CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kalau Sayang Kawan, Jangan Bagi Kawan Pinjam Duit!

5-7-2019 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 25630| Komen: 80|Original author: Oleh: natrahn



Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Sesetengah orang terpaksa berhutang kerana tidak mampu. Tetapi siapa berniat nak lari dari membayar hutang, maka kelak hidupnya akan menjadi susah malah hubungan pemiutang dan penghutang pasti akan menjadi keruh.

Perkara ini turut dikongsikan Cikgu Fadli Salleh, salah seorang guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 baru-baru ini. Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, beliau mengatakan bahawa sahabat-sahabat beliau yang kaya dan berjaya mempunyai satu prinsip iaitu tidak memberi hutang kepada sahabat lain demi menjaga hubungan persahabatan. 

Ini kerana mereka bimbang suatu hubungan persahabatan itu akan rosak akibat hutang tadi. Beliau juga turut menasihatkan supaya kita semua hidup mengikut kemampuan masing-masing. Ukur baju di badan sendiri. Ramai orang pada masa sekarang suka berhutang untuk kelihatan 'kaya' dan bergaya sedangkan mereka tidak mampu. Akhirnya kepercayaan kawan-kawan yang memberi pinjaman digadaikan demi sebuah kehidupan palsu untuk bermegah-megah sahaja.



Dalam hantaran Facebook tersebut, Cikgu Fadli turut berkongsi hantaran mesej daripada seorang individu mengenai hutang yang tidak dibayar ini.


Hidup di luar kemampuan...




Tak malu berhutang asalkan nampak kaya...




Salahkah jadi orang baik?




Hantaran ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.




Pelbagai alasan boleh diberikan untuk tidak memberi hutang kepada orang lain.


Foto: Mohd Fadli Salleh

Susah juga bila kita menjadi terlalu baik hati kerana ada sahaja orang akan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Namun, sekiranya keadaan tidak boleh dielakkan daripada terpaksa memberi pinjaman pada seseorang, boleh guna tip berikut:


1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut
2. Beri pinjam jumlah yang sanggup kita hilang
3. Tahu tujuan si penghutang berhutang dengan kita
4. Syarat bayar semula hutang yang jelas
5. Pastikan ada perjanjian bertulis kerana ini yang Islam anjurkan.
6. Sediakan backup plan awal-awal sekiranya penghutang tidak mampu bayar hutang, contohnya kaedah bayar hutang dan jumlah ansuran hutang yang boleh dibayar.

Semoga bermanfaat. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugs_12 5-7-2019 11:07 AM
kdg2 tu mcm kene selfish utk tidak bagi org pinjam duit..
kalau nk bagi...  bg yg setakat mampu dan niatla sedekah..
skrg ni nak minta balik hutang mcm kita plak yg berhutang...
Quote zulka 5-7-2019 11:14 AM
tak bagi kang, kesian pula..
Quote Boomibulat 5-7-2019 11:17 AM
zulka replied at 5-7-2019 11:14 AM
tak bagi kang, kesian pula..

Bg sikit dah la.jnji bg..klu mtk 100 bg 50
Quote zulka 5-7-2019 11:28 AM
Boomibulat replied at 5-7-2019 11:17 AM
Bg sikit dah la.jnji bg..klu mtk 100 bg 50

iye..selalu camtula..sekurang2nya bagilal juga kan, mana la tau dia betul2 sesak....
Quote Boomibulat 5-7-2019 11:37 AM
zulka replied at 5-7-2019 11:28 AM
iye..selalu camtula..sekurang2nya bagilal juga kan, mana la tau dia betul2 sesak....

Ada ustaz ckp halalkan je supaya kita x pyh cari dia lg di akhirat nti..bg i klu sikit sepuluh dua blh la halal.klu beribu2 cmna nk halalkn.
Selagi hidup i ttp akan tuntut
Quote tagas 5-7-2019 11:50 AM
byk memember hutang aku halalkan jer

alhamdulillah masih cukup mkn pakai family aku
Quote prettyuglybabe 5-7-2019 11:50 AM
i pernah baca kat mana entah..
kalau nak beri orang pinjam, beri amount yang kita rasa kita mampu halalkan kalau dia tak bayar..
so kalau ko singgit pun tak mampu nak halalkan, tak payah la bagi pinjam
Quote Banunro 5-7-2019 11:54 AM
Kalau bagi kawan pinjam tapi duit dari bank (buat loan atas nama kita), kira boleh tak?
Quote ezacbee 5-7-2019 11:56 AM
Kebanyakan kawan2 aku nak pinjam dlm RM50, dpt gaji bayar,katanya.
Sampai bertahun gaji masih xbayar lagi utang aku.. Ilang terus
Tertipu tipah ka tipah tipu dia
Quote gerbera.memopad 5-7-2019 11:57 AM
Aku sejenis yg susah/segan nak minta balik hutang so dengan hati kering aku reject je kawan2 or saudara mara yg nak pinjam duit. Macam2 alasan la iols bagi meski kebanyakan alasan tipu je . Baiklah daku menipu dari sendiri sakit hati

Kalau dengan adik-beradik aku bagi jer kalau ada sebab aku memang tak segan punya la nak kecoh kat group whatsapp kitorang minta bayar balik
Quote prettyuglybabe 5-7-2019 11:59 AM
Banunro replied at 5-7-2019 11:54 AM
Kalau bagi kawan pinjam tapi duit dari bank (buat loan atas nama kita), kira boleh tak?

pastu kawan u tak bayar, sapa yang bank kejar?
u ke, kawan u?
yang kena blacklist ccris ctos etc kalau loan tak bayar, u ke, kawan u?
Quote MoonRise 5-7-2019 12:10 PM
Bukan  setakat kawan ja yg pinjam. Orang yang jumpa sekali ja pon boleh pm mintak pinjam.

Can't brain betul.
Tapi dia pinjam tak sampai rm50 pon. Katanya nk balik kampung, tak cukup duit nak beli tiket.
So, sis yang baik ni transfer la. Kata nak bayar, sampai sekarang tak bayar. Tapi nengok hidup lagi.

Kadang2 terfikir. Kalau dia guna cara yang sama dengan orang lain, dah berapa ratus boleh dapat.
Yang bagi hutang ni pon segan nak mintak sebab nilainya rendah. tak sampai rm50.

Hmmm. manusia2,
Quote PEMIUTANG 5-7-2019 12:43 PM
jaga-jaga dlm porem ni ada segelintir poremer suka nk pinjam duit

mula-mula dia akan buat baik dgn ko, lps tu lama-lama nak pinjam duit

Quote Artemesiaa 5-7-2019 12:44 PM
Betul sepertimana yang penulis katakan sebab berhutang ramai yang hilang kawan.  Jadi terlalu baik pun boleh hilang kawan zaman sekarang ni.
Quote hasniey 5-7-2019 01:02 PM
Kwn2 ai kebanyakkan jenis mcmni.brhutang liatttt sgt nk byr.kita pulak kene mntak brkali2.
Beli kuih raya,dia yg teringin tp hutang dgn ai.kita ni kesian dia asik sebutt je kuih tu sedap.tlg la byrkan dulu
Ni raya pon dh abes.bila mntak asik2 ckp lupa.
Quote fushimi 5-7-2019 01:08 PM
iols tak pernah bagi orang pinjam duit

sebab orang suka pinjam ni nanti susah nak bayar

baik iols cakap takde duit walau dorang tau iols menipu
Quote bungarose 5-7-2019 01:59 PM
ladybugs_12 replied at 5-7-2019 11:07 AM
kdg2 tu mcm kene selfish utk tidak bagi org pinjam duit..
kalau nk bagi...  bg yg setakat mampu dan ...

Setuju... kalau kesian..
Beri setakat mana yang kita ikhlas untuk sedekah.
Tak ler sakit hati sangat biler penghutang tak bayar
Letih juger menuntut hutang nih
Quote naktaugosip 5-7-2019 02:14 PM
kadang-kadang kita jadi tak sampai hati x bagi kawan pinjam duit, bukan sangat pasal dia,tapi lebih kepada anak2 dia, ni wasap kita memalam bagitau nak pinjam sikit duit utk urusan persekolahan anak, mana sampai hati woor tengok anak2 dia xcukup kelengkapan sekolah, hutang sebelum ni dah halalkan untuk anak2 dia, tis time around hutg lain plak. saje jer nak tengok ada rasa tanggungjawab dan usaha tak utk byr hutang,bukan minta lumpsump pun,dh ckp byr Rm10 pun xkisah monthly,aissshh sampai ke sudah x membayor nyer...emmm entahlah
Quote DaisyD 5-7-2019 05:47 PM
Tulah, dahlah hutang, kita dah tolong lagi bagi kemudahan bayar ansur ansur. Bagi alasan kena tipu lah, tak kerja lagi lah tapi elok berdating bagai. Bila ugut nak buat report, berlagak cakap pergilah buat report nanti dia sendiri pergi balai. Sekarang dah tukar nombor. Instagram latest update dah tunang. DM dekat instagram facebook haram nak balas padahal update je semua tu. Jantan tapi penakut.

Takde siapa ke nak buat akaun viralkan orang yang hutang tapi taknak bayar ni?

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.174286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top