CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Kutuk Pensyarah Ekonomi Mulut Biadab Tak Bermaruah

15-10-2019 05:51 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 8819| Komen: 28|Original author: Oleh: ameenarara

Description: Video seorang pensyarah ekonomi di program bual bicara mendapat perhatian seluruh masyarakat apabila pensyarah tersebut mengatakan pekerjaan seperti Grab dan Foodpanda tidak bermaruah.
Video seorang pensyarah ekonomi di program bual bicara mendapat perhatian seluruh masyarakat apabila pensyarah tersebut mengatakan pekerjaan seperti Grab dan Foodpanda tidak bermaruah.

Bukan itu sahaja, pelakon Azhan Rani turut mengecam ayat yang dilontarkannya dan tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah universiti.



Foto: Instagram Azhan Rani

Dia membidas pensyarah tersebut di Instagram tentang maruah yang dimaksudkan itu dan siapakah dia untuk mengadili kehidupan orang lain.



Secara peribadinya sebagai seorang pensyarah seharusnya meletakkan akal budinya itu tinggi terutama apabila sedang berbicara tentang hal maruah seseorang.




Rakan artis turut menyokong Azhan yang mengecam tentang isu tersebut bersama netizen yang rata-ratanya menyifatkan pensyarah tersebut seorang yang bodoh sombong.


Siapa sangka orang yang mempunyai ilmu yang tinggi memberi pandangan negatif tentang kerja orang lain. Adakah dia sedar penggunaan ayat 'tidak bermaruah' tersebut?

Harap pensyarah tersebut memohon maaf dan berhati-hati dengan percakapannya selepas ini. Jangan bangga sangat dengan pangkat yang ada. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orglama 15-10-2019 06:10 PM
Edited by orglama at 15-10-2019 06:16 PM

sampai hati kata pekerjaan tersebut tak bermaruah. org tu buat kerja yg halal kot. apa salahnya ada degree tp bawak grabfood or foodpanda or seumpamanya? bukannya dorang buat jenayah...
Quote msdummy.2018 15-10-2019 06:18 PM
helo wartawan cari...

Harap pensyarah tersebut memohon maaf dan berhati-hati dengan percakapannya selepas ini. Jangan bangga sangat dengan pangkat yang ada. - CARI


dia dah mintak maafkan...dah ada benang pasal dia mintak maaf

dia bukan takat minta maaf jer....siap dengan niat nk saman mereka yg timbulkan kekeliruan....saya harap anda berhati2 dlm menulis ya....(mungkin buat research dulu lah)...jgn amik hati plak...
Quote ms.mango 15-10-2019 06:20 PM
Jangan la sesekali pandang rendah pekerjaan org. Kita xtau dia lebih kat mana dr kita. Kata2 yg keluar dr mulut dia adalah kata2 yg sombong. Sbbtu org kata hati2 bila berbicara..wlpn dah mintak maaf, jd mcm x ikhlas sbb dok nak menyaman org lain pulak. Ego.
Quote CiliPadiSedap 15-10-2019 06:30 PM
akak faham apa dia nak sampaikan, cuma susunan ayat dia tu kalis bangla
Quote September14 15-10-2019 07:01 PM
Mcmne dia leh tkeluar ayat x bmruah tu... mmg melampau la mmg ptut kna kecam...  
Quote Kurex 15-10-2019 07:12 PM
"Sekiranya ingin berbicara, janganlah mulutmu melebihi akalmu, nescaya boleh membuatkan orang yang memdengarnya terguris hati"..
Quote URUHA 15-10-2019 07:39 PM
Lain kali nak cakap tu biar teghang. Bagi meols semua kerja yg halal tu adalah mulia. Jgn merompak & naya org dah la. Kerja gempak pun x guna kalau sanggup main rasuah & naya orang
Quote giyomi 15-10-2019 08:14 PM
dun assume pensyarah tu bijak pandai hokey, ntah2 dia terjun jadi pensyarah pon sebab takder job lain di luar. klu asik nak milih kerja sama level with studies yg tak seberapa, maka tanam anggur lar jawabnya. atleast this delivery job is a stater for them dari duk menyalahka pihak itu ini.
Quote Jiddin 15-10-2019 08:23 PM
Edited by Jiddin at 15-10-2019 08:31 PM

Masa mula2 dengaq cerita ni, aku bara betoi. Aku bayangkan sejenis pensyarah syok sendiri. So, aku cari videonya. Jumpa dan tengok.

Sebelum tengok, aku terkejut sbb aku penah follow wawancara pensyarah ni kat tv pre election hari tu. I know where he is coming from and his stance on people economy so aku mcm tak caya dia sanggup ckp mcm tu.

Bila dah tengok video,  aku rasa ni semua adalah cuma satu kes lost in translation. Aku rasa (and I might be wrong), pensyarah tu guna perkataan 'tak bermaruah' untuk ganti perkataan 'demeaning'.

Dia kata keja delivery ni is demeaning pada rakyat Malaysia yg dah susah payah habiskan ijazah tp terpaksa buat kerja delivery sbb peluang kerja yang terbatas dek kelembapan ekonomi; bukan kerja delivery tu demeaning secara umum.

Betoi la tu.....bayangkan hampa atau anak2 hampa pulun belajaq sampai university dgn harapan untuk dpt kerja stabil, tetap dan white collar tetapi ijazah tu tak secure you any stable job. Malah, hampa kena buat blue collar jobs instead yg tak perlukan kelayakan akademik pon. Penat belajaq, tanggung hutang ptptn, takda kerja, buat Food Panda, pastu kena tipu pula pasal upah!

Inilah maksud pensyarah tu bila dia kata 'tak bermaruah'. I deduce this sbb aku 3,4 kali follow arguments dia kat tv so I tahu falsafah pensyarah ini.

In fact, pensyarah ni byk persamaan idea dgn Dr Muhammad Khalid dari segi pendirian pasal ekonomi rakyat. Dr Muhammad Khalid yg penah viral pre election sbb bongkar isu bantut di kalangan B40 kids di Lembah Klang pun penah kata bawa Grab ni walaupun masyuk adalah tetap demeaning dan merupakan intellectual insult kepada lepasan university. Masa tu Dr Khalid was hailed as a hero.

Too bad pensyarah ni kena kecam sebab benda yg sama cuma kerana kurang cakna memilih perkataan BM untuk ganti perkataan 'demeaning' tersebut.

Sekian arakian.
Quote de_ikea 15-10-2019 09:03 PM
Jiddin replied at 15-10-2019 08:23 PM
Masa mula2 dengaq cerita ni, aku bara betoi. Aku bayangkan sejenis pensyarah syok sendiri. So, aku c ...

Setuju dgn penerangan chuols. Wrong choice of words. Kalau dgr semua, byk point yg sangat benar dan tepat.

Tp kalau amik 2-3 mins sahaja, tu yg bunyi nya sgt mean.
Quote mohdcrow 15-10-2019 10:41 PM
Dah boleh agak dah...last2 kuar ayat kenyataan dimanipulasi
Quote imanda 15-10-2019 10:50 PM
Edited by imanda at 15-10-2019 10:52 PM
Jiddin replied at 15-10-2019 08:23 PM
Masa mula2 dengaq cerita ni, aku bara betoi. Aku bayangkan sejenis pensyarah syok sendiri. So, aku c ...


so, pensyarah pon bodoh jualah?
kalo xreti ckp bahasa melayu ckp jelah dlm bhs english.

pensyarah sepatutnya tau apa nk ckp, keluar tv lak tu.
bkn sembang kat cari forum.

pastu dah silap, mintak maap.
senang eh?

yg susah pyh belajaq tu segelintir aje kot, yg lain2 belajaq pastu habiskan duit loan tah ke hp ke kafe ke apa pastu loan dah hbs tpaksa laa kje grab/rider sume.
bluerghhhh

dats y sepatah kata silap xpsl2 kena kecam, sepatutnya pensyarah tu pakai otak/kaji or atleast tulis point apa nk ckp.



Quote orglama 16-10-2019 12:27 AM
Jiddin replied at 15-10-2019 08:23 PM
Masa mula2 dengaq cerita ni, aku bara betoi. Aku bayangkan sejenis pensyarah syok sendiri. So, aku c ...

terima kasih atas penjelasan
Quote Jiddin 16-10-2019 04:21 AM
imanda replied at 15-10-2019 10:50 PM
so, pensyarah pon bodoh jualah?
kalo xreti ckp bahasa melayu ckp jelah dlm bhs english.


Pensyarah ekonomi sayang, kadang2 bahasa mereka tak berapa accurate. Dah biasa dengan academic jargon khuens.....bila dah bercakap di luar audience yg meka biasa, maka terjadi la benda2 mcm ni.

Tp chuol got a good point there. He should have prepared if he's lacking in language departmen sebelum keluaq tv.
Quote yayasbs 16-10-2019 08:58 AM
orglama replied at 15-10-2019 06:10 PM
sampai hati kata pekerjaan tersebut tak bermaruah. org tu buat kerja yg halal kot. apa salahnya ada  ...

dia ingat yg bawa grab..buat food panda tu calang2 ke..ntah2 ada yg phd pon buat keje tu..diorg ni bukan mencuri..ni la bukan takat prof kangkung ni tambah sikit prof kangkung ikan masin..hahaha
Quote yayasbs 16-10-2019 09:01 AM
mentang2 kau dh kat kerusi empuk..diorg buat keje halal kot..ntah2 lagi kaya dr kau yg tggu gaji stp 25 hb..
Quote jijilaaa 16-10-2019 09:40 AM
disebabkan manusia spesis kau yang kejar kerja bermaruah tu la

yang menyebabkan lambakan pekerja2 dari indon bangla nepal dan sebagainya


baru ada org melayu kita nak buat part time grab, delivery food ni kau dah kondem! patotnya bagi galakkan utk org menambah pendapatan then baru la org berbelanja barula ekonomi naik mencanak
Quote cikatilia 16-10-2019 10:17 AM
aku nak tunggu dia saman org yang dia tuduh "memanipulasikan" kata2 suci beliau

hanat
mulut ko yg laju ckp org lain plak salah ye
nasib la ye tergagap2 salah ckp
Quote coco 16-10-2019 10:53 AM
manusia yang bermaruah adalah manusia yang menjalan apa pun kerja tapi HALAL di sisi ALLAH SWT.  full stop.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064472 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top