CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Tempatan Terjun Apartment Lepas Diberhentikan Kerja

14-11-2019 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6111| Komen: 20

Lelaki warga tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Bandar Meru Raya, Ipoh, semalam.

Sinar Harian melaporkan, orang awam menemui mayat mangsa berusia 55 tahun itu dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan darah berhampiran laluan keluar tempat letak kenderaan apartmen berkenaan kira-kira jam 11.55 pagi.



Foto: Sinar

Polis percaya mangsa memanjat keluar dari beranda kediamannya di tingkat 23 apartmen itu berdasarkan penemuan sebuah kerusi.

"Tidak ada apa-apa kesan pergelutan ditemui dan pemeriksaan di rumah mangsa telah menemui satu kerusi yang diletakkan di beranda luar apartmen.

"Kita percaya kemungkinan mangsa telah memanjat keluar menggunakan kerusi sebelum terjatuh," kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Tambahnya, mangsa diberhentikan kerja beberapa bulan lalu.


"Kemungkinan sepanjang tempoh itu mangsa berada dalam keadaan kemurungan dan tekanan amat sangat," katanya yang turut memaklumkan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, dia ditemui dalam keadaan mabuk di kediaman mangsa ketika kejadian.


Foto: Sinar

"Keadaan wanita itu yang mabuk menyukarkan kita untuk mendapatkan maklumat, dia telahpun dibawa ke hospital untuk kita dapatkan ujian darah atau apa-apa juga kesan lain yang dapat membantu siasatan," katanya.

Kata Asmadi, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga dan isteri mangsa untuk mengenal pasti status hubungan sebenar wanita itu dengan mangsa.

Bagaimanapun, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat siap. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 14-11-2019 03:10 PM
Haizzz.... kesian
Quote thetimes 14-11-2019 03:17 PM
Rip... Dah tak boleh fikir apa lah tu.
Quote joyahglam 14-11-2019 03:20 PM
siapakah perempuan mabuk itu??
Quote Kurex 14-11-2019 03:24 PM
kurang sorang......
Quote prettyuglybabe 14-11-2019 03:25 PM
mujur dia mati terus masa terjun..
kalau tak menjawap la kat bini pasal pompuan tu
Quote Modngengade 14-11-2019 03:28 PM
jinjang ke sis?
Quote cikatilia 14-11-2019 03:31 PM
mesti hutang byk
pastu itu ini masalah

harap2 kematian dia tak membebankan sapa2 nak memanggung hutang yg byk

kesian ke anak bini kot la dah meminjam ah long ke
Quote Artemesiaa 14-11-2019 03:53 PM
Bila dah hilang pertimbangan tak hairan kalau jalan itu yang dipilihnya
Quote Simunggu 15-11-2019 09:13 AM
55thn..ada org pencen muda tak nak berkerja lagi...
Quote HannahMontana 15-11-2019 09:26 AM
PELAHAP BABI KE ????????
Quote yuki812 15-11-2019 09:28 AM
prettyuglybabe replied at 14-11-2019 03:25 PM
mujur dia mati terus masa terjun..
kalau tak menjawap la kat bini pasal pompuan tu

ye..kalau tak kena terjun skali lagi..
Quote SyaJoyah 15-11-2019 06:14 PM
Cian takziah
Quote sukacactus 15-11-2019 06:58 PM
Yang mabuk tu kenapa pulak
Asalnya sama2 mabuk ke
Quote white_musk 15-11-2019 07:02 PM
jika dibuang kerja boleh ambil job mengajar Bahasa Hindustan
pergi membunuh diri tidak dapat apa di kemudian hari
Quote Psfzi 15-11-2019 09:27 PM
Kafir ke? Rip
Quote selayaknyalah 15-11-2019 11:10 PM
orang melayu, dia bukan diberhentikan kerja, tp dia berhenti sendiri.  syarikat glc di perak. arwah seorang yang sgt baik... mungkin depress salah satu punca. xde hutang along ke apa rasanya...sebab dia pun ada buat public mutual selain kerja makan gaji. bukan rank biasa.. antara orang atasan dkt syrkt yg dia kerja.. harap dia dapat pembelaan sewajarnya...
Quote jazaa100 16-11-2019 08:56 AM
selayaknyalah replied at 15-11-2019 11:10 PM
orang melayu, dia bukan diberhentikan kerja, tp dia berhenti sendiri.  syarikat glc di perak. arwah  ...

Pompuan mabuk tu sapa pulak....
Quote gigahertz 16-11-2019 09:50 PM
selayaknyalah replied at 15-11-2019 03:10 PM
orang melayu, dia bukan diberhentikan kerja, tp dia berhenti sendiri.  syarikat glc di perak. arwah  ...

i rasa dia mungkin nak berniaga atau keje sendiri tapi mungkin kena tipu atau job x jadik. i ada sorang kawan macam ni dulu keje bank rhb. elok siap kereta siap moto pastu ada kawan provoke katanya suruh keje sendiri. ajak join insuran....

last sekarang tgh pandu grab. hidup susah jugak la. harap gaji bini. nasib baik bini keje
Quote selayaknyalah 17-11-2019 03:32 PM
jazaa100 replied at 16-11-2019 08:56 AM
Pompuan mabuk tu sapa pulak....

tu masih dlm siasatan polis...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047337 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top