CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Gara-gara Buka Tudung Lepas Cerai, Marshanda Dilarang Jumpa Anak

26-7-2019 09:57 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11170| Komen: 28|Original author: Oleh: intan

Jika anda penggemar sinetron Indonesia, pasti tidak asing lagi dengan nama Marshanda yang sering digandingkan dengan pelakon Baim Wong dalam drama sinetron seperti Benci Bilang Cinta, A Million Love Marshanda dan Putri Yang Terbuang. 

Namun, Marshanda yang kini agak senyap dalam bidang lakonan dilihat lebih menikmati hidup sebagai seorang model dan melancong di serata dunia.




Baru-baru ini, aktress cantik itu telah memuat naik sebuah video curahan hati (curhat) mengenai kisah keperitan hidupnya yang dilalui selepas episod penceraian serta keputusan beliau membuka tudung setelah bercerai. 

Marshanda yang dulu bernikah dengan Ben Kasyafani pada 2011 telah menemui episod penceraian setelah tiga tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Sienna Ameerah Kasyafani.



Marshanda yang sebelum ini bertudung litup akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan hijab setelah bercerai. Gara-gara keputusan itu, Marshanda dikecam media Indonesia selain dihimpit konflik bersama bekas suami. Beliau juga dilarang untuk bersama anak kandungnya, Sienna selama hampir tiga bulan.

"Penceraian itu merupakan dugaan paling berat dalam hidup saya. Saya juga telah dikecam dan dikatakan tidak layak menjaga dan membesarkan anak saya."

"Gara-gara saya buka tudung, saya tak dibenarkan jumpa dan bersama dengan Sienna."




Menurut Marshanda, penceraian tersebut merupakan dugaan paling perit kerana dilemparkan cemuhan hebat daripada peminat dan turut mempengaruhi emosinya sehingga mengalami kemurungan.

Beliau ternyata telah mengejutkan peminat setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai pada Jun 2014. - CARI
3

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainashiqa 26-7-2019 10:06 AM
Ni mesti bertudung sebab suami suruh ni.. Tp kesian la dia xdpt jumpa anak
Quote awanysss 26-7-2019 10:08 AM
kes bertudung sbb jate la ni. tp kesian jugak xdpt jumpa anak. cantik sheol mcm iras2 baby shima pun ada.
Quote Cpkay 26-7-2019 10:36 AM
lawanya anak dia..
Quote Kurex 26-7-2019 10:37 AM
Semoga dapat dipeluk erat Ben Kasyarani dari belakang
Quote namieamuro 26-7-2019 10:45 AM
sheols dlu mcm lost je nmpk..tau2 je dh cerai..lawa anak sheols..
Quote kualibesi 26-7-2019 10:53 AM
kesian nya, sebab bukak tudung ja..
Quote vee_zara 26-7-2019 11:13 AM
Tak penah suka dia punya lakonan n everything about her. Thats y tak penah tengok habis pun cerita/drama yg ada muka dia ni
Quote piep 26-7-2019 11:21 AM
Selayaknya la.. ex husband maybe nk teach her a lesson. lepas bukak tudung menyexi tak ingt. dulu ada couple ngan sapa tah kemain lagi.. aleh2 putus. ben tu dikatakan memang alim, waktu shooting pon tak tinggal solat. untung dapat laki hensem alim pulak. maybe marshanda tertekan dikongkong kut.. hmm
Quote nanaiss 26-7-2019 11:30 AM
Moga insap la balik, sayang lakinye baik
Quote mangkukhayun 26-7-2019 11:40 AM
si ben ni pn dh kawinn lain kn...isteri baru mmg muslimah abisss...
Quote LadyCarefree 26-7-2019 12:27 PM
piep: Selayaknya la.. ex husband maybe nk teach her a lesson. lepas bukak tudung menyexi tak ingt. dulu ada couple ngan sapa tah kemain lagi.. aleh2 putus.  ...


Hak dia la dia xnk pakai setelah dipaksa memakai oleh king control
Quote Artemesiaa 26-7-2019 04:01 PM
Apa juga alasannya sian juga buatnya sebab tak dapat jumpa anak.  Nampak kena tunggu anaknya dewasa baru dapat jumpa.
Quote leylapple 26-7-2019 04:13 PM
LadyCarefree replied at 26-7-2019 12:27 PM
Hak dia la dia xnk pakai setelah dipaksa memakai oleh king control

im with u sista...

sukati dia lah nak menyeksi masa janda...entah2 tu adalah tindakan depression dia lepas diceraikan dan dimalukan peminat...

sapa2 yg sokong si ex laki nie..kalau betul alim dan bagus nya si ex laki takkanlah sampai bercerai diorang nie...pastu nak menidakkan hak dia utk tgk anak kandung tu mcm mana?

bgs lah dah cerai.. si laki tu mmg bertopengkan agama...harap si anak dapat dibesarkan dgn baik


Quote aammyy 26-7-2019 04:51 PM
sheolls pnh depress kan dulu. time rambut dia blonde. sheolls ni jenis suka ikutkan perasaan kot. no wonder la ben tak bg tgk anak. maybe takut bawak pengaruh buruk kat anak. tp tu la, dorang mcm kita jugak ke kalau bercerai mahkamah akan decide sapa yg jaga?

bercerai tahun 2014, skrg baru nak freehair balik ke mcm mana?
Quote RatuDunia94 26-7-2019 06:38 PM
Sinetron Kisah Sedih Di Hari Minggu dulu menghiasi zama sekolah iols..
Quote buapakperut 28-7-2019 06:35 PM
dia punya sajak tu pasal buka tudung la tu..
Quote luluaurora 1-8-2019 01:32 PM
mak mana tak sedih jauh dr anakk,
mak buat salah anak pulak jd mangsa..
Quote hyie 2-8-2019 02:46 AM
ex laki sheols nampak macam pengkid pulak sekali imbas maafin gue yach
Quote zu_nia 2-8-2019 11:38 AM
aammyy replied at 26-7-2019 04:51 PM
sheolls pnh depress kan dulu. time rambut dia blonde. sheolls ni jenis suka ikutkan perasaan kot. no ...

Dah lama free hair lepas bcerai..memang nampak dia macam lost, life  xtentu arah..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048762 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top