CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masuk Rumah Orang, Lelaki Mabuk Tikam Budak 10 Tahun

21-5-2019 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5484| Komen: 26

Description: Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera ditikam lelaki mabuk di dada dan perut ketika tidur, lapor Asro AWANI.
Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera ditikam lelaki mabuk di dada dan perut ketika tidur, lapor Asro AWANI.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di Bandar Sungai Long, Kajang, Sabtu lepas, di mana suspek berusia 40 tahun masuk ke rumah mangsa di tingkat tiga selepas mendapati pintu utamanya tidak berkunci.



Gambar Hiasan

Berikutan itu, polis menahan suspek di kawasan Batu 9, Cheras pada 3.30 pagi Ahad dan direman enam hari sehingga 24 Mei ini, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof kepada Bernama.

Tambahnya, saksi kejadian melihat suspek dalam keadaan mabuk sebelum kejadian. Rakaman litar tertutup juga menunjukkan lelaki itu sedang berkeliaran di kawasan kaki lima kedai berhampiran lokasi kejadian.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan bertindak di luar keadaan dengan menikam kanak-kanak terbabit apabila mangsa menjerit selepas melihat suspek berada di dalam biliknya.


Suspek yang melarikan diri dikatakan meninggalkan motosikalnya di hadapan sebuah kedai berhampiran tempat kejadian. 

Hasil pemeriksaan di lokasi, polis menemui sebilah pisau dan botol arak dipercayai milik suspek.

Ahmad Dzaffir berkata, ketika kejadian bapa mangsa, 48, yang tidur di biliknya menyedari kejadian apabila mendengar jeritan anaknya itu. 

Mangsa dilaporkan kini dirawat di Hospital Kajang. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pink_Purple 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

pelik la zaman2 xaman ni ada lagi jenis xberingat, pintu ni 24 jam kena kunci
Quote mizz5006 21-5-2019 09:24 AM
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

bukan ,i baca dalam fb pintu rumah dah berapa kali dipecahkan.dah tak larat nak dibaiki kot.rumah pulak rumah kedai rasanya.ibu dia tiada.kesian budak tu.
Quote ninjago 21-5-2019 09:25 AM
aduhhh kesian budak tu.. tak pasal2 je jadi mangsa
Quote kenarikelabu 21-5-2019 09:26 AM
Pink_Purple replied at 21-5-2019 09:09 AM
bodoh, yang xkunci pintu utama tu kenapa..

cuai...

Ada jer yg jenis mcm tu. Berkonsepkan 'selagi tak kena, tak apa'.
Quote potpetpotpet 21-5-2019 09:34 AM
aduh tak pasal2 kena tikam.
Quote skywalker949 21-5-2019 09:35 AM
kesiannya budak tu
Quote dodolgemok 21-5-2019 09:39 AM
Dh kenapa x kunci pintu utama pagi2 buta? Xpasal2 anak kau yg kena. Kalau kau yg kena xpe jugak.
Quote Mina2215 21-5-2019 11:00 AM
Kesian nyaaa. Baru 10 tahun punn
Quote salmon-suki 21-5-2019 11:21 AM
Ntah mmg y mabuk tu berdendam ngn bapak budak ni kot...
Quote Pink_Purple 21-5-2019 11:53 AM
mizz5006 replied at 21-5-2019 09:24 AM
bukan ,i baca dalam fb pintu rumah dah berapa kali dipecahkan.dah tak larat nak dibaiki kot.rumah  ...

macam tu ke, siannya adik tu..

kalau mcm tu parent dia dah tahu kawasan tu memang merbahaya la,,


Quote Pink_Purple 21-5-2019 11:56 AM
kenarikelabu replied at 21-5-2019 09:26 AM
Ada jer yg jenis mcm tu. Berkonsepkan 'selagi tak kena, tak apa'.

katanya rumah dah selalu kena pecah, sampai xlarat nak baiki,,

konsepnya serah kpd takdir la, nak jadi apa jadi la..

dah tau merbahaya, knp tinggalkan budak tu sorang2
Quote dperla 21-5-2019 12:07 PM
Pink_Purple replied at 21-5-2019 11:56 AM
katanya rumah dah selalu kena pecah, sampai xlarat nak baiki,,

konsepnya serah kpd takdir la, n ...

dia duduk rumah kedai...pintu bawah xada grill...

ayah dia ada rumah la...lepas ayah dia dengar jeritan terus tengok budak tu dan bawa pergi hospital...



Quote minguk 21-5-2019 12:11 PM
kesiannya.. semohga cepat sembuh
Quote Pink_Purple 21-5-2019 12:13 PM
dperla replied at 21-5-2019 12:07 PM
dia duduk rumah kedai...pintu bawah xada grill...

ayah dia ada rumah la...lepas ayah dia dengar ...

ok ayah dia ada..mujur ayah ada,cepat bertindak,,
penjahat ni tau pula, lps tikam lari







Quote lolita737 21-5-2019 12:30 PM
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:13 PM
ok ayah dia ada..mujur ayah ada,cepat bertindak,,
penjahat ni tau pula, lps tikam lari

agaknya lepas tikam tu baru tersedar kot..

tu yg takut lari tu..


Quote Pink_Purple 21-5-2019 12:34 PM
lolita737 replied at 21-5-2019 12:30 PM
agaknya lepas tikam tu baru tersedar kot..

tu yg takut lari tu..

bukan kes ni saja..

kes mabuk dadah, yang pukul atau tikam parent pun, sudah buat terus lari,,xkan cepat sangat sedar

ke sengaja..mabuk tu alasan
Quote lolita737 21-5-2019 12:44 PM
Pink_Purple replied at 21-5-2019 12:34 PM
bukan kes ni saja..

kes mabuk dadah, yang pukul atau tikam parent pun, sudah buat terus lari,,x ...

yer la..di bawah pengaruh kan..

ntah la..biar polis siasat dulu.
Quote Pink_Purple 21-5-2019 01:02 PM
lolita737 replied at 21-5-2019 12:44 PM
yer la..di bawah pengaruh kan..

ntah la..biar polis siasat dulu.

yang ni polis dah tangkap kan,,

mesti trauma adik tu, kena tikam,  tgh tido
Quote nononcrux 21-5-2019 01:33 PM
tak pasal nyawa melayang

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077434 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top