CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Jenis Fobia Pelik Dalam Dunia, Ada Yang Sangkut Tak?

21-6-2019 11:08 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 7842| Komen: 25|Original author: Oleh: The Queen

Fobia merupakan sejenis penyakit berkaitan mental dengan menzahirkan rasa takut melampau terhadap sesuatu tanpa sebab jelas dan tidak rasional.

Pasti antara kita ramai yang sudah terbiasa mendengar tentang fobia pada tempat sempit, fobia tempat gelap, dan fobia pada tempat tinggi bukan? Namun, tanpa kita sedari banyak lagi jenis fobia atau ketakutan lain yang dialami manusia di seluruh dunia yang mungkin tidak pernah kita dengar dan tidak menyangka ia wujud.


Jom kita lihat antara fobia unik di dunia berikut:

1. Takut mandi / membersihkan diri (Ablutophobia)


Kredit foto healthtips4u.over-blog.com

Eh, fobia macam ini pun wujud? Ya! Fobia ini dikatakan agak biasa berlaku pada zaman dulu di Eropah sebelum zaman moden. Ianya dialami orang Inggeris, Perancis dan Eropah. 

Ratu Elizabeth pertama dikatakan merupakan orang paling 'bersih' pada masa itu kerana mandi sebulan sekali! Mungkin fobia ini berlaku kerana faktor cuaca di sana terlalu sejuk. 


Kajian juga menunjukkan, fobia takut mandi ini menyumbang kepada perkembangan industri minyak wangi. Iyalah, tak mandi sehari pun dah busuk, apatah lagi sebulan!


2. Takut pada belon (Globophobia)


Kredit foto airikatsuta.com

Fobia jenis ini pasti dialami ramai orang tanpa sedar. Takut pada belon kerana membayangkan belon itu akan meletup bukan?

Seorang lelaki bernama Hunter Ewen dari Amerika Syarikat menghidap Globophobia kerana dia begitu takut pada bunyi belon pecah, tetapi berjaya mencipta rekod dalam Guinness World Records dengan meniup belon sampai pecah paling banyak dalam tempoh 1 jam! 

Beliau mengatakan beliau tidak pernah meniup belon selama 15 tahun dan apa yang dilakukannya sekarang adalah satu bentuk terapi untuknya mengatasi fobia ini dengan cara yang menyeronokkan.


3. Takut pada warna UNGU! (Porphyrophobia)


Kredit foto iluminasi.com

Ya, ianya memang wujud walaupun hanya kes terpencil. Selalunya fobia ini berpunca dari sebab-sebab tertentu. Mungkin berpunca akibat kejadian trauma ketika kecil seperti penderaan dan kemalangan yang melibatkan warna ungu.


4. Takut pada perkataan panjang (Sesquipedalophobia)


Kredit foto trendsnhealth.com

Namanya sahaja sudah cukup panjang! Fobia jenis ini pasti tidak pernah kita tahu akan kewujudannya kerana ianya juga sangat jarang berlaku. Orang yang menghidap fobia ini mengalami kesukaran membaca sebarang jenis makalah seperti novel, artikel dan akhbar.

Malah, ada yang mengalami kesukaran untuk keluar ke tempat awam kerana takut melihat perkataan panjang pada papan tanda dan papak iklan. Mereka mengalami kesukaran untuk menjalani hidup seharian kerana takut dan risau yang melampau. 

Mereka akan mencari pekerjaan yang kurang melibatkan mereka untuk membaca dan menulis.


5. Takut pada Kelawar (Chiroptophobia)


Kredit foto instazu.com

Ketakutan ini terjadi disebabkan salah faham tentang vampire (pontianak) yang bertukar menjadi kelawar dan juga takut pada kelawar penghisap darah sedangkan hanya terdapat tiga jenis kelawar penghisap darah dan ianya berada di Amerika Latin. 

Propaganda melalui cerita dan filem yang mewujudkan sensasi ketakutan pada kelawar sedangkan vampire seperti dalam filem itu tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.


6. Takut pada beratur panjang dan lama (Macrophobia)



Antara simptom penyakit ini adalah berpeluh, rasa ingin melarikan diri, pengsan dan rasa sesak. Kebanyakan mereka yang menghidap penyakit ini gemar membeli-belah secara atas talian (online). Macam mana pula nak mengundi ketika pilhan raya?


7. Takut pada pusat (Omphalophobia)


kredit foto healthprep.com

Pasti anda merasa hairan mengapa ada manusia yang takut akan pusat sendiri. Ada juga kes di mana mereka takut pada pusat orang lain. Mereka takut untuk menyentuh pusat mereka kerana takut pada banyak sebab.

Mungkin ada peristiwa yang membabitkan pusat sehinggakan mereka trauma menyebabkan takut pusat mereka tercedera. Apabila fobia ini menyerang, simptom yang ditunjukkan adalah badan menggeletar, pening, loya, muntah, jantung berdegup dengan laju dan juga kesukaran untuk bernafas. 

Antara selebriti tersohor yang menghidap penyakit ini adalah Khloe Kardashian. 


Macam tak percaya kan? Fobia seperti ini pun wujud! Ada mana-mana fobia berikut yang bersangkut paut dengan anda atau kenalan? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-6-2019 12:17 PM
Nasib tak masuk dalam senarai
Quote dewi 21-6-2019 12:52 PM
cik rasa i have this no 6 .

entah kenapa bila gi sopping tgk org ramai mana2 beratur panjang , tetiba leh sakit perut memulas2. mmg kena abandon the shopping cari toilet dulu.  dan yeberpeluh2 la.  

the only way i can go shopping if sesak mcm tu is kat tempat yg ada proper seating, dah pilih2 kasi duit n barang kat anak . soh dia pi beratur bayar. acik tunggu je la dia habih bayar tu.
Quote matchstick 21-6-2019 12:58 PM
takut kelawar boleh terima lg..yg lain mcm mengarut je. yg takut belon tu agaknya bimbang kot melatah kalau belon pecah
Quote PuanAbby 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca otak pdm ingatan yang kita tak ingin ingat.
Tengok takpa. Tapi bila kucing dtg dekat je nak gesel terus gabra berpeluh gigil. Pergi kedai open space je kaki naik atas kerusi. Cuma tak ingat kenapa takut.
Quote CikB 21-6-2019 02:49 PM
no. 2!  takut belon meletup
Quote crazybeach 21-6-2019 02:55 PM
yang beratur panjang tu takdelah iols takut. cuma tak suka jah nak kena tunggu lama nak berdiri lama sesambil acah2 busy dengan semakphone.

yang perkataan panjang tu pun takdelah takut ke hapa tapi rasa menyemak jah nak kena eja satu2 nak sebut satu2 suku kata tu.
Quote peko_lolo 21-6-2019 03:02 PM
Fobia belon. Mmg takut.klu org bg belon free utk anak kat shopping mall mmg xkan ambik
Quote kucingitam 21-6-2019 04:42 PM
fobia belon tu neelopak kot...hihihi
Quote Lengkong 22-6-2019 03:43 PM
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca  ...

Samalah kita. Rasa takut bila kucing datang dekat lagi2 anak kucing.
Quote Mulotkoyak 22-6-2019 05:20 PM
Iols pun ade phobia...phobia nk mnta tlg org...mulot xsmp hati
Quote nono86 22-6-2019 05:32 PM
Hahaha.. Lawak la
Quote ikanmasin 22-6-2019 11:59 PM
alhamdulillah setakat ni semua di atas akk ok
Quote Abot 23-6-2019 10:53 AM
xde pun fobia mcm aku.. tkut bnde mcm ular,  cacing.. yeeekk
Quote chinta89 23-6-2019 02:11 PM
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca  ...

ye btl. memori padam ape yg kita x nak ingat.
Ada pernah baca otak pdm ingatan yang kita tak ingin ingat.

iols plk fobia lipas.


Quote PuanAbby 23-6-2019 03:48 PM
Abot replied at 23-6-2019 10:53 AM
xde pun fobia mcm aku.. tkut bnde mcm ular,  cacing.. yeeekk

Itu geli kot. Hahaha
Quote PuanAbby 23-6-2019 03:50 PM
chinta89 replied at 23-6-2019 02:11 PM
ye btl. memori padam ape yg kita x nak ingat.
iols plk fobia lipas.

Kawan iols fobia lipas sbb masa bersiap nak p sekolah dulu dia tak perasan lipas dalam baju. Sampai sekarang fobia. Penah lipas dalam kereta tengah gerak terus dia tarik handbrake tengah jalan. Nasib baik takda kereta lain
Quote puanbintang 24-6-2019 10:52 AM
kesiannya yang takut pada pusat tu..tapi yela masing - masing ada je kot fobia memasing..teruk dgn tak je kotnya
Quote putehh 24-6-2019 11:35 AM
PuanAbby replied at 21-6-2019 01:26 PM
Saya takut kucing. Memory yang menyebabkan takut kucing tu macam takda dlm ingatan. Ada pernah baca  ...

samala..takut kucing..tp ingat lagi masa umo 12 thn...selamba je dukong..peluk kucing..xtau macam mana tiba2 leh jd takut
Quote minahsenget 24-6-2019 01:44 PM
I takut semua binatang berbulu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041083 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top