Pelbagai spekulasi dan tohmahan dilemparkan terhadap individu yang tidak sengaja meninggalkan ibunya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi menghala ke Kuantan ketika dalam perjalanan ke Terengganu.
Adik kepada individu terbabit menafikan sekeras-kerasnya bahawa kejadian itu disengajakan. Menerusi postingnya di Facebook, Batiah Mahadi menjelaskan bahawa abangnya merupakan tulang belakang ibu mereka. Malah, warga emas berkenaan manja dengan anak lelakinya itu yang menjaganya sejak berusia 19 tahun. Walaupun terkilan dengan tohmahan dilemparkan kepada mereka, Batiah memilih untuk memaafkan sahaja.
Menerusi postingnya terdahulu, Batiah berkongsi kisah sebenar di sebalik insiden itu seperti dijelaskan adiknya, Dora Madie. Menurutnya, ketika kejadian abang mereka dalam keadaan mamai dan tidak menyedari ibu mereka keluar dari kereta tanpa pengetahuan. Dia sempat menasihati orang ramai supaya menjadikan insiden yang berlaku kepada mereka sebagai pengajaran agar lebih teliti apabila berjalan jauh dengan orang tua yang perlu lebih perhatian. Ramai warganet bersetuju pihak media segaja menambah asam garam dalam penulisan mereka untuk sensasikan cerita. Dalam masa sama, mereka bersyukur warga emas itu dalam keadaan selamat dan memberi kata-kata semangat supaya mengabaikan tohmahan warganet. Kebiasaannya orang kita terburu-buru membuat andaian tanpa cuba memahami isi laporan dan situasi sebenar. Bila berlaku kepada diri sendiri, cepat pula melenting. - CARI
|
keds replied at 11-6-2019 01:21 PM
time raya ni tertinggal anak,
tertinggal mak,
tertinggal semua la....
tikusmontok replied at 11-6-2019 02:28 PM
yang tinggal isteri dan dua anak tepi jalan tu dah kena debik belum?
munchkin replied at 11-6-2019 10:15 PM
Ko basak kereta bukan bawak kapal terbang. Anyway communication is very important.
Zaman dulu ta ...
ADVERTISEMENT