CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Kahwin Dan Cerai 23 Kali Dalam Setahun! Nak Cipta Rekod Guinness Ke?

25-9-2019 01:07 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3665| Komen: 9|Original author: Oleh: LilRose

Entah apa yang tidak kena dalam dunia perkahwinannya, seorang lelaki di China berkahwin dan bercerai sebanyak 23 kali dalam setahun!


Kredit foto: The Sun


Lapor Shanghaiist, Biro Hal Ehwal Awam negara itu mendedahkan bahawa lelaki di Changsha, Hubei itu muncul dalam rekod mereka sebanyak 46 kali pada 2018. Ini menjadikan dia berkahwin sebanyak 23 kali dan bercerai juga 23 kali sepanjang tempoh 12 bulan!

Lelaki yang baru sahaja bercerai buat ke sekian kalinya pada minggu lepas itu direkodkan telah beberapa kali menamatkan perkahwinannya hanya sehari selepas disatukan dengan pasangannya.


Gambar hiasan

Foto: Shanghaiist

Tak tahu sama ada pihak berkuasa terlepas pandang mengenai perkara ini, tapi ramai pengguna Weibo mengecam tindakannya dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadapnya.

Ramai membuat spekulasi dan percaya bahawa lelaki itu melakukan penipuan harta benda dan seumpamanya.


Gambar Hiasan
Kredit foto: Women of China

Atau mungkin juga dia sedang dalam usaha mengejar untuk mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness, kan?

Buat masa ini, rekod perkahwinan terbanyak dipegang Glynn Wolfe yang berkahwin sebanyak 29 kali.

'Jangka hayat' perkahwinannya yang paling pendek adalah 19 hari dan bertahan paling lama selama 11 tahun.

Apa motif dia kahwin cerai, kahwin cerai? Tak penat ke nak buat semua urusan perkahwinan dan perceraian tu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 25-9-2019 02:00 PM
Maknanya setiap bulan kawin cerai 2 kali..
Quote gummiebear 25-9-2019 02:54 PM
Cepat pulak dia dapat pengganti tu
Quote fliphair8 25-9-2019 03:40 PM
senangnya puak prc punya cerai documentations...garu kepala
Quote Artemesiaa 25-9-2019 03:42 PM
Dah macam hobi pulak jadinya list bakal pengganti pun banyak betul dalam simpanannya
Quote Perawankota 25-9-2019 09:45 PM
Woww.. Senang Sgt ke proses kawen kt sana
Quote papazola90 3-11-2019 11:54 AM
bapak aeghhhhh, ni hobi or nak mencipta nama?
Quote batmana 3-11-2019 01:07 PM
xde budaya hantaran kt sana
kawin 100 kali pun xpe

cube dtg sni, kwin ngn org melayu

mau bangkrap la dia
Quote ReginaGeorge 3-11-2019 02:28 PM
Dia pakai kondom ke tak tu..
Quote cucuq 4-11-2019 01:03 AM
woww pantasnyaaa..kontol kecik ka asyik kawen cerai jaa

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034642 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top