CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Depresi Teruk, Wanita Bunuh Diri Kerana Dihina Kulit Hitam

31-10-2019 10:40 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7698| Komen: 32|Original author: Nia M

Nampaknya fenomena inginkan kulit putih ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara India juga tidak terkecuali. Entah sejak bila, berkulit cerah dianggap satu kelebihan dan lambang kecantikan wanita.

Kredit foto: Getty images


Seorang wanita berusia 21 tahun di India bertindak membunuh diri disyaki gara-gara depresi akibat sering dihina oleh suaminya sendiri. Suami wanita tersebut seringkali menyebut tentang kulit wanita itu kerana terlalu gelap. Hal ini menyebabkan wanita malang itu menjadi sangat tertekan. 

Memetik laporan BBC Hindi, ekoran itu, bapa wanita tersebut memfailkan laporan polis di Rajasthan, India terhadap si suami atas tuduhan menjadi punca anaknya bertindak membunuh diri. Bagaimanapun, masih belum ada tangkapan dilakukan oleh pihak polis kerana si suami perlu memberi keterangan terlebih dahulu. 


Di India, fenomena sebegini sudah makin menjadi-jadi sehinggakan kempen meraikan kulit gelap terpaksa diwujudkan. Media juga sudah terbiasa menyunting foto-foto selebriti dengan mencerahkan tona kulit mereka sekaligus memberi signal bahawa definisi kecantikan itu terhad kepada kulit putih sahaja. 

Oleh itu, orang ramai semakin merasakan mereka tidak cantik kerana berkulit gelap. 

Ini bukan kali pertama kes bunuh diri di India akibat berkulit gelap. Terdahulu, wanita berusia 29 tahun juga membunuh diri akibat dicerca oleh suaminya kerana berkulit gelap. Selain itu, seorang remaja berusia 14 tahun juga nekad membunuh diri kerana tidak tahan dibuli rakan sekelas yang menggelarnya hodoh kerana terlalu gelap. 

Gambar hiasan : Rebloggy


Mungkin sudah tiba masanya pihak media berhenti menayangkan stereotaip kulit putih itu cantik kerana ia jelas satu tindakan yang tidak sihat dan mengakibatkan wanita-wanita terlalu obses ingin mencerahkan kulit sedangkan ia tidak perlu. - CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • csham

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 31-10-2019 11:12 AM
Dlm quran sendiri dah menyatakan ciri-ciri cantik. Dukhan:54

Thus. And We will marry them to fair women with large, [beautiful] eyes


Quote umbut 31-10-2019 11:25 AM
Pelik.. bkn sana memang dark ke.. knp hina lagi
Quote Victorioussss 31-10-2019 11:36 AM
Edited by FanTasyCreaTioN at 1-11-2019 10:43 AM

Bodo punya laki. Dh india mmg la hitam
Quote Meiizu 31-10-2019 11:38 AM
sesama diorang pun ada kategori...hitam sikit..hitam sederhana..hitam banyak..hitam linggam..hitam betul2 hitam...
Quote fushimi 31-10-2019 11:42 AM
apo lah sis

lain kali tinggal je jantan tak guna

tapi sayangggg ko pulak pergi bunuh diri

Quote buragazz 31-10-2019 12:36 PM
Victorioussss replied at 31-10-2019 11:36 AM
Bodo punya laki. Dh keling mmg la hitam

Haha.. ganas ko jah.. klu dengor dek set kelly.. tak perlu kutuk dah dengor statement ko terus terjun lombong... tapi kelly sana ada kasta yang putih tapi dah celop bangsa lain la.. klu harap bangsa dia memang rentung...
Quote airisa 31-10-2019 12:41 PM
Edited by airisa at 31-10-2019 12:43 PM
umbut replied at 31-10-2019 11:25 AM
Pelik.. bkn sana memang dark ke.. knp hina lagi

kat sana ramai ooo yg putih gebu, mata coklat cair or hijau tau .. sampai yg warna kulit melayu rasa out

rajasthan ni dah dekat ke utara india
Quote jahcomel 31-10-2019 01:41 PM
umbut replied at 31-10-2019 11:25 AM
Pelik.. bkn sana memang dark ke.. knp hina lagi

kulit hitam manis pn cantik...






Quote yuki812 31-10-2019 01:44 PM
kalau kelly hitam legam ni katanya kasta rendah. pandai camna pon, tak layak dapat layanan. kalau yg putih..cecantik tu kasta tinggi..setanding mahadewa diorg kot..maybe tak cerdik pon takpe.
Quote LadyCarefree 31-10-2019 01:52 PM
umbut: Pelik.. bkn sana memang dark ke.. knp hina lagi



Kalau yng cerah2 tu kan kenkonon yng brahmin tu dhlah kasta tinggi. North Indians ramai cerah.
Quote girlfridayz 31-10-2019 01:59 PM
meh aku nak tengok sikit kulit lelaki yg mengata tu cemana..
biasa yg hauk ni yang kuat mengutuk.
yang ensem putih helok xde plak nak kutuk orang.
eh akukah yang terasa wakakaka.
Quote fff_cat 31-10-2019 02:24 PM
Banyak aku tgk kulit gelap yang cun. Supermodel Liya Kabede tu cantik sungguh facial featuresnya
Quote Sangkar_Emas7 31-10-2019 02:36 PM
Zaman sekarang definisi cantik adlh putih+kurus.

Selagi kau tak memenuhi kriteria ni, mmg dengar laa perempuan dok meratib yg diorang tak cantik/ hodoh.
Quote Cicisweets 31-10-2019 02:41 PM
Bukan Kat India saja bumi pertiwi Kita pun sama
Quote iloveselangor 31-10-2019 02:43 PM
Meols pun body shaming macam ni...kdg bukan sebab Warna kulit pun....kalau org Tak suka diorg akan Cari point utk Hina.

Screenshot_2019-10-30-00-27-05-124_com.android.chrome.png
Quote umbut 31-10-2019 03:28 PM
LadyCarefree replied at 31-10-2019 01:52 PM
Kalau yng cerah2 tu kan kenkonon yng brahmin tu dhlah kasta tinggi. North Indians ramai cerah. ...

Kalau north memang putih2.. hindustan ... kalau south memang dark .. tamil
Quote Catpaw 31-10-2019 04:26 PM
jahcomel replied at 31-10-2019 01:41 PM
kulit hitam manis pn cantik...

Yang chuols tunjuk ni memang cantik2... yang atas tu syape
Quote batmana 31-10-2019 04:51 PM
Gingerly replied at 31-10-2019 11:12 AM
Dlm quran sendiri dah menyatakan ciri-ciri cantik. Dukhan:54

Thus. And We will marry them to fair ...

tu ayat sebut ciri dlm syurga le dol..

lain kali baca abis
Quote jahcomel 31-10-2019 06:15 PM
Catpaw replied at 31-10-2019 04:26 PM
Yang chuols tunjuk ni memang cantik2... yang atas tu syape

Model kulit itam x ingt name pe

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.263701 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top