CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi

5-3-2021 01:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4455| Komen: 20

Description: KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) C ...



KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatannya mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.

Jelas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd,

Berdasarkan carian di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Hizar Farhan berkata, Abu Hanifah pernah menjadi pemegang saham terbesar untuk kedua-dua syarikat berkenaan, iaitu DGB dan SKSB.

“DGB merupakan sebuah syarikat induk yang mana di bawahnya ada beberapa anak syarikat antaranya syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).

“DTSB merupakan syarikat yang telah dianugerahkan onktrak pembekalan cip pasport untuk tempoh selama lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport antarabangsa Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya sewaktu perbicaraan.


Selain itu, Mohd Hizar Farhan turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah meneliti beberapa kandungan surat berhubung penglibatan DGB melalui DTSB dalam projek pembekalan cip pasport.

Antara kandungan surat yang beliau teliti, surat DTSB bertarikh 26 Mei, 2014, memohon pertimbangan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubungkait tender berkenan; surat DTSB bertarikh 7 Oktober, 2014 kepada Ketua Setiausaha KDN untuk memohon pertimbangan Ahmad Zahid; serta surat DTSB bertarikh 9 Oktober, 2014, juga kepada Ahmad Zahid untuk memohon mendapat surat setuju terima (STT).

Berdasarkan siasatan terhadap surat-surat rasmi berkenaan, Mohd Hizar Farhan berkata, beliau mendapati terdapat bukti jelas Ahmad Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta.

Tambahnya lagi, bukti siasatan menjurus ke arah wang berkenaan sebagai upah dalam memainkan peranan mengarahkan proses kelulusan permohonan DTSB untuk membekalkan cip pasport tersebut disegerakan sehingga DTSB dilantik sebagai kontraktor pembekalan.

Terdahulu, perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana melibatkan Ahmad Zahid, bersambung hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Ia bersambung semula selepas Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan pada 22 Februari lepas, susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempunyai kontak rapat dengan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka berada dalam bilik yang sama di pusat ILMU, Janda Baik, sewaktu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tiga hari sebelumnya, iaitu pada 19 Februari 2021.

Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.

Sebagai imbasan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, berdepan dengan 47 pertuduhan meliputi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Dakwaan menerima RM6 juta dari Abu Hanifah merupakan pertuduhan ke 14, dan ke 15 daripada keseluruhan 47 pertuduhan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Gan Peng Kun,, manakala pembelaan diketuai peguam Hisham Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.




Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah
7

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 5-3-2021 09:00 AM
wow...ini macam
Quote hatikudus 5-3-2021 11:21 AM
DGB & DTSB tak didakwa dgn kesalahan beri rasuah ke?
Quote Belibis 5-3-2021 11:25 AM
Mopiko: wow...ini macam

Atas nama perjuangan bangsa(t) dan negara.apa la sangat setakat 6j.
Quote KakakGoyang1 5-3-2021 12:37 PM
Wow ini ini ini ini ini
Quote ifanonline 5-3-2021 12:51 PM
inilah akibatnya lantik org indon jadi ketua melayu
Quote Sham143 6-3-2021 12:29 PM
Edited by Sham143 at 6-3-2021 12:34 PM

Fuhh.. Sebab tu bermati-matian nk pertahankan jawatan... Berjuta2 songlap rupanya.. Rakyat kat bawah ada yg nk makan pun susah.. "HIDUP PEMIMPIN MELAYU!!!"
Quote tripleid 6-3-2021 12:39 PM
Edited by tripleid at 6-3-2021 12:40 PM

inilah bakal PM9 kita..kes rasuah keliling pinggang

menteri2 kaki rasuah negara afrika pn surender tgk betapa cemerlang,gemilangnya wak jahid kita nih menyamun
Quote Orennn 6-3-2021 11:57 PM
Dah mmg tahu dah, ingat klu ada project kejaan apa2 dorg nak bagi free2 ke kat mana2 company, harus menteri mintak duit punyalah, itulah cara dorg buat duit juta2 dlm sekelip mata. Lps tu company yg dpt project kena kurangkan kualiti yg diberikan utk cover duit rasuah byr menteri. Ujung2 rakyat dpt service pprt harga yahudi krm manusia2 bangsatttt mcm zahid hamidi ni. N asalnya duit yg dibayar pd company utk project kjaan adalah duit tax yg dikutip seluruh alam, dan sebahagian duit tax tu jugaklah  adalah  duit yg diberi balik kpd pak2 menteri sebagai duit rasuah atas balasan kerana tolong bagi project kat company tersebut. Jadinya rakyat keja keras mcm nak rak keluar pagi buta balik malam byr tax lps tu duit tax hasil titik peluh penat lelah rakyat dirembat senang2oleh pak2 menteri. Bangsatttt tak perangaiiii hanjeng2 ni semua?
Quote Orennn 7-3-2021 12:05 AM
Tak sabar nak tunggu sibangsat zahid hamidi ni kena masuk penjara, banyak sgt kejahatan dia pd rakyat n negara. Tu belum masuk anak pompuan dia yg mcm kak mah2.0
Quote ifanonline 7-3-2021 12:06 AM
bangsa melayu sudah kena tipu dgn umno
Quote ~boolean 7-3-2021 12:13 AM
Bangsat ni juga lah yang setiap tahun pergi umrah...


Quote oranjes 7-3-2021 01:06 AM
~boolean replied at 7-3-2021 12:13 AM
Bangsat ni juga lah yang setiap tahun pergi umrah...

Cuci duit dgn dosa satu kali jalan
Quote Orennn 8-3-2021 01:34 AM
@becir thread makcik @azmee06 dah kena tutup secepat kilat, thread lama rupanya aku pun baru tahu, nampak ada kat atas2 aku pun comment lah rupanya thread lama, sapa yg naikkan nmpk mcm aku pulak yg pegi mencari, apapun dptjugak lepaskqn rindu dendam pd makcikazmeee06 kohkohkohhhhh. Btw rasa  tak puas tak dpt reply ko wo aku copy paste ke sini yach lol

Sis Oren, clan Johor so far mana da belajar tetinggi masuk unibesiti bagai...so yeah..



Itulah belajar sampai spm je klu tak salah walaupun anak raja duit berkepuk takde masalah ekonomi, tak perlu kena buat keja rumah tolong jaga adik segala mala mcm marheans tp malas n bodoh tak gunakan peluang n privilege yg ada utk tuntut ilmu jd cerdik sikit ujong2 bila tok laki naik pangkat dia tipu ada degree,  boleh? lps tok laki dia naik pangkat dia kan kecoh dgn peranagi attention seeker so adalah keluar biodata psl dia somewhere aku baca, gelak gulin2 aku baca dia pun menipu part tahap pendidikan, konon ada degree dr uni spore, boleh?booobooobuat malu jahhh sama jah perangaiii mcm politicians menipu rakyat jelata psl taraf pendidikan dorg.Sekolah tak tinggi lps tu menipu rakyat konon ada degreee, takde integrity langsungggggg boooo boooooooooo
Quote monsterwife 8-3-2021 09:29 AM
Orennn replied at 7-3-2021 12:05 AM
Tak sabar nak tunggu sibangsat zahid hamidi ni kena masuk penjara, banyak sgt kejahatan dia pd rakya ...


Takkanlah manusia yg sebaik dia yg mengajar anak ppuan dia agar jangan aibkan orang bisa mengambik rasuah
Quote namieamuro 8-3-2021 10:00 AM
Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.


byk kali tangguh. hmm.

Quote becir 8-3-2021 05:42 PM
Orennn replied at 8-3-2021 01:34 AM
@becir thread makcik @azmee06 dah kena tutup secepat kilat, thread lama rupanya aku pun baru tahu, n ...

Haiyo sis Oren, I speku someone menangis di bucu katil lantas thread diarah tutup mungkin? And I tak tau pulak Ada kes 'upgrade' edukesyen..nak berdiri Sama level ngan kak ipar classy lagi highly educated tu agaknya...gitu I husnuzon hokehhh
Quote batusembilan 8-3-2021 05:56 PM
namieamuro replied at 8-3-2021 10:00 AM
Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.


...

gigih berusaha unt tangguhkan kot2 la tukar pm umno bn.......selamatttttt
Quote Orennn 9-3-2021 02:19 PM
monsterwife replied at 8-3-2021 09:29 AM
Takkanlah manusia yg sebaik dia yg mengajar anak ppuan dia agar jangan aibkan orang bisa mengamb ...

Over nak mamposss pujian anak dia tu, mcm tak kena dgn zahid hamidi, terdesak nak tarik simpati n sokongan utk bapak dia di tgh2 puak umno ada yg nak kick out si zahid tu
Quote notM 9-3-2021 02:23 PM
Edited by notM at 9-3-2021 02:26 PM

Siapa beli saham Datasonic....baik cepat cabut lari

Rasa ada forummer beli share Datasonic x ingat sape

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.273160 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top