Usahawan terkenal Vivy Yusof sekali lagi mencetuskan isu apabila cubaannya bertutur dalam "Bahasa Melayu" sepanjang hari menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.
Vivy melakukan "cabaran" itu dan dimuat naik menerusi Instagramnya. Gayanya yang 'acah pelat' berbahasa Melayu menyebabkan ramai netizen mempersoalkan tindakannya itu? Video penuh cubaan bertutur dalam BM sepenuhnya ini akan dimuat naik ke saluran YouTubenya nanti. Agak-agaknya, teruk sangat ke Bahasa Melayu dia ni?
Seorang pengguna Twitter malah menyamakan cabaran itu sebagai "poyo dan acah". Kritikan itu mendapat perhatian Vivy yang kemudian tampil membuka mulut, "cakap BM, poyo. Cakap english, poyo. Jomlah cakap Mandarin je". Ada juga yang mendakwa Vivy ni bila mahu menjual produknya sahaja akan menjadi orang Malaysia, tetapi bila masa lain dia orang London. Tetapi, ada juga netizen yang menyokong Vivy berkata, memang ada orang yang susah hendak bertutur sepenuhnya dalam bahasa ibunda sendiri. Mungkin dibesarkan dengan hanya menggunakan bahasa kedua dari kecil dan tidak menekankan bahasa ibunda, maka begitulah jadinya. Tak boleh salahkan dia juga kan, geng-geng setiap tahun melancong di London ni memang susah hendak bercakap Bahasa Melayu. Bagaimana dengan anda? Pelat bercakap dalam Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? - CARI |
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
grizz replied at 30-8-2019 10:37 AM
bole la king coco join bm challange ni
ADVERTISEMENT