CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah, Dicekik Kerana Tegur Suami Main Judi Online

22-4-2019 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2783| Komen: 7

Wanita cedera dibelasah suami selepas menegur tindakan lelaki itu bermain judi atas talian.

Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku jam 9.30 malam di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu pada Rabu lalu.


Difahamkan, ketika kejadian, suspek berang apabila dia yang sedang ralit berjudi atas talian menggunakan telefon bimbit ditegur secara baik oleh isterinya sebelum berlaku pertengkaran mulut.


Gambar Hiasan

Gagal mengawal perasaan, suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum mencekik dan menampar pipi suri rumah berkenaan, kata sumber.

Bimbang keselamatan diri dan anak-anak terancam, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian di Balai Polis Kuala Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (pindaan) 2012. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 22-4-2019 04:06 PM
pelik2 kes kt ganu ni..
Quote intan_smsb 22-4-2019 04:19 PM
suami dari neraka
Quote LautBiru52 23-4-2019 03:43 AM
Nasib baik isteri dia bijak pegi report polis
Quote Aerhys 23-4-2019 04:54 AM
Tindakan yg cerdik buat laporan polis. Langkah seterusnya ceraikan suami durjana itu.
Quote GigaMom 24-4-2019 09:56 AM
Ralit - bukan bhs tempatan ke
Quote cm_matjawasp 24-4-2019 10:40 AM
Mesti dia tengah kalah banyak tu..he he

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.044322 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top