CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tonton Berita Kematian Sujith Wilson Sampai Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tong Air

31-10-2019 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5166| Komen: 5

Description: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas dalam baldi di rumahnya di Tamil Nadu, India.
Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas dalam tong air di rumahnya di Tamil Nadu, India.


Kredit foto: Mirror


Memetik Mirror, ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang menonton berita yang melaporkan kematian kanak-kanak lelaki yang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.

Revathi Sanjana dikatakan terjatuh ke dalam sebuah bekas air di dalam bilik air pada Selasa iaitu hari sama seorang lagi kanak-kanak, Sujith Wilson, 2, diumumkan meninggal dunia selepas terperangkap empat hari di dalam perigi.


Kredit foto: Mirror

Ibu bapa mangsa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital sejurus mendapati tubuh mangsa berada di dalam bekas setinggi tiga kaki berkenaan.


Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital, lapor The Sun.


Kredit foto: Mirror

Sebelum ini, Sujith dilaporkan terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 kaki pada Jumaat lalu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli di Tamil Nadu.



Namun, pada Ahad kanak-kanak itu melungsur lagi sedalam 70 kaki. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-10-2019 03:35 PM
Kena tutup bekas air.. Memang bahaya..

Mesti ada adegan hantuk dahi
Quote rosli_nurizzati 31-10-2019 04:39 PM
tapi kes sujith wilson tu mmg trajik.. dah la baya anak aku.. baca sikit ja, then aku tak sanggup... mcm kena rentap jantung rasa...
Quote CinnamonR 31-10-2019 06:25 PM
Kesiannye..
Quote iloveselangor 31-10-2019 06:27 PM
Rumah n bilik air  sheols macam bilik air typical Melayu Kebangsaan.
Quote darkness 1-11-2019 06:53 PM
Borewell tu utk apa ya? Kenapa tak tutup sedangkan banyak suda kejadian yg berlaku di india yg serupa?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.110845 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top