CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beruntung Badan, Peminat Wanita Derma Buah Pinggang Untuk Ebby Yus

20-5-2019 10:43 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 9992| Komen: 33|Original author: Oleh: top5complete

Foto Carian Google

Ebby Yus menderita pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi, gastrik, sakit jantung dan masalah saraf serta prostat. Paling kritikal adalah masalah buah pinggang berlubang. 

Dia terkejut dan bersyukur apabila peminat lelaki sanggup mendermakan buah pinggang kepadanya beberapa tahun lalu. Terbaru, seorang peminat wanita pula dengan rela hati mahu menderma buah pinggang kepadanya.

Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, berkata, dia dihubungi seorang wanita yang berniat untuk menderma buah pinggang, namun belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai hal itu kerana mereka terpaksa melalui banyak proses. 

Hal menderma organ ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan nyawa.

"Seminggu sebelum puasa saya ada terima satu panggilan daripada seorang wanita yang berniat untuk menderma buah pinggang.


"Iyalah nak derma buah pinggang ini bukan boleh main-main atau dibuat gurau.

"Buat masa ini, doktor kata tak perlu lagi dan tak cadangkan kerana keadaan saya belum ditahap kritikal," katanya kepada mStar Online.

Semoga Ebby Yus sentiasa dilindungi dan sembuh daripada penyakit yang dialaminya. Untuk pengetahuan anda, sampai sekarang Ebby Yus belum lagi berkahwin. 


Foto Carian Google

Menurut Ebby Yus, masih ada wanita sudi melamarnya dan mengajaknya untuk berkahwin. Walau bagaimanapun, baginya perkahwinan melibatkan soal hati.

"Walaupun dalam keadaan kesihatan kurang baik ketika ini, masih ada wanita sudi mengajak saya berkahwin dengannya. Namun, soal perkahwinan tetap membabitkan dua hati dan untuk keadaan sekarang, saya sudah pasrah," ujarnya. 

Semoga Ebby Yus baik-baik saja. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faranaimm 20-5-2019 10:47 AM
Semoga cepat sembuh
Quote aechae 20-5-2019 10:55 AM
Laaa...x sihat ke dia now? Semoga cpt sembuh
Quote aleesyasofia 20-5-2019 10:59 AM
gws ebby yus..
Quote chinta89 20-5-2019 12:06 PM
gws. btw gmbr ngn elbulu tu cter ape dah eK. lupa.
Quote Sham143 20-5-2019 01:05 PM
Semoga ebby yus cepat sembuh..
Quote ikanmasin 20-5-2019 01:20 PM
Semoga cepat sembuh
Quote LautBiru52 20-5-2019 01:31 PM
Cpt sembuh ebby
Quote bezita60 20-5-2019 02:46 PM
Tak pernah dgr buah pinggang berlubang.
Biar betul?
Quote umbut 20-5-2019 02:51 PM
Duluuuuuuu ada drama yg pak dia raja tertembak burung gagak.. bini sedang ngandung..lahir anak hitam.. keluar ler ebby yus sebagai anak
Quote Levespa 20-5-2019 04:08 PM
bezita60: Tak pernah dgr buah pinggang berlubang.Biar betul?


rasanya yg sebenarnya filter buah pinggang dah bocor.. so ada protein leaking dlm urine.. biasanya mcm tu la dapat detect kerosakan awal buah pinggang
Quote robinmosby 20-5-2019 04:45 PM
Antara artis yang lawak effortless bagi iols. Get well soon
Quote sfrnna 20-5-2019 05:11 PM
Iols macam wonder kenapa dia tak kahwin2. Selalunya lelaki kelakar ni ramai org minat n dia sendiri cakap ada yg melamar dia. Apapun, semoga cepat sembuh.
Quote selipar_hijau 20-5-2019 05:58 PM
Elfira ke yg bagi?
Quote duricinta 20-5-2019 07:08 PM
sfrnna replied at 20-5-2019 05:11 PM
Iols macam wonder kenapa dia tak kahwin2. Selalunya lelaki kelakar ni ramai org minat n dia sendiri  ...

Dlu dia pernah bgtau x nk kawen sbb nk jaga emaknye.. Tp skrg ni x tau la status maknye ada lg ke x
Quote miznora 20-5-2019 08:04 PM
umbut replied at 20-5-2019 02:51 PM
Duluuuuuuu ada drama yg pak dia raja tertembak burung gagak.. bini sedang ngandung..lahir anak hitam ...

haah aku ingat citer ni. time tu aku sek ren lagi rasanya.. first time aku tgk citer tu aku tebayang org yg berkulit gelap ni mmg semuanya kena taik burung ke hahahaha
Quote putehkundor 20-5-2019 08:11 PM
selipar_hijau replied at 20-5-2019 05:58 PM
Elfira ke yg bagi?

mungkin la kot. walaupun kat forum ramai carut2 sheols..tapi ada la sisi positif sheols
Quote makneng 20-5-2019 08:20 PM
selipar_hijau replied at 20-5-2019 05:58 PM
Elfira ke yg bagi?

Mcm mana ko boleh terpikir soalan ni dekk? Haha
Quote Acikgomen 20-5-2019 09:22 PM
bezita60 replied at 20-5-2019 02:46 PM
Tak pernah dgr buah pinggang berlubang.
Biar betul?

Cara ko tanya soklan tu mcm kelakar pulak
Quote shernazz 20-5-2019 10:20 PM
umbut replied at 20-5-2019 02:51 PM
Duluuuuuuu ada drama yg pak dia raja tertembak burung gagak.. bini sedang ngandung..lahir anak hitam ...

Siot
Terbahak aku
Hahaha

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top