|
Seorang pelajar membuat laporan polis selepas mendapati gambarnya dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pelajar kolej swasta berusia 18 tahun itu membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada rakan yang ternampak status dimuat naik di Facebook (FB) memaparkan beberapa akaun dan gambar aplikasi berkenaan. "Salah satu gambar iaitu wanita bertudung adalah gambarnya yang pernah dimuat naik di Instagram miliknya. "Laporan polis dibuat untuk menafikan dia mempunyai akaun di aplikasi berkenaan dan bimbang gambar disalah gunakan," katanya. Ahmad Shukri berkata, kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.113362 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.