CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa bumi landa Pasifik: Ombak tsunami dikesan, beberapa pantai diarah dikosongkan

5-3-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1880| Komen: 1



WELLINGTON: Ombak tsunami dikesan susulan beberapa gempa bumi kuat melanda Pasifik Selatan, menyebabkan kawasan pesisir di New Zealand, New Caledonia dan Vanuatu diarah dikosongkan segera, hari ini.

"Ombak tsunami dikesan," menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

Pusat itu memaklumkan, beberapa ombak awal yang kecil telah dikesan berhampiran ibu negara Tonga, Nuku'alofa, berukuran kira-kira tiga sentimeter.

Bagaimanapun, ombak tsunami menjadi semakin besar apabila melintasi lautan.

Susulan itu, pusat berkenaan memberi amaran bahawa beberapa kawasan, termasuk Vanuatu dan New Caledonia di wilayah Perancis, boleh dibadai ombak besar mencecah hingga tiga meter selepas tiga gempa bumi kuat melanda dengan yang terbesar berukuran 8.1 magnitud. - AFP


Sumber :  Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 5-3-2021 10:29 AM
habisla tenggelam negara2 kecik terumbu karang tgh2 pasifik tuh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.106139 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top