CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Hilang Sudah Tempat Kami Nak Bermanja" - Bapa Tunggal Enam Anak Akhirnya Pergi Jua

30-10-2019 10:28 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 9044| Komen: 58|Original author: Pink Lily

Kredit foto: Majalah PaMa
Beliau seorang bapa tunggal yang ditinggalkan isteri 2 tahun lepas. Dengan keperitan menanggung derita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, asma dan batu karang, Kamarul Sharizam Kamarudin terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak sendirian walaupun tidak mampu lagi bekerja. 

Kini Kamarul Sharizam telah pun pergi menghadap Illahi, meninggalkan anak-anaknya yang berusia dari 2 hingga 11 tahun. 

Anak-anak Kamarul kini terpaksa menumpang kasih dengan saudara mara. Kredit foto: Harian Metro
Umpama sudah menjangkakan ajalnya, Kamarul sebelum ini tular di media sosial apabila terpaksa membuat keputusan menyerahkan empat daripada enam orang anak-anaknya kepada rumah kebajikan agar masa depan mereka terbela. Beliau berbuat demikian kerana risau sekiranya umurnya tidak panjang disebabkan kerap sakit dan anak-anaknya sering mengadu kelaparan. Pengorbanan bapa ini mendapat perhatian warganet apabila rata-rata turun padang menghulurkan bantuan malah turut mendapat tajaan menunaikan umrah.

Menceritakan kembali detik pemergian Kamarul, adiknya Mohd Zatullah memberitahu wartawan yang abangnya baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 23 Oktober, jam 2 petang selepas menunaikan umrah. Kamarul, 40, bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 5.05 petang di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.

“Arwah amat gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya."

“Saya tidak sangka dia akan ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya yang turut memaklumkan kesemua anak Allahyarham akan dijaga oleh saudara-mara yang berada di sekitar Seremban agar kebajikan mereka mudah dipantau.

Allahyarham kelihatan gembira sewaktu tiba dari Tanah Suci, namun dikejarkan ke hospital tidak lama selepas itu dan meninggal 3 jam kemudian. Kredit foto: Harian Metro

Pemergian Allahyarham secara mengejut pastinya memberi kesan yang besar terhadap keenam-enam anaknya. Ketika ditanya, anak kedua Kamarul, Muhammad Harraz Nasriq Kamarul Sharizam, 11, jelas merasa sedih atas kehilangan ayahnya yang juga tempat mereka bergantung hidup. 

"Ada masa ayah agak garang kalau kami nakal tapi dia seorang yang baik, hilang sudah tempat kami nak bermanja kerana dialah ayah dan ibu kami."

“Adik (Qaseh) selalu menyebut nama ayah (arwah), mungkin dia rindu dan tak tahu papa sudah tiada lagi. Memang adik rapat dengan ayah." katanya.

Arwah juga sempat berpesan kepada anak keduanya itu agar menjaga adik-adik, kerana anak sulungnya, Muhammad Haiqal Nashriq, 13, mempunyai masalah autisme. 

Orang ramai yang ingin meringankan beban mereka sekeluarga bolehlah menyumbang ke akaun bank adik arwah melalui bank CIMB 7025199094 (Kamarul Shahril Kamarudin) atau menghubungi Mohamad Zatullah di talian 013-6369726.

Al-fatihah buat Allahyarham Kamarul Sharizam Kamarudin dan semoga anak-anaknya tabah menghadapi hari-hari mendatang.- CARI 

5

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkingirl 30-10-2019 10:38 AM
Aduh kesiannya..semoga dipermudahkan urusan 6 beradik ni..
Baikla anak2 ni duduk di rumah kebajikan dpd duduk dgn saudara mara..i percaya diorg akan lagi terjaga kalau duduk rumah kebajikan.
Quote helicornia 30-10-2019 10:38 AM
Allah..kesiannya
Quote husie91 30-10-2019 10:39 AM
Aduh sedihnya baca berita macam ni. Sedih mengenangkan nasib anak2 kecik kehilangan mak ayah.. lg sedih bdk umur 11 tahun dah kena pikul tanggujawan besar.. moga yang baik2 je untuk keluarga ni.. bertabah la ye dik..
Quote Kurex 30-10-2019 10:44 AM
Sedihnya.........
Semoga kuat anak2
Quote prettyuglybabe 30-10-2019 10:49 AM
kasihan.. semoga dipermudahkan dan adik beradik ni tak dipisahkan..
Quote top5complete 30-10-2019 11:02 AM
dah tau susah buat anak banyak kenapa?
Quote MissLana 30-10-2019 11:05 AM
alfatihah utk arwah. jarang dgr cte isteri tinggalkan suami mungkin tak sanggup dgn kesusahan hidup, tp pic family arwah dgn saudara semua mcm family baik2. serahkan anak2 dkt rumah anak yatim insha allah terpelihara. takut dgn pakcik makcik ni dipilih kasih or duit sumbangan di songlap pulak
Quote top5complete 30-10-2019 11:05 AM
Edited by top5complete at 30-10-2019 12:42 PM

jangan nak kata anak tu rezeki, takdir, ketentuan tuhan, tengok dulu keadaan diri sendiri,

ramai je orang miskin ramai anak., last-last sengasara susu bayi tiada, anak merempat mencuri untuk cari makan, pinjam along, susahkan keluarga lain, pinjam beras jiran...

hairan betul aku, orang kaya 1-3 je anak... yang miskin pun 10-12 anak
Quote helicornia 30-10-2019 11:11 AM
Allah kesiannya..rasa baru baca kisah dia 2,3 bulan lepas
Quote awanearisu 30-10-2019 11:13 AM
Takziah buat anak-anak arwah. Hilang sudah tempat bermanja
Quote vee_zara 30-10-2019 11:14 AM
Selalu gatal je jari ni nak menaip kecaman kalau baca anak ramai. Tp yg ni mcm sayu je rasa. Kesian moga urusan anak2 arwah dipermudahkan.
Quote chicozinn 30-10-2019 11:19 AM
slalunya laki tinggalkan bini ni tak bini tinggalkan laki ngn anak2..aduh tetiba aku rasa sedih sgat ni..rupanya ade orang lagi perit dugaan dari aku..hmmmm
Quote manehnya 30-10-2019 11:20 AM
allah... sedihnya...

kepada allah kami memohon payungi dengan rahmat mu anak2 ini..
Quote Artemesiaa 30-10-2019 11:26 AM
Harap nasib anak2nya terus dibela oleh keluarganya.  Jangan mula2 je perihatin nak jaga lama2 nanti rasa menyusahkan pula.
Quote Siti_Mustaqim 30-10-2019 11:40 AM
Ya Allah ya Tuhanku,..masukkan arwah ke dalam syurgamu..sayangi rahmati nya. Lindungi anak anaknya..berikanlah rezeki yang murah untuk anak anaknya..berbahagia dunia akhirat.
Quote haryatie 30-10-2019 12:03 PM
kesiannya
semoga hidup ank2 arwah ni terjamin
dn ahli keluarga benar2 menyayangi mereka
bukan apa kdg2 ada ahli keluarga sendiri pun ada yg berniat tidak baik
smoga Allah lindungi mereka
Quote AmandaRollins 30-10-2019 12:35 PM
Ya allah sedihnya...alhamdulillah tercapai hajat arwah menunaikan umrah sebelum dijemput Ilahi...
Semoga anak2 dia tabah menghadapi hari2 mendatang..semoga kebajikan mereka tdk terabai...
Quote AmandaRollins 30-10-2019 12:38 PM
top5complete replied at 30-10-2019 11:02 AM
dah tau susah buat anak banyak kenapa?

Sis,mungkin masa arwah dgn isteri dia xjangka pun ditinggalkan..rasa nya lps tu baru dia hidup agak susah lagipun ada penyakit kan..dlm kes arwah ni sy trpkasa opposite komen sis ni...lain la kes yg parent masih hidup,rumah pondok atap zink dinding plywood hidup melarat xpandai rancang family pastu meminta minta...tu baru sy ikut sis melahar...hehehe
Peace out
Quote top5complete 30-10-2019 12:40 PM
AmandaRollins replied at 30-10-2019 12:38 PM
Sis,mungkin masa arwah dgn isteri dia xjangka pun ditinggalkan..rasa nya lps tu baru dia hidup aga ...

aku tidak bantah pun ramai anak, aku cuma tidak suka melihat budak2 yang kelaparan gara2 ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, tidak pi sekolah sebab tiada duit.. nak ramai anak pun tengok la keadaan diri.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.100686 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top