CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Berlumuran Darah Selepas Cabut 10 Gigi

29-10-2019 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9227| Komen: 57

Wanita yang mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerana mengalami masalah gusi meninggal dunia selepas doktor mencabut 10 batang giginya.

Menurut Harian Metro yang memetik laporan Majlis Pergigian Awam yang disiarkan baru-baru ini, doktor mengesahkan Magzine Gordon, 48, sudah meninggal dunia selepas mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kediamannya pada 19 Julai tahun lalu.



Kredit foto: METRO

Difahamkan, wanita itu bertemu Dr Tushar Patel di sebuah klinik pergigian di Brixton kerana mengalami masalah gusi dan doktor terbabit mencadangkan Magzine mencabut gigi dan menggantikannya dengan gigi palsu.

Ketika rawatan, dia memaklumkan ada mengambil ubat pencair darah kerana menghidap masalah jantung.

Pada 13 Julai, Patel mencabut lima gigi Magzine dan lima lagi pada 18 Julai. Patel bagaimanapun dikatakan tidak menampal atau merawat luka mangsa dengan baik.


Keesokannya, Magzine ditemui terbaring di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah oleh adiknya.


Kredit foto: METRO

Laporan itu menyebut, Patel sepatutnya hanya boleh mencabut tiga gigi pesakit pada satu-satu masa.

Malah, dia turut didakwa gagal menilai risiko berdasarkan keadaan kesihatan mangsa.

Berikutan itu, lesen Patel digantung selama setahun oleh Majlis Pergigian Awam. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 29-10-2019 01:24 PM
Seramnyaa
Banyak plak gigi dicabut tu

Masalah gusi boleh rawat cara korek2 cuci dulu kot
Kalau teruk sgt baru cabut satu2

Kesian
Quote skullcandy 29-10-2019 01:24 PM
aduuii kenapa perlu cabut 10 gigi..
Quote Artemesiaa 29-10-2019 01:25 PM
Siapa sangka cabut gigi pun boleh bawa maut
Quote nenekglamer 29-10-2019 01:28 PM
Patient amik ubat cair darah kan? Mmg berisiko la
Quote Perawankota 29-10-2019 02:10 PM
Antara sbb aku takut nk p jumpa Dr gigi
Quote Buritan 29-10-2019 02:13 PM
Doc ipesss fobia aku... huwaaa
Quote Buritan 29-10-2019 02:13 PM
Perawankota replied at 29-10-2019 02:10 PM
Antara sbb aku takut nk p jumpa Dr gigi

Yepp.. aku pun cam tuuu
Quote slavehunter 29-10-2019 02:20 PM
Artemesiaa replied at 29-10-2019 01:25 PM
Siapa sangka cabut gigi pun boleh bawa maut

Urat saraf gigi kita bersambung dengan otak. Tu kadang kalau orang sakit gigi ada yang sakit kepala ada yang demam bagai.
Quote lalalxlx 29-10-2019 02:24 PM
Perawankota replied at 29-10-2019 02:10 PM
Antara sbb aku takut nk p jumpa Dr gigi

sama la terus fobia...
Quote Bunga88 29-10-2019 02:34 PM
Seriau..mmg patut digantung lesen doktor tu.
Quote MissLana 29-10-2019 02:41 PM
kejapnya gantung setahun lesen dentist tu, org mati kot pikir logik akal mmg sakit pun cabut gigi tu. iolss cabut 4 btg gigi so far mmg sakit gila but tak boleh compare dgn sakit beranak kot sbb iols blm beranak lg huhu. apetah lg sakit 10 btg gigi.
Quote isseliparjepun 29-10-2019 02:47 PM
MissLana replied at 29-10-2019 02:41 PM
kejapnya gantung setahun lesen dentist tu, org mati kot pikir logik akal mmg sakit pun cabut gigi tu ...

Sakit beranak bole makan lagi u lepas bersalin tu. Sakit gigi takleh makan u. Haha i pernah cabut gigi gak, nak makan sebelum tu tak lalu, sebab sakit demam bagai, dah cabut tu pun payah juga waima perut lapar sebab kesan bius, bercakap pun payah. Adehh
Quote ipes2 29-10-2019 02:52 PM
Buritan replied at 29-10-2019 02:13 PM
Doc ipesss fobia aku... huwaaa

hah itu cerita lain la.awak will be ok lah.
(ternampak pulak sy seruan awak yg ini!!)

pesakit ini mungkin on warfarin or DOAC / NOAC eg dabigatran atau rivaroxaban atau edoxaban etc kerana heart valve issues itu, jadi dia akan mudah berdarah. dentists patut tahu risiko ubat2 ini, malah aspirin je pon dah cukup utk sebabkan bleeding yg banyak.

mereka2 yg guna ubat2 diatas memang terpaksa stop ubat itu ikut kadar masa tertentu sebelum dentists or surgeons sentuh. 5 batang sekali cabut ni mungkin kerana dentist ini nak kurangkan risiko ie wat cepat2 dan byk2 at one sitting. tapi 5 at one go ini rasanya beyond yg dentists limit themselves.

Quote pysharil 29-10-2019 02:54 PM
tingat citer stranger from hell...doc psiko cabut gigi buat cincin
Quote MissLana 29-10-2019 02:56 PM
isseliparjepun replied at 29-10-2019 02:47 PM
Sakit beranak bole makan lagi u lepas bersalin tu. Sakit gigi takleh makan u. Haha i pernah cabut  ...

hahahahaha betul tu. i cabut gigi 4 btg sbb pakai braces. even after cabut gigi pun, everytime after appointment braces i mmg akan sakit nk mkn sore org ckp mulut i nanti. seksaaaa tau 1 week gtu baru ok
Quote buragazz 29-10-2019 03:07 PM
Pesakit pun kene ada sedikit research.. mana pernah orang cabut 10 dalam satu sesi.. berapa punya sakit bila bius hilang..  
Quote Zeatyisaac 29-10-2019 03:14 PM
Dia ambik ubat pencair darah untuk jantung. Tidak digalakkan untuk cabut Gigi.
Quote Zaien 29-10-2019 03:18 PM
teruknya sampai byk gigi dicabut mmg risiko la
Quote dua_chzy 29-10-2019 03:26 PM
nenekglamer replied at 29-10-2019 01:28 PM
Patient amik ubat cair darah kan? Mmg berisiko la

Ubat ni memang bahaya. Moga aiol tak perlu makan ubat ni.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068973 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top