CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kim Kardashian Terkejut Digelar 'Pembuli' Oleh Taylor Swift

8-3-2019 10:33 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8669| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kenyataan penyanyi Taylor Swift baru-baru ini yang menuduh Kim Kardashian sebagai pembuli mengejutkan bintang realiti televisyen tersebut.


Kredit foto: Cosmopolitan

Taylor, 29, dalam temu bual terbarunya yang dimuatkan dalam majalah Elle keluaran 5 Mac berkata, 'ada seseorang yang memulakan kempen membuli saya di Internet dan menggelar saya ular'. 

Menurut Taylor, kempen itu mendapat sambutan ramai netizen menyebabkannya rasa sangat tertekan. Walaupun tidak disebut siapa yang dimaksudkan, umum mengetahui orang yang ditujukan itu ialah Kim Kardashian.


Kredit foto: Vox

Dalam insiden tiga tahun lepas itu, Kim menuduh Taylor seorang penipu, susulan itu ruangan komen Instagram Taylor dibanjiri dengan emoji ular.

Bagaimanapun, Kim yang telah lama melupakan kejadian itu terkejut kerana Taylor membuka kembali cerita lama berkenaan kepada media. 

'Kim terkejut Taylor buka cerita lama, Kim sudah lama melupakannya dan tidak ada niat mahu menyambung perseteruan mereka,' kata sumber terdekat Kim.


Kredit foto: stylecaster

'Ini berita lama buat Kim, ia sudah tiga tahun berlalu. Malah, dia kini sibuk dengan anak-anaknya dan mahu move on,' kata sumber lain. 

Perbalahan Kim dan Taylor bermula pada 2016 apabila Kanye West, suami Kim mengeluarkan sebuah lagu bertajuk 'Famous' yang mempunyai lirik lucah mengaitkannya dengan Taylor. Taylor kemudian membuat kenyataan tersinggung dan mendakwa tidak memberi kebenaran namanya dikaitkan dengan lagu lucah itu.

Bagaimanapun, Kim menuduh Taylor seorang penipu apabila mengeluarkan rakaman perbualan telefon tersembunyi yang membuktikan Taylor sebenarnya ada memberikan kebenaran kepada Kanye.


Kredit foto: onecountry

Rupanya, insiden itu masih menghantui Taylor dengan kenyataan terbarunya kepada majalah Elle walaupun ada putik perdamaian dengan mereka berdua sebelum ini. 

Dalam artikel bertajuk '30 Things I Learned Before Turning 30' itu, Taylor juga mendedahkan bagaimana dia menggunakan imej ular dalam konsert sebagai caranya membalas dendam kepada pembulinya.


Kredit foto: Pittsburg City paper

Kim dikatakan masih berbelah bagi sama ada untuk membuat kenyataan balas kepada media atau tidak. 'Kim rasa, ianya hanya membuang masa' kata seorang sumber lagi.

Nampaknya, tidak ada istilah isu lama bagi mencari publisiti, ianya akan kekal dikorek semula selagi boleh oleh artis apabila ingin mendapatkan perhatian. - CARI
7

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 8-3-2019 10:46 AM
Taylor swift mmg ular. Cunning snake.. dont like her walaupun lagu dia banyak yg best
Quote nazzse 8-3-2019 11:17 AM
Never like her..pandai ambik kesempatan minah ni, mentang2 lawa
Quote annehuda 8-3-2019 12:00 PM
taylor swift ni is the ultimate privilege white girl yg rasa die sorg je btul. pdhal mmg die sendiri pun propa
Quote siq 8-3-2019 01:53 PM
jap , bukan ke si taylor ni yg kaki buli #1 ?
Quote shernazz 8-3-2019 01:56 PM
Tetek kim neh
Kejap leper kejap besor benor
Mmg konsep tukar tuksr saiz ikut occasion ke apa ni
Quote munchkin 8-3-2019 02:40 PM
Aku mmg menyampah ngan taylor ni. Bukan ke semua ex dia bikin lagu. Now who is the bully?
Quote buragazz 8-3-2019 02:47 PM
Dua2 hampeh.. yang taylor tu waima ular pun atleast ada la bakat dia menang Grammy segala.. yang Kim Jong il tu hapa yang dia ada selain menayang aset kejap melambak kejap terjojol tu..
Quote Sang_Pencinta 8-3-2019 08:44 PM
Orang kata Taylor yg kaki buli

Kenapa banyak media menangkan dia? Berpura-pura dan kawan kpd wartawan macam che ta ke?
Quote dani-rox 9-3-2019 12:24 AM
dua2 sama hauk tp dari perspektif pembulian...
seorg tu ketua skuad mean girls, buat lagu jatuhkan pompuan lain (tp bila female comedians melawak psl dirinya, minah tu balas "There's a special place in hell for women who don't help other women.")
sekarang, perah selagi boleh isu pergaduhan dgn kimye

btw Kim bole berterima kasih dgn Kanye... sbb mencetuskan "victimhood schtick" yg digunakan oleh bff dia org tuh membina karier CASH utk kedua2 pihak konsepnya.
Quote Sang_Pencinta 9-3-2019 05:17 AM
shernazz replied at 8-3-2019 01:56 PM
Tetek kim neh
Kejap leper kejap besor benor
Mmg konsep tukar tuksr saiz ikut occasion ke apa ni

Masa pregnant memang tetek dia over membuak
Quote Orix 9-3-2019 06:00 AM
Iols selamanya team Taylor................ luv u taylor
Quote shernazz 9-3-2019 07:16 AM
Sang_Pencinta replied at 9-3-2019 05:17 AM
Masa pregnant memang tetek dia over membuak

Means tetek dia ori la kan
Sebab biasanya pregnant mmg cenggitu
Bila dh nysu bagai..alahai..hahahaha...
Quote Sang_Pencinta 9-3-2019 07:25 PM
Bila anak2 dia 2-3 tahun saiz teteks dia pun menurun sikit
Quote Orix 10-3-2019 01:54 AM
dani-rox replied at 9-3-2019 12:24 AM
dua2 sama hauk tp dari perspektif pembulian...
seorg tu ketua skuad mean girls, buat lagu jatuhkan ...

Lagu taytay yg mn jah sheols jatuhkan pmpuan lain selain lagu Better Than Revenge, Bad Blood n Look What U Made Me Do ??? Dan ketiga2 lagu ni taytay buat sbb pmpuan2 tu yg mula cari pasal dlu kan... kalo x, sheols aman2 jah.... anyway, katanya sheols bakalan ada lagu baru ft Katy Perry...... kalau betul, wowwwww sgat !!
Quote mieymiey 11-3-2019 09:50 AM
Iols tak pernah suka Kim, so iols #TeamTayTay
Quote riantika 11-3-2019 02:49 PM
never like Kim K so iols  #TeamTayTay
Quote mmiki 11-3-2019 03:59 PM
iols suka taytay sbb cantik dan lagu sedap je. cerita2 dia yg lain iols tatau sgt.
Quote AppleJack 22-3-2019 12:16 AM
tak suka taylor swift...macam fake
Quote LadyCarefree 3-4-2019 08:45 AM
riantika replied at 11-3-2019 02:49 PM
never like Kim K so iols  #TeamTayTay

Yayyayyayyyyyyyy

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046790 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top