CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Kenapa Tak Boleh Mandikan Bayi Waktu Maghrib?

21-6-2019 10:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8883| Komen: 13|Original author: Oleh: natrahn


Masa penulis kecil dahulu, bila keluar bermain waktu petang, opah selalu berpesan agar pulang segera sebelum waktu Maghrib. Agak-agak kenapa orang tua-tua selalu berpesan supaya duduk diam-diam dalam rumah waktu Maghrib, tutup pintu dan tingkap?

Perkara yang dikongsikan ini mungkin hanya kebetulan. Menerusi laman sosial Info Ibu Hamil, seorang pembaca telah berkongsi sekeping gambar diambil pada tahun 2013. 

Gambar tersebut menunjukkan bayi sulungnya sedang dimandikan. Menurut ibu tersebut, bayinya dimandikan ketika menjelang waktu Maghrib. 




Pengirim gambar ini turut bertanya soalan mengenai penampakan imej 'pelik' dalam gambar tersebut. Persoalannya, apakah imej yang kelihatan itu? Makin lama penulis tenung gambar ni, rasa seram pula. Netizen juga memberikan pelbagai reaksi. 


Sekadar pantulan cahaya dari pusat besen atau kesan titisan air...





Penampakan makhlus halus... ( Ini seram )




Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, kebanyakan manusia pada hari ini mengambil ringan dengan beberapa panduan yang telah diajar oleh Nabi SAW berdasarkan hadith-hadith yang Baginda SAW tinggalkan. 

Antaranya berkaitan perkara yang perlu dilakukan ketika masuknya waktu senja. Ini kerana, dinyatakan di dalam hadis bahawa syaitan berkeliaran pada waktu tersebut. 

Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang Maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Hadis ini menganjurkan kita supaya ketika menjelang waktu Maghrib tidak dibenarkan kanak-kanak untuk keluar rumah kerana ketika itu bertebaran syaitan terbang. InsyaAllah dibolehkan keluar jika ada keperluan. Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia pula, waktu paling sesuai memandikan bayi sekitar jam 10 pagi dan jam 5 petang. Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan proses mandian bayi tersebut dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. 

Penulis berpendapat lebih baik elakkan daripada memandikan bayi pada waktu senja atau Maghrib bagi memelihara bayi daripada perkara tidak baik. Semoga bermanfaat. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 21-6-2019 11:05 AM
Skrg ni byk parents muda ambk mudah dgn alasan tu hanya mitos..
Jd apa2 kat anak tau plak gelabah..
Quote darls 21-6-2019 01:07 PM
pernah tak baca tentang tetamu yg suka dtg ke rumah kita pd waktu maghrib, iaitu wanita - Ummu Sibyan - jin dr kaum perempuan yg suka ganggu bayi dan pregnant lady..
Quote sarah82 21-6-2019 01:22 PM
Ramai mcm tu sekarang.. Bayi tak sampai 44 hari ada yg bawa pi shopping.. Bagi depa nasihat org tua2 tu dongeng saja.. Bila dah kena anak menangis x henti2 org tua2 gak depa cari.
Quote epuepy 21-6-2019 01:26 PM
i cma nk komen, best nye bau baby~~~
Quote CikB 21-6-2019 02:39 PM
seram pulak tgk pantulan tu
Quote natrahn 21-6-2019 03:01 PM
CikB replied at 21-6-2019 02:39 PM
seram pulak tgk pantulan tu

kan..nampak macam muka orang tua..huhu hantu air kot
Quote kivio 21-6-2019 09:01 PM
Kalau penakut, semua jadi hantu.
Air menitik aje pon.
Quote chinta89 23-6-2019 02:21 PM
sarah82 replied at 21-6-2019 01:22 PM
Ramai mcm tu sekarang.. Bayi tak sampai 44 hari ada yg bawa pi shopping.. Bagi depa nasihat org tua2 ...

pegi mall, pasar malam, bsiar2 kat taman... eh x faham aku x reti ke duk kat rmh n pantang elok2 selain kemashalatan baby jugak.
Quote sarah82 23-6-2019 05:41 PM
chinta89 replied at 23-6-2019 02:21 PM
pegi mall, pasar malam, bsiar2 kat taman... eh x faham aku x reti ke duk kat rmh n pantang elok2 s ...

Tak boleh ditegur.. Bila tegur sentap.. Bila budak menangis mula la kalut nak berubat..selalu sgt tgk drama budak nangis sbb gangguan depan mata.. Mak bapa bila dah nampak anak ok.. Keluar lagi waktu mlm.. Kena kacau kalut pi berubat lagi. Ulang cycle yg sama.
Quote puanbintang 24-6-2019 10:48 AM
pendek kata kena beringat sentiasa..ada anak kecik banyak benda kena jagakan?
Quote natrahn 24-6-2019 10:50 AM
puanbintang replied at 24-6-2019 10:48 AM
pendek kata kena beringat sentiasa..ada anak kecik banyak benda kena jagakan?

betul..selagi boleh cegah..
Quote Itzy 20-8-2019 07:07 PM
Yang aku tau ketika waktu senja nak masuk waktu malam, suruhlah anak2 masuk rumahsebab waktu tu jin dan syaitan akan berkeliaran mencari mangsa {:freak
Quote natrahn 21-8-2019 12:24 AM
Itzy replied at 20-8-2019 07:07 PM
Yang aku tau ketika waktu senja nak masuk waktu malam, suruhlah anak2 masuk rumahsebab waktu tu jin  ...

betul....sebelum azan elok la balik rumah, tutup pintu tingkap semua

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037623 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top