-2019 02:58 PM
ganasnya, mabuk ke apa amoi jinjang
Quote runiadreamer 7-3-2019 04:15 PM
pelik2 perangai negara maju tapi rakyat ada yg tk bertamadun lagi
Quote ikanmasin 7-3-2019 05:38 PM
femes sesgt dah diaorg ni..
Quote sehirkedi 7-3-2019 08:40 PM
Eeee jahatnya nyonya nie... Tak mengambarkan seorang wanita.. Tak kena tegur buat salah sepatutnya minta maaf bukan gi serang orang yang menegur.. Helok digilis leper saja dengan bas kalau taknak ikut peraturan.
Kesian kat drebar bas tu..
Quote fox. 7-3-2019 10:29 PM
Camtuh sekali agresif kalau mabuk iya?
Quote jazaa100 7-3-2019 10:48 PM
Nanti tak pasal pasal diharamkan pakai skarf atau tudung.....
Quote Decaffeinated 7-3-2019 11:26 PM
kalau dulu mat salleh bila dengar berita pelik2 dorg akan kata it only happens in America...

skrg giliran Asian pula bercakap pasal China...


Quote Decaffeinated 7-3-2019 11:28 PM
sukacactus replied at 7-3-2019 02:54 PM
Bahaya jg keje sebagai pemandu bas di china
Hari2 citer kena serang je
Serangan terhadap pemandu bas di China mula berlarutan sejak tragedi di Chongqing tahun lalu
ada disebutkan sebabnya di situ...


Quote vee_zara 8-3-2019 02:26 PM
Kalau tak bodoh bukan cina mainland namanya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.071358 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top