CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Geng Publika Dan Geng Ustaz? Bukan Senang Nak Lagakan Kami' - PAS

18-2-2021 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1947| Komen: 6

Description: PAS menolak dakwaan kononya parti itu berdepan perpecahan susulan kewujudan dua kumpulan dalam parti Islam itu yang dikenali sebagai “geng Publika” dan “geng Ustaz”.
PAS menolak dakwaan kononya parti itu berdepan perpecahan susulan kewujudan dua kumpulan dalam parti Islam itu yang dikenali sebagai “geng Publika” dan “geng Ustaz”.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad membuat penafian itu selain berkata, beliau tidak mengetahui pihak mana yang cuba mencetuskan khabar angin itu sedangkan pucuk pimpinan parti berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang pergolakan.



Kredit foto: Bernama

“Kami dalam PAS tenang sahaja,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas laporan yang tular di media sosial kononnya PAS berpecah kepada dua kumpulan.

Perpecahan itu kononnya merujuk kepada dua kumpulan dalam PAS, iaitu “geng Publika” yang merupakan kumpulan pro-PBM dan “geng Ustaz” yang memihak kepada Umno dan dikatakan cuba menukar presiden parti itu, Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir ketika dihubungi menyifatkan pihak yang cuba mencipta persepsi kononnya berlaku perpecahan dalam parti, termasuk percubaan menukar pemimpin, “cemburu” dengan prestasi parti Islam itu yang kini berada pada kedudukan terbaik.


Katanya, percubaan pihak lawan untuk melaga-lagakan pemimpin PAS bukanlah sesuatu yang mudah, malah adalah usaha yang sia-sia dan orang ramai tidak perlu melayan kabar angin tersebut.

“Dalam keadaan prestasi PAS pada tahap paling baik dalam sejarahnya, mustahil mahu ubah pucuk pimpinan tertinggi.

“Malah PAS lebih kuat pada kedudukan hari ini untuk terus mencatat prestasi lebih baik dalam PRU akan datang.

“Saya percaya banyak pihak, terutama musuh PAS iri hati dengan pencapaian ini dan cuba mencetuskan ketegangan dengan mengadu domba.

“Bukan senang nak laga-lagakan PAS di peringkat ini,” katanya.

Dakwaan wujudnya pertembungan dua aliran dalam PAS bukanlah perkara baharu dan sering timbul, khususnya menjelang pemilihan parti, dan usaha itu tidak memberi kesan besar kepada sokongan akar umbi parti itu.

Setakat PAS belum mengumumkan tarikh muktamar agungnya untuk memilih pucuk pimpinan baharu setelah sesi 2019-2021 berakhir.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 18-2-2021 05:30 PM
nasib baik geng spender zaza da blah

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote CiliPadiSedap 18-2-2021 05:46 PM
pas pecah tiga ke?

pas sama je dengan umno. PKR PPBM PEJUANG semua serpihan umno.
Quote Nes3in1 18-2-2021 08:36 PM
Ingatkan gambar kuih bakar tadi. {:smile
Quote batusembilan 18-2-2021 08:55 PM
ramai yg cemburu dgn Pas.

ini strategi terakhir mrk unt pecahkan Pas.

sorry Pas bukan kaki makan rasuah.
Quote dodolgemok 19-2-2021 08:28 AM
Aik, parti lobai shumul melayu majority bala jmpa nabi pon berpecah jugak? Takziah la duta khas timur tengah
Quote orion_pax 21-2-2021 10:24 AM
PAS takkan berpecah.sekali tuan guru hadi berdoa, langsong menggelupur para pengkhianat nanti..geng pengkhianat ni tak tahu ka tuan guru  hadi punya doa amat2 mustajabbbbbb???...haaaaaaaaaaaaaaa?????

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.044951 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top