CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eksport produk getah Malaysia tertinggi dalam sejarah

5-3-2021 01:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2141| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR: Produk getah Malaysia mencipta sejarah baharu apabila nilai eksportnya mencecah RM40.96 bilion tahun lalu, paras tertinggi baharu hasil manfaat yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.



KUALA LUMPUR: Produk getah Malaysia mencipta sejarah baharu apabila nilai eksportnya mencecah RM40.96 bilion tahun lalu, paras tertinggi baharu hasil manfaat yang dicetuskan oleh penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia (MRC), Brandon Chan, berkata prestasi menakjubkan eksport produk getah negara majoritinya disumbangkan oleh sektor barangan berasaskan susu getah yang menyumbang 90 peratus daripada keseluruhan eksport tahun lalu.

"COVID-19 memberi impak lebih positif kepada sektor getah Malaysia apabila nilai eksport melepasi angka RM40 bilion tahun lalu, melonjak 75.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Prestasi kukuh disumbangkan lonjakan eksport barangan berasaskan susu getah yang merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun 95.3 peratus tahun lalu.


"Produk berasaskan susu getah juga menyumbang 90 peratus kepada eksport keseluruhan, melonjak 81 peratus berbanding 2019," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sektor barangan berasaskan susu getah kebanyakannya merangkumi peranti perubatan seperti sarung tangan dan tiub getah.

Chan berkata, peningkatan ketara eksport produk berasaskan susu getah disebabkan permintaan tinggi daripada sektor kesihatan dan perubatan di seluruh dunia bagi menangani penularan COVID-19.

"Justeru, sarung tangan getah sahaja menyumbang 86 peratus kepada eksport produk getah Malaysia.

"Industri sarung tangan menyumbang RM35.3 bilion daripada pendapatan eksport 2020, meningkat dua kali ganda atau 103 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Di peringkat global, Malaysia menyumbang lebih 60 peratus kepada permintaan sarung tangan dunia. MRC menjangkakan penguasaan pasaran berkembang kepada 68 peratus tahun lalu," katanya.

Jumlah keseluruhan eksport ke Amerika Syarikat (AS), pasaran terbesar produk getah Malaysia melonjak hampir 79 peratus kepada RM12.96 bilion tahun lalu daripada RM7.25 bilion.

Pasaran utama lain eksport produk getah negara yang menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam eksport seperti Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 101 peratus, Jepun (64 peratus), United Kingdom (157 peratus) dan China (82.4 peratus).

Berdasarkan prestasi kukuh, industri produk getah negara secara keseluruhannya menyumbang hampir lima peratus kepada nilai eksport Malaysia tahun lalu.

Mengenai prospek tahun ini, Chan berkata, MRC kekal optimis bahawa permintaan produk getah kekal berdaya tahan.

Katanya, MRC menjangkakan permintaan sarung tangan perubatan akan menjadi normal lepas vaksin COVID-19 dijangka tersedia secara meluas pada separuh kedua tahun ini.

"MRC kekal positif dengan prospek industri ini dengan aktiviti ekonomi dijangka pulih secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

"Ketika ini peserta tempatan sedang melaksanakan rancangan pengembangan untuk menyokong pertumbuhan permintaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran, industri mungkin berdepan beberapa cabaran tahun ini termasuk risiko geopolitik, peningkatan persaingan negara lain, ketegangan perdagangan dan kelembapan ekonomi global yang berterusan akibat pandemik.

"Dengan latar belakang yang mencabar ini, MRC akan terus melaksanakan inisiatif baru yang memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dan penerapan teknologi canggih serta membantu industri ke arah memperkasakan perniagaan lebih lestari," katanya.

Chan berkata, MRC turut menggariskan beberapa strategi bagi mengekalkan fokusnya ke arah usaha mewujudkan nilai tambah kepada industri getah Malaysia bagi memastikan ia kekal mampan serta berdaya saing untuk berdepan ketidaktentuan pada masa depan.

"Syarikat pengeluar produk getah perlu meneroka peluang mengembangkan produk untuk sebab atau tujuan lain.

"Tahun ini, MRC akan memulakan inisiatif utama untuk membantu industri meningkatkan nilai rantaian global dengan meneroka saluran dan program yang ditawarkan oleh Organisasi Pembangunan Antarabangsa (IDO) bagi menjangkaui pasaran yang belum diterokai," katanya.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-3-2021 03:48 AM
Penoreh getah tgh untung lah tu
Quote dudaberhias 5-3-2021 04:16 AM
wow bagusss... thailand macam mana masih no.1 ke?
Quote dudaberhias 5-3-2021 04:17 AM
Perawankota replied at 5-3-2021 03:48 AM
Penoreh getah tgh untung lah tu

tak untung pun rasanya kaka sebab harga siling getah dah di tetapkan haritu... yang untung kilang tongkang topglove tu jah... pekerja di kerah buat kerja...
Quote Perawankota 5-3-2021 04:24 AM
dudaberhias replied at 5-3-2021 04:17 AM
tak untung pun rasanya kaka sebab harga siling getah dah di tetapkan haritu... yang untung kilang  ...

Yer gak kan.. Harap2 top Glove tu jaga SOP betul2.. Jgn jadik macam hari tu smpi beribu2 kena covid kt kilang. Untung byk, SOP buat sambil lewa
Quote cmf_premierleag 5-3-2021 05:32 AM
bukan ke kilang gloves kat msia ni majoriti guna nitrile or getah sintetik???
kalo guna getah asli,jenuh nk tggu production siap
Quote ajinomotonosuga 5-3-2021 05:43 AM
Getah takdak plak depa nak ban...napa kaco sawit?

Ce mesia indon n siam counter ban..sapa ban sawit depa di ban beli getah!!!
Quote jiwasemangat 5-3-2021 08:41 AM
Kalau dolu22.. kalau harga getah naik.. menjadi petunjuk pemilu dah dekat
Quote Mopiko 5-3-2021 09:01 AM
jiwasemangat replied at 5-3-2021 08:41 AM
Kalau dolu22.. kalau harga getah naik.. menjadi petunjuk pemilu dah dekat

pemilu tu apa?
Quote Belibis 5-3-2021 11:27 AM
Ironinya..penoreh getah tetap dalam kalangan miskin tegar.
Quote S1nch4n 7-3-2021 10:54 AM
Tertinggi?!! Kito penoreh gotah masih gini jo
Quote cupu 7-3-2021 12:04 PM
Penoreh ni mcm nelayan la...xkaya2...tp org selepasnya blh kaya raya plk.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058673 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top