CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Kongsi Hal Peribadi, Mimi Lana Takut Depresi

22-10-2019 05:28 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 9270| Komen: 35|Original author: Oleh: ameenarara

Setiap kali menjadi bahan kecaman netizen tentang bentuk badannya, Mimi Lana mengambil pendekatan untuk tidak mengambil hati dan memandang serius kata-kata netizen.


Foto: Instagram Mimi Lana


Dia lebih selesa menjadikan setiap kritikan itu sebagai sesuatu yang positif untuk memajukan dirinya lagi.

Menurutnya lagi, dia tidak kisah apabila netizen mengatakan dirinya terlalu kurus kerana masing-masing mempunyai pandangan.



Ketika ditemu bual mStar Online, Mimi tidak pernah rasa terganggu dengan komen netizen yang boleh membawa kepada depresi. Perubahan bentuk badannya itu adalah disebabkan watak yang dibawa Mimi dalam filem seram Pusaka.



Tambahnya lagi, apa sahaja kisah peribadi tentang dirinya mahupun kekasih, Syafiq Kyle dia akan elak untuk berkongsi di laman sosial.

Mimi juga memberikan pandangan untuk mengelak daripada penyakit depresi, ada baiknya seseorang itu berhenti seketika daripada menggunakan laman sosial.



Dia juga mengakui tiada sesiapa mampu mengawal laman sosial dan disebabkan itu dia lebih gemar untuk menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk berkongsi kisah kerjayanya.

Bagi Mimi, netizen merupakan robot dan mereka yang suka mengambil peluang untuk mengecam seseorang ada baiknya gunakan platform ini untuk perkara yang baik.



Artis memang selalu menjadi bahan ejekan netizen. Apa sahaja yang dibuat semua tidak kena pada mereka dan mulalah mengutuk untuk melemahkan semangat seseorang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kibodwatriuh 22-10-2019 05:45 PM
cantik dan berbakat
Quote ninnamina 22-10-2019 05:46 PM
Amboii semua artis skang sket2 depression la anxiety la penyakit berjangkit antara artis ke tu
Quote salmon-suki 22-10-2019 05:49 PM
Ooo..dia ke berlakon filem pusaka ni?ada duk tayang kt board tgv aritu..poster mcm menarik tp sbb kan pengaruh maleficent lagi hebat,aiolzs layan maleficent jah{:smile

Nanti laa cari trailer filem ni,best ke idok{:run
Quote MimiLalat 22-10-2019 05:51 PM
Loveeeee mimi lana. Semoga kekal lama dalam industri. Kalau aku retisss, aku off je komen cm izara tu, lagi aman hidup takyah bace komen. Ehekssss.
Quote cutepiekiss 22-10-2019 06:04 PM
Ok la tuh. Kadang2 peminat nie over terlebih. Lagi2 bila bercinta dgn artis lelaki hot cam Syafiq Kylez tuh.
Quote biozipstar 22-10-2019 06:16 PM
betul tu. jangan hadap nak share semua benda kalau supporting team x kuat. good luck
Quote Perawankota 22-10-2019 06:21 PM
Bakat dah ada.. Hope jgn buat controversy la
Quote beta_carotene 22-10-2019 06:49 PM
Lawanya uolss mimi lana
Quote BicaraHatiku 22-10-2019 07:04 PM
Jangan jadi Ruhainies... mula2 beriya nk jdi pelakon sekarang?
Quote cicicumel 22-10-2019 07:16 PM
betul ke sheols drop school mcm idola nya juga?
Quote inspektoremos21 22-10-2019 07:55 PM
Suka dgn mimi ni. Pandai berlakon & pandai berfashion. Artis perempuan yg iols crush selepas fazura
Quote KIM.K 22-10-2019 08:10 PM
The thing about sharing personal stuffs on the web
Kita boleh manage situasi kita. Tapi masalah muncul bila orang lain yang masuk campur. Sorang sedikit sedekah masalah untuk orang lain

Firstly manage ekonomi sendiri dulu, baru tengok orang lain. Kalau tengok ekonomi orang dulu, maknanya kita attack orang sebab potensi yang kita tak miliki
Quote fliphair8 22-10-2019 08:17 PM
Hakak ngefan dek mimi...berlakon best, watak desa or urban semua menjadik
Quote umbut 22-10-2019 08:45 PM
MimiLalat replied at 22-10-2019 05:51 PM
Loveeeee mimi lana. Semoga kekal lama dalam industri. Kalau aku retisss, aku off je komen cm izara t ...

Kan.. buat cam ixara.. menggelupur netz nak komen tapi tak boleh.. hahaha
Quote mata.kail 22-10-2019 09:23 PM
good luck!!!
Quote Catpaw 22-10-2019 09:34 PM
Meols suka mimi lana, berlakon best, cun pula badan kurus ke gwmuk ke ada ja orang komen, just embrace urself
Quote slyfynx 22-10-2019 09:34 PM
Bagi Mimi, netizen merupakan robot dan mereka yang suka mengambil peluang untuk mengecam seseorang ada baiknya gunakan platform ini untuk perkara yang baik.


Perumpamaan apekah ni dik?
Robot mmg suke amik peluang ke?
Pening i bace
Quote Piramida 22-10-2019 10:16 PM
Nampak classy sgt style dia lately.. dulu2 tak mcm ni.
Keep it up.
Quote unguaurora 22-10-2019 10:21 PM
Kongsi aurat utk tatapan umum x depress plak ye?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top