CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Otai' polis lawan penjenayah Botak Chin dan Bentong Kali masih gagah

5-3-2021 01:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2862| Komen: 9

Description: Serdang: Bukan sahaja pernah terbabit dengan kes Botak Chin serta Bentong Kali, malah turut berdepan peristiwa 'hitam' apabila dua keretanya disimbah asid selain diserang penjenayah bersenjata.


Serdang: Bukan sahaja pernah terbabit dengan kes Botak Chin serta Bentong Kali, malah turut berdepan peristiwa 'hitam' apabila dua keretanya disimbah asid selain diserang penjenayah bersenjata.

Itu antara pengalaman sukar dilupakan Sub Inspektor (B) Lim Tee Siang, 84, sepanjang khidmatnya bertugas sebagai anggota polis bermula 1957.

Tee Siang berkata, sepanjang perkhidmatannya, beliau banyak bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Macam-macam pengalaman menarik saya lalui ketika bertugas dahulu termasuk kereta pernah disimbah dengan asid sebanyak dua kali kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja saya.


"Malah, saya pernah terserempak dengan penjenayah bersenjatakan pistol yang cuba melepaskan tembakan untuk meloloskan diri. Namun, saya sempat menghalangnya daripada melepaskan tembakan walaupun saya tidak mempunyai senjata ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Serdang, di sini, semalam.

Keberanian ditunjukkan beliau sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) membolehkannya menerima 56 surat penghargaan atas jasanya membanteras jenayah.



"Setiap kali bertugas, saya tidak pernah ada rasa takut kerana saya sentiasa sematkan dalam hati bahawa anggota polis perlu berani untuk melawan penjenayah.

"Saya merasa terharu apabila ada lagi insan terutama dalam kalangan komuniti PDRM sendiri yang mengingati jasa kami sebagai bekas anggota polis dengan mengadakan program lawatan," katanya.

Beliau adalah antara empat individu yang dilawati oleh Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah menerusi Lawatan Menyantuni Pesara Polis, Balu Polis serta Petugas Polis Era Darurat di daerah ini, tadi.

Selain Tee Siang, Razali turut melawat tiga lagi individu iaitu Sub Inspektor (B) Sofia Abdullah, 77, Special Constabel Dahali Zakaria, 88 dan balu kepada Sarjan Mohd Zaidi AbuBakar, Noraini Yasin, 41, di kediaman mereka di sekitar daerah ini bermula jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Razali berkata, lawatan berkenaan adalah bagi menyatuni pesara polis, balu polis serta petugas polis yang terbabit dengan peristiwa darurat pada 1948.

"Sebelum ini, kami ada mengadakan program pendaftaran bagi e-pesara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dengan 76 pegawai dan anggota polis yang tinggal di daerah ini yang sudah bersara mendaftar dalam program itu.

"Melalui pendaftaran itu, kami menjejaki mereka untuk menziarah mereka supaya mereka rasa dihargai serta tidak terasing daripada komuniti polis selain memberikan sumbangan barang keperluan," katanya.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-3-2021 06:22 AM
Teringat kawan ayah iols kete kena pecah sebab ada sticker fru
Sejak tu...sticker fru ditukar kepada gambar rumah dan "penduduk sekian sekian"

Hahaha...
Quote chandrahusin 5-3-2021 06:42 AM
Thank you Uncle. Respect!
Quote gaban_spacecop 5-3-2021 09:01 AM
Orang2 mcm ni la yg sepatutnya diberi pangkat2 oleh kerajaan dan sultan. Beserta dengan ganjaran2 yg sepatutnya....
Quote Belibis 5-3-2021 09:05 AM
gaban_spacecop: Orang2 mcm ni la yg sepatutnya diberi pangkat2 oleh kerajaan dan sultan. Beserta dengan ganjaran2 yg sepatutnya....

Datin paduka tutttt lagi banyak jasa kottt..hari2 pos masakan.
Quote tukul 5-3-2021 09:10 AM
Belibis replied at 5-3-2021 09:05 AM
Datin paduka tutttt lagi banyak jasa kottt..hari2 pos masakan.

Tuuuttttt mana u
Quote Belibis 5-3-2021 11:22 AM
tukul replied at 5-3-2021 09:10 AM
Tuuuttttt mana u

Tuuttt yang putih macam mayat tu laa..
Quote Artemesiaa 5-3-2021 01:04 PM
Nampak masih sihat walau dah berusia
Quote tukul 5-3-2021 05:32 PM
Belibis replied at 5-3-2021 11:22 AM
Tuuttt yang putih macam mayat tu laa..

Hahah.....mesej diterima
Quote rajamoney 5-3-2021 07:00 PM
this is malaysian!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056139 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top