CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Nak Bangsa Sendiri, Wanita Kaya China Gilakan Penderma Sperma Mat Saleh

13-12-2019 11:19 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 11016| Komen: 53|Original author: Oleh: Amir Arsyad

Foto: Internet

Merujuk South China Morning, kadar perkahwinan di China menurun sejak lima tahun lalu. Menurut statistik rasmi, hanya 7.2 peratus daripada 1,000 orang yang telah berkahwin pada tahun 2018.

Pelik! Ada Juga yang tak suka kahwin?

Bukan tak suka kahwinlah! Menurut Sandy To, lelaki sukar menerima wanita profesional yang berpendidikan tinggi dan stabil dari segi ekonomi.

Tapi, ada juga wanita berjaya yang lebih memilih hidup membujang. Mereka hanya mahukan zuriat. Malangnya, wanita yang tidak berkahwin dihalang mengakses bank sperma dan rawatan IVF.


Foto: PEXELS

Mereka mula berpaling kepada penderma sperma dari Barat hanya dengan memilih penderma melalui katalog sebelum berlepas ke luar negara untuk rawatan IVF- In Vitro Fertilization.

IVF (bayi tabung uji) adalah teknik persenyawaan telur dan sperma yang menyerupai proses persenyawaan secara semula jadi yang berlaku di dalam makmal.

Bank sperma dan telur, Denmark Cryos International melihat trend ini sebagai peluang berharga. Mereka telah membangunkan laman web China dan menambah kakitangan yang mampu berbahasa Cina.



Bukan sedikit, 200,000 yuan bersamaan ASD28,500 hanyalah kos minima jika mahu mengandung anak melalui bank sperma asing. Wanita juga perlu beberapa kali keluar negara untuk prosedur perubatan. Seperti dimaklum, undang-undang Cina melarang mengimport sperma manusia.

Apalah sangat jumlah wang berbanding pengalaman manis memiliki seorang anak. Keterujaan mereka bermula seawal membuat pilihan melalui katalog.

"Sebelum memilih penyumbang sperma, saya tidak mempertimbangkan bangsa," kata Carrie. Tapi selepas dia membelek katalog, dia mula tertarik dengan fizikal warga asing. Dia kini telah mempunyai dua anak kacukan Denmark.


Foto:PEXELS

Pakar berkata, tanpa mengira adanya penderma Cina atau Cina- Amerika, wanita masih memilih untuk mempunyai anak campuran. Mereka bebas membuat pilihan melalui katalog yang dilengkapi dengan butiran seperti warna rambut, gambar zaman kanak-kanak dan latar belakang etnik penderma.

Isu ini turut diakui oleh Xi Hao yang menyelaras klinik di Bejing. Dia bertugas membantu pelanggan China mengakses klinik kesuburan di California.

"Pada dasarnya, penderma sperma terpilih kebanyakan putih"

Makin maju manusia, makin pelik cara berfikir. Dalam hidup ni, manusia dicipta berpasang-pasangan agar merasai nikmat perkahwinan, sekali gus melahirkan zuriat halal. 

Adakala, kehendak hati dan kepintaran akal perlu diabaikan supaya tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya. - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • CikYaYaYa

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 13-12-2019 11:23 AM
boleh dikatakan bangsa China ni antara paling hodoh di dunia...memang nak kena repair DNA
Quote Kurex 13-12-2019 11:24 AM
bangsa sendiri la bagus......................
Quote supernaturalee 13-12-2019 11:25 AM
Adakala, kehendak hati dan kepintaran akal perlu diabaikan supaya tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.




abai ke guna?



gen akn dtg dr china haruslah mix belaka nmpk gayanya


Quote teky 13-12-2019 11:25 AM
cube ko kawen ngan uighur xke brubah korg nyer rupa paras...



erkkk
Quote Asdan 13-12-2019 11:27 AM

kalau kita lelaki, macamana nak beli benih wanita luar negara, dan buat IVF ?
Quote kibodwatriuh 13-12-2019 11:27 AM
Yang uighur tu ko layan macam binatang ya pulak, padahal lawa-lawa berganda depa semua. Bodoh.
Quote Modngengade 13-12-2019 11:36 AM
Nk perbaiki keturunan leteww..sedar diri bangsa kau hodoh kn
Quote Boomibulat 13-12-2019 11:37 AM
Kenapa x guna kaedah suntikan terus dari lelaki tersebut..?
Quote Zack8hunter 13-12-2019 11:44 AM
apsal tak ngesek terus jer? lagi murah dan cepat
Quote fliphair8 13-12-2019 12:00 PM
ni long term ni....kalau short term bole di renovate cam korea....
Quote pokaibanktokyo 13-12-2019 12:06 PM
Teringat kes amoi malaysia aritu. Dengan sekor bosnia hodoh tak sado pun dia kangkang sampai beranak
Quote sarah82 13-12-2019 12:09 PM
See.. Sbb tu la aku suka lelaki melayu
Quote Nt-ViruS 13-12-2019 12:17 PM
sama la, aku pun kalau boleh xnk kawen bangsa sendiri.
Quote i_is_kennot 13-12-2019 12:20 PM
Zack8hunter replied at 13-12-2019 11:44 AM
apsal tak ngesek terus jer? lagi murah dan cepat

Hahahahahah.. Tak cinta katanyaaa,  so tak rela youuuu..
Quote damsel_fiji 13-12-2019 12:28 PM
bengongnya..ujung2 pupus terus bangsa sendiri dari dunia ni
Quote dua_chzy 13-12-2019 03:11 PM
ifanonline replied at 13-12-2019 11:23 AM
boleh dikatakan bangsa China ni antara paling hodoh di dunia...memang nak kena repair DNA

Akak bangkang. Chinese tanah besar ramai syantek macam porcelain doll. Ummah British jauh lagik hodoh banding ummah China. Ko tengok la kacukan Melayu British. Ramai tak menjadi sangat rupa paras. Harapkan putih ja.
Quote Dwdrum 13-12-2019 03:16 PM
beberapa staff i yang couple dengan cina mainland ada yang rengsa terutama yang baru couple terus declare husband and wife pada kawan kawan .... hahahaha
2nd queen control .....ada yang telepon i tanya mana husband beliau .....serious shit laki sendiri kot.....
Quote Dwdrum 13-12-2019 03:19 PM
Asdan replied at 12-12-2019 07:27 PM
kalau kita lelaki, macamana nak beli benih wanita luar negara, dan buat IVF ?

u boleh buat ivf kah asdan u lelaki ....
Quote Asdan 13-12-2019 03:21 PM
Dwdrum replied at 13-12-2019 03:19 PM
u boleh buat ivf kah asdan u lelaki ....

guna ibu tumpang boleh kan ?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046242 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top