CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sudahlah Sedih Dengan Adira, Sekarang Anak Perempuan Datuk Red Pula Nak Bercerai

15-10-2019 06:34 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 26789| Komen: 103|Original author: Oleh: Saiful

Bertimpa-timpa pula nasib malang yang menimpa Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Sebelum ini kecoh bila isterinya, penyanyi Adira failkan penceraian.


Kali ini anak perempuan Datuk Red, Aziera, 20 juga dalam proses penceraian.


"Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun. Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia??? Inilah balasannya," katanya kepada Gempak.

Datuk Red ada memuat naik foto bersama anaknya yang berada di di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor.

Aziera merupakan anak hasil perkahwinan pertama Datuk Red dengan bekas isteri ketika berusia 20 tahun dan hanya bertahan selama lima tahun sahaja.


Walaupun dirinya sendiri sedang sedih namun Datuk Red lebih bersimpati dengan nasib Aziera.

"Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red," tambahnya.

Foto: IG
Bersabarlah ya Datuk Red. Dugaan, semoga semuanya dipermudahkan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • coco

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 15-10-2019 06:38 PM
Confius itu anaknya ke adira? Yg baju hitam tu anaknya laa kan..tp yg baju purple tu anaknya ke adira? X lari jauh kot taste dia ni ye..maybe anak tu muke mcm maknya
Quote Pamelaloba 15-10-2019 06:40 PM
Dato red ni memang imej dah berubah eh. Tengok mcm dah ke arah islamic dengan jambang
Quote Pixie902 15-10-2019 06:41 PM
Agaknya lepas bercerai dgn ibu Aziera, Dato Red pun sibuk mengatur kepala isteri...tu yang anaknya memilih hidup sendiri...malas nak kacau ayahnya...harap lepas ni lebih fikir pasal anak2 ok...
Quote Boomibulat 15-10-2019 06:58 PM
Kemana tumpahnya kuah...
Quote beta_carotene 15-10-2019 06:58 PM
Knp muka anak sebijik muka adira?
Quote ehehnurza018 15-10-2019 07:04 PM
La, tak tau yang dia ada anak yang dah besar. Haha.
Quote ehehnurza018 15-10-2019 07:05 PM
Pixie902 replied at 15-10-2019 06:41 PM
Agaknya lepas bercerai dgn ibu Aziera, Dato Red pun sibuk mengatur kepala isteri...tu yang anaknya m ...

Mungkin kot. Sebab kita tak tau kan.
Quote ehehnurza018 15-10-2019 07:06 PM
harap semuanyaaa ok.
Quote izabellemylia 15-10-2019 07:09 PM
pic yg 1st tu anak tok red..pic kdua ketiga tu pic adira kan ...

yg 1st tu nampak dr angle blakang badan anak2 muda gituh
Quote lalalxlx 15-10-2019 07:16 PM
what goes around comes around..anggaplah dugaan hidup dan banyakkan muhasabah diri..
Quote buapakperut 15-10-2019 07:23 PM
tu la bila kaki perempuan ni ingat sikit kat anak2 awak, adik2 awak, kene buli ngan jantan, nak meratib ya auloh ya auloh pun dah tak guna, sebabnya suka aniaya anak orang juga
Quote Managerara 15-10-2019 07:26 PM
Kusutnya aku..no 1 2 3 mmg adira ke wei? No 1 dan 2 tu tudung sama hitam tapi muke adira tu..no 3 sah2 muke adira senyum..

Kenan adira ke darin red ni hahaha
Quote armin 15-10-2019 07:27 PM
Memang betul2 insaf ke ni? Kifarah kan. Kau buat org, kena kat anak sendiri tak pun cucu cicit yg kena. Cuba kalau setia kat bini first yg dah banyak berkorban dari dulu tu.
Quote salmon-suki 15-10-2019 07:30 PM
Umur 19thn ler anak dia kawin?awal sgt tu..
Quote sayawifenikmie 15-10-2019 07:46 PM
'dia dengan adira tak jadi cerai ke?

kalau tak jadi cerai .. jadilah suami yg baik

ini tidak .. ayah mertua meninggal punkau tak jengah .... kuangjaq punya menantu hantu.
Quote giyomi 15-10-2019 08:09 PM
bagus lar klu sedar, semoga lepas ni tak alpa dgn duniawi yg sementara...aiyooo...tiber akak arini jadi ustajah.
Quote makita 15-10-2019 08:11 PM
Eh tp meols ada la sedara yg mcm gini. Masa muda psg byk..askar...mana pegi ada satu bini. Akhirnya ada bini yg steady sorg. Dpt ank2. Tp ank perempuan pon kwen cerai. Kesian lak mcm hobi bapak buat ank org lain. Ank sendiri yg kene kwen cerai.
Tu lom lg kes ank2 bini2 lama cari bapak bila nak kwen.
Tak pasti la lelaki mcm gini rasa apa.
Quote eyansss 15-10-2019 08:15 PM
dok sibuk susunpaku bini dan anak2...  siap demand anak nak berderet2...  pastu apa jadi kat anak haram nak tau...  nak cover salah, cakap anak tak suka susahkan dia n jenis independent...  
Quote djzara81 15-10-2019 08:28 PM
Cantik gak anak tokred ni. Sayang jodoh x panjang

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top