CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Permainan Monopoly Baru Ada Kawalan Suara AI, Tak Ada 'Can' Nak Menipu!

21-6-2019 11:26 AM| Diterbitkan: Fatyzana| Dilihat: 3983| Komen: 14|Original author: Oleh: Fatyzana

Description: Menggamit kenangan. Sebelum wujudnya perkembangan teknologi, permainan papan (board game) seperti Monopoly dan Sahibba sering menjadi rebutan dan mengeratkan hubungan antara rakan sepermainan.
Kredit foto: Gizmodo


Menggamit kenangan. Sebelum wujudnya perkembangan teknologi, permainan papan (board game) seperti Monopoly dan Sahibba sering menjadi rebutan dan mengeratkan hubungan antara rakan sepermainan.

Permainan Monopoly baru, Monopoly Voice Banking kini hadir dengan teknologi canggih yang mengujakan. Kini, permainan ini ditawarkan dengan modul sistem kawalan suara selari dengan peredaran zaman.

Topi AI yang mengawal suara terletak di tengah-tengah papan permainan akan menjejaki perbelanjaan setiap orang. Ia juga dikatakan mampu mendengar arahan pemain. Jadi, tiada lagi penipuan!


Kredit foto: The i Paper


Pembelian hartanah juga dilakukan dengan arahan suara seperti "Buy Trafalgar Square". Kesemua kad Community Chest dan Chance juga digantikan oleh modul suara dengan arahan pada kad yang dibaca oleh modul. Pemain tidak lagi memegang wang tunai kerana kesemua wang disimpan secara elektronik.

Apa yang menarik mengenai pelancaran permainan terbaharu ini adalah anda tidak memerlukan telefon atau sambungan Internet untuk bermain.

Sebelum ini, Hasbro juga telah melancarkan versi Ultimate Banking Edition yang hadir dengan kad kredit. Di Amerika Syarikat, Monopoly Voice Banking dijual pada harga ASD30 (RM124) dan akan berada di pasaran mulai 1 Julai. - CARI


Video: Hasbro


Video: Youtube
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 21-6-2019 11:58 AM
hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie.

dedulu masa kecik main monopoly ke saidina ngan adik2 kalau dapat pegang bank mmg siapla tapau duit nak  beli tapak, buat umah, hotel. org lain dah bangkrup, kita duit berkepuk lagi

sakit perut gelak klu ingat balik dosa lalu main monopoly
Quote Artemesiaa 21-6-2019 12:15 PM
Wah menarik untuk dicuba baru mencabar minda
Quote Fatyzana 21-6-2019 12:23 PM
ninjago replied at 21-6-2019 11:58 AM
hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie.

dedulu masa kecik main monopoly ke said ...

Kali ni memang tak boleh nak buat dosa dah. Hihi
Quote Fatyzana 21-6-2019 12:24 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2019 12:15 PM
Wah menarik untuk dicuba baru mencabar minda

Harus cuba ni
Quote alaa 21-6-2019 01:48 PM
hebat! love monopoly! tapi boleh jadi gaduh lah hahahah
Quote wadiunong 21-6-2019 02:33 PM
ninjago replied at 21-6-2019 11:58 AM
hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie.

dedulu masa kecik main monopoly ke said ...

betul wei, dulu2 akak main saidina dgn sepupu2. sampai kena kejar dgn ayah akak sebabnya kitaorang main bising 1 rumah siap gaduh2 perang mulut lg sebab ada yg menipu
Quote ninjago 21-6-2019 02:40 PM
wadiunong replied at 21-6-2019 01:33 PM
betul wei, dulu2 akak main saidina dgn sepupu2. sampai kena kejar dgn ayah akak sebabnya kitaorang ...

hahahahha lawak!! mesti ada kes gaduh punya kan..

yg best siap ada yg bergadai tapak semua nak byr hutang sewa/kompaun.. mmg la hot tgk ada sorg yg makin kaya and kaya. hahahahahahha!!!
Quote CikB 21-6-2019 02:57 PM
mcm best je ni
Quote dekmieDandy 21-6-2019 03:12 PM
nak pecah duit kat bank letak seribu amek balik lima ribu
Quote wadiunong 21-6-2019 03:45 PM
ninjago replied at 21-6-2019 02:40 PM
hahahahha lawak!! mesti ada kes gaduh punya kan..

yg best siap ada yg bergadai tapak semua nak ...

betul uolsss, kalo tak menipu & tak gaduh tak sah. kenangan zaman sekolah dulu2.
Quote kucingitam 21-6-2019 04:41 PM
best wei main saidina..boleh jadi gaduh...ahaha
Quote ikanmasin 21-6-2019 08:43 PM
wahh abislah tak bole tipu2 dah
Quote Mfzg89 22-6-2019 03:39 PM
Tipu la sape yg pernah main natang ni tapi xpernah curi duit 'Bank' kn .. dpt plak yg jadi tukang bank tu dungu mmg sedap la korg tipu kata x dapat "Gaji" lagi kn..
Quote gigahertz 23-6-2019 03:54 PM
ninjago: hahahahhahha yg jaga bank dah xleh nak menipu la camnie. dedulu masa kecik main monopoly ke saidina ngan adik2 kalau dapat pegang bank mmg siapla tapa ...

biasa dah nak kalah tu buat buat la terlanggar papan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045464 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top