CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ingin 'Food Hunting' Di Pulau Pinang? Kunjungi 10 Kafe Ini Yang Harus Anda Cuba!

18-9-2019 01:42 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11805| Komen: 54|Original author: Oleh: intan

Jika anda merancang untuk melawat Pulau Pinang tidak kiralah sama ada untuk menghabiskan cuti bersama keluarga ataupun misi 'food hunting' bersama teman, ini adalah senarai tempat makan yang best untuk dikunjungi!

Kalau bercakap mengenai Pulau Pinang, pasti terbayangkan pasembur, nasi kandar, ais tingkap dan banyak lagi. Mudah cakap, kalau mai Pulau Pinang mesti nak cuba makanan yang surrr saja bak kata penduduk tempatan. 

Menurut perkongsian @SabbyAneeshaaa di Twitter, ini adalah kafe yang harus anda lawati jika berkunjung ke Pulau Pinang.


1. Two Buns, Lebuh Carnavon




Di sini, anda kena cuba rasa burger dengan peanut butter. Pelik? Belum cuba, belum tahu kan!


2. Awesome Canteen @ Sekeping Victoria



Tempat cantik, makanan sedap. Memang sesuai kalau nak sambut hari jadi atau apa apa event. Boleh tangkap gambar banyak-banyak!


3. TeaKadai



Orang kata, cafe ini kurang dikenali tapi menyediakan pelbagai manisan dan makanan India. Dah tak perlu susah-susah pergi India semata mata nak minum secawan teh yang sedap!


4. Gayo Cafe, Beach Street




Makanan lazat dengan harga yang amat berbaloi. Sesuai untuk anda yang nak bersantai dengan kawan-kawan sambil menikmati makanan dan minuman yang enak. 

Tempat pun lawa, berbaloi untuk ditayang dalam media sosial.


5. Crepe Cottage , Gurney Drive




Paling best dan kena cuba adalah Mango Sherbet. Untuk yang gemarkan pencuci mulut, kafe ini patut anda cuba!


6. Caze by Buu's Kitchen



Walaupun agak mahal, pilihan kek yang ditawarkan kafe ini sangat menarik. Servis juga memang top notch!


7. Macallum Connoisseurs, Gat Lebuh Macallum


Bagi yang kurang gemarkan matcha tea, boleh cuba penkek dan minum coklat ais yang enak! Memang berbaloi.


8. Halab Penang, Chulia Street




Tidaklah berkonsepkan kafe, namun anda patut mencuba makanan di restoran ini. Makanan yang awesome dan servis yang terbaik. Percuma manisan arab lagi tau!


9.  Bean Sprout Cafe, Bishop Street



Selain menyediakan menu sarapan yang enak, kafe ini ini juga menyediakan minuman panas yang sedap. Tempatnya juga estetik sesuai untuk mereka yang suka mengambil gambar kenangan.


10. Brown Pocket, Gurney Paragon



Gemarkan penkek dan wafel? Cubalah hidangan signature mereka. Confirm tak menyesal lah!

Anda anda kafe menarik sekitar Pulau Pinang yang berbaloi untuk dikunjungi? Kongsikan kepada kami di ruangan komen. - CARI
13

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-9-2019 10:45 AM
Ohh..ni kafe2 hipster... Aku kalau pi penang.. Aku suka makan kedai2 tua yg sudah semestinya sedap.. Antara yg aku suka makan.. Sup mamak padang penyapu
Quote RatuDunia94 18-9-2019 10:53 AM
Setakat pegi penang semata2 nk cr makanan hipstur gitu.. kat kl pon berlambak.. apooo?
Quote fliphair8 18-9-2019 11:13 AM
RatuDunia94 replied at 18-9-2019 10:53 AM
Setakat pegi penang semata2 nk cr makanan hipstur gitu.. kat kl pon berlambak.. apooo?

kann.....baik aku pi restoren kari bawal sembilang kat sungai petani nunn...pi makan nasi berlauk kat kelate, nasik dage kat ganu....gitu kampung sangat hakak punya tekak.  
Quote yayasbs 18-9-2019 11:23 AM
halu..kat key el ni belambak n famous2 plak tu..aku klu p penang aku akan cari mamakderr..nasi kandarq la oii
Quote nutnet 18-9-2019 11:34 AM
Cafe2 kat atas ni bukan ke mostly chinkies punya.. Maka terjamin halalkah utk melayu serbu nak melantak bagai.. Nanti terpekik terlolong baru tersedar dah termakan babi pastu ayat wajib "padanlah sedap.."
Quote nirose 18-9-2019 11:56 AM
Kalau pergi penang, orang nak try local food dia.. Kalau setakat cafe acah acah ni kat kl pun ada...
Quote sarah82 18-9-2019 12:26 PM
Listt wajib aku pi bila kat penang.

1. Hamiddiyah (mcm tu kot ejaan dia) beriyani dia the boom gitu

2. Tajuddin tak salah aku kat little india yg berdekatan dgn Kuil Hindu.. Gulai ayam dia pekena dgn capati.. Fuh.. Fuh.. Fuhh..

3. Kapitan tapi sejak kapitan isu kebersihan aku tolak dari list dan lagi 1 kapitan suka boh setanggi.. Aku pening dgn setanggi.

4. Nasi kandar kmpg Melayu.. Fuhhhhh.. Wajib ooo

5. Nasi kandar kat depa pejabat pos gelugor.. Aku x tau la pakcik mamak tu still meniaga atau tidak.. Hat ni sedap.. Dia jual dgn roda 3.

6. Sup mamak Padang Penyapu.. Hahaha.. Aku suka panggil padang penyapu sbb dolo2 org sana panggil padang Broom walaupun nama sebenarnya adalah Padang Brown.. Hat ni satay kamben dia pun marvelous tau.

7. Ayaq nyok sirap kat chowrasta tak salah aku.. Depa panggil ayaq tingkap.

8. mee mamak sambal sotong dekat2 Fort Cornwalls. Aku dah lupa nama kedai.. Tapi aku tak leh lupa mamak berlagak ni.. Mujur sedap.. Kalau tak mampus aku nak mencerma duli pi makan kat situ

9. Nasi padang yg dekat2 dgn transfer road.. Situ aku suka makan dia punya ikan cencaru sumbat cabai.. Fuhhh..

10. Roti canai transfer road tak salah aku yg ni boleh la.. Nak kata sedap sgt kuah dia.. Aku suka lagi roti canai kuah gulai yg dekat dgn masjid Seberang jaya..

11. Capati belakang Kapitan.. Yg ni buka pagi saja.

Jadi dari aku pi makan kafe hipster baik aku pi cari kubur yahudi kat penang.
Quote shafashuha 18-9-2019 01:11 PM
kosser nak pergi kafe hipsturrr ni
Quote palmolive 18-9-2019 02:46 PM
seumpama pergi cameron tak beli strawberry, tapi beli KFC
Quote TalibanRock 18-9-2019 02:56 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 12:26 PM
Listt wajib aku pi bila kat penang.

1. Hamiddiyah (mcm tu kot ejaan dia) beriyani dia the boom g ...

memang sama la kita punya hunt list...nasi kandar mcm2 kedai suma rasa sedap smpi ke bulan gitu...ada masa jom la kita pegi sama2
Quote sarah82 18-9-2019 02:58 PM
TalibanRock replied at 18-9-2019 02:56 PM
memang sama la kita punya hunt list...nasi kandar mcm2 kedai suma rasa sedap smpi ke bulan gitu... ...

Hahaha.. La.. Bamrok pun suka makan nasi kandar ka?
Quote moonbug 18-9-2019 03:00 PM
Cafe hispter semua ni, siapa tak kisah spend a lot on mediocre food oklah. Kalau tak, better pegi mee udang Sg Dua
Quote diggerr 18-9-2019 03:51 PM
{:cryrun{:cryrun
Quote ketambangkang 18-9-2019 03:55 PM
cafe hipsturr harga yahudi
Quote KIM.K 18-9-2019 03:56 PM
Food hunting orang kije Penang boleh la. Suruh geng The Curve mari sini buat hapa

Pernah pekena nasi kandar Li** Cl***. Telur sotong segala but iols rasa marah terhadap masyarakat Penang. Macam cardboard
Quote abangadek 18-9-2019 03:58 PM
baik makan mee sotong hamed pata kt padang kota, menjilat pinggan, murah pn murah, kafe hipstur ni takde 100 dalam poket jgn masuk la
Quote TalibanRock 18-9-2019 04:03 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 02:58 PM
Hahaha.. La.. Bamrok pun suka makan nasi kandar ka?

4 tahun duk perak..tiap2 minggu mesti pekena nasi ganja...kalau ade meeting kat penang, mesti lepak hameediah tu...mmg port dari dulu lagi..
Quote sarah82 18-9-2019 04:05 PM
TalibanRock replied at 18-9-2019 04:03 PM
4 tahun duk perak..tiap2 minggu mesti pekena nasi ganja...kalau ade meeting kat penang, mesti lepa ...

Nasi ganja sedap ka? Nanti kalau pi perak nak cuba laaa..
Quote sarah82 18-9-2019 04:06 PM
KIM.K replied at 18-9-2019 03:56 PM
Food hunting orang kije Penang boleh la. Suruh geng The Curve mari sini buat hapa

Pernah pekena n ...

Line clear ni bukan sedap pun

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.163760 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top