CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kalau PKP, Tak Guna Ambil Staf Baru' - Tak Sempat Masuk Kerja, Dah Kena 'Buang'

13-1-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3731| Komen: 17

Memang tidak dapat disangkal lagi, penularan wabak Covid-19 di Malaysia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat lebih-lebih lagi selepas kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Ekoran pelaksanaan PKP, ramai dalam kalangan rakyat telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Begitulah juga dialami individu ini apabila dia telah diberhentikan kerja kerana PKP.



Menurut perkongsian Thecakelapiz (Rais) di Twitter, dia baru sahaja diterima bekerja tetapi telah ‘diberhentikan’ walaupun belum sempat melakukan apa-apa pekerjaan. 

Difahamkan, individu ini baru sahaja menamatkan pembelajarannya di peringkat Diploma tetapi siapa sangka impian untuk memiliki pekerjaan tidak dapat dicapai buat masa sekarang kerana pelaksanaan PKP.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengalami nasib yang sama. Malah, tidak kurang juga ada yang terpaksa ‘menutup’ perniagaan mereka sepanjang PKP.

Sementara itu, ada syarikat tidak dapat beroperasi seperti biasa dan pihak pengurusan terpaksa membatalkan pengambilan pekerja baru. 


Kredit Foto: Twitter

Malah, sepanjang waktu genting ini, ada yang terpaksa memberhentikan pekerja yang sedia ada semata-mata untuk mengurangkan kos. 


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 13-1-2021 02:47 PM
.....kalo rakyat rasa tak patut pkp ni...boleh jer ngadap PM...antar petisyen ke...jumpa bersemuka...ckp ngn dia ka....memekak jer.....
Quote Megikari 13-1-2021 02:50 PM
Semua muda2, banyak lagi peluang kerja lain. Stop whining.
Quote Normabaru 13-1-2021 03:00 PM
Nk komen wassep STUFF tu nk kata STAFF ke sebenarnya?
Quote Kitty_catz 13-1-2021 03:03 PM
Normabaru replied at 13-1-2021 03:00 PM
Nk komen wassep STUFF tu nk kata STAFF ke sebenarnya?

boss nya guna autokorek tpikk takkan la tak tahu beza khuennnnn
Quote Kitty_catz 13-1-2021 03:04 PM
normal la tu.. kut korang jadik boss pun time2 cobid ni nak membela extra staff ke?

even opeh katup, staff lak harap gaji jalan ... apooooo
Quote AbukRokok 13-1-2021 03:09 PM
rasa apa 97% ada rasa blueberri?
Quote alieyrina 13-1-2021 03:36 PM
Boleh tahan sakit kepala jugak dgn peel budak2 lani buat keja..suka2 hati depa masuk opis..sat mai sat x mai
Quote Redmyvi 13-1-2021 04:22 PM
Kalau MCO benda2 mcm ni pun dah boleh jangka.. jangankan new intake.. staff lama pun 50.50 jer nie
Quote chinta89 13-1-2021 04:28 PM
Menteri yg sibuk pru dan rakyat yg sibuk bercuti sana sini peduli ape psl ni. Diorg stress tau kena fikir :
Menteri : mslh negara mcmna nk jd PM
Rakyat : Otak dah jem dan alami tekanan perasaan sb duit x habis nih kena g jln2 mkn angin, kurang2 petik stoberi kat kameren, borong coklat kat langkawes, jln2 kat melacassss sana.
Quote Artemesiaa 13-1-2021 05:01 PM
Patut dah dijangka sebab pasti majikan tak mahu ambil risiko
Quote Supersirap 13-1-2021 06:10 PM
bertabahlah dalam waktu begini
Quote akies 13-1-2021 07:14 PM
Takpelah..takde rezeki lagi.
Boleh cuba tempat lain.
Bersangka baik
Quote RatuDunia94 13-1-2021 09:02 PM
Buat kerja sendiri.. x boleh bergantung pada syarikat2 utk hire u bekerja.. sb tu iols rasa habis je spm terus buat basic bisnes sendiri instead of buang masa masuk u 3-4 tahun end up termenung menunggu panggilan kerja.
Quote gigahertz 14-1-2021 08:27 AM
Redmyvi: Kalau MCO benda2 mcm ni pun dah boleh jangka.. jangankan new intake.. staff lama pun 50.50 jer nie

Mall boleh bukak kan masa mco dua minggu ni?
Quote nanies 14-1-2021 10:05 AM
takpe. InsyaAllah ada rezeki kat tempat lain
Quote mamasaffiya 14-1-2021 09:44 PM
Adik iols masa umum MCO baru dpt keje tetap 3 hari. Keje kedai bakery lah. Kedai tu baru sehari bukak esoknya dah MCO. Alhamdulillah harap2 dia kekal lah dengan kerja ni. Mmg lah gaji x seberapa mcm sebelum ni tp yg penting ada keje
Quote anony-mous 15-1-2021 03:40 AM
RatuDunia94 replied at 13-1-2021 09:02 PM
Buat kerja sendiri.. x boleh bergantung pada syarikat2 utk hire u bekerja.. sb tu iols rasa habis je ...

Not good if everyone doing bisnes. I bisnes dah lama jugak since before pkp1.0, masa pkp 1.0 dpu sedap je jualan then start notis makin low,pkp2.0 jatuh tergolek terus bisnes because what happened is too many seller compare dgn buyer. Bg i sgt bahaya situasi org mkn gaji makin sikit. Economy will stuck. What happened now, seller makin ramai, buyer makin kurang, berlaku perang harga, and ramai xmampu hire staff dah sbb jualan pon xuntung byk. Rindu nya hidup pre covid

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.038403 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top