CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zahnita Failkan Tuntutan Fasakh

3-12-2013 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32104| Komen: 148



ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?

Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.

"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!

"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.

"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.

Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.

Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.

Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.



Peluang terkubur

Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.

"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.

"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.

Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.

"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.

Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.

Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.

"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.


ZAHNITA Dorothy Hussein Wilson dan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor

Comeback

Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.

"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.

"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.

"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.

Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.

"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.

"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.

"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.



1

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 3-12-2013 08:59 AM
kesian dah tak boleh perbaiki dah rumahtangga jalan paling mudah berpisah. ingatan pada sesiapa kat luar sana walaupun cantik mana pun kalau rumah tangga dah bergolak akan tetap kena cerai atau di minta cerai sekian terima kasih! so tak yah lah nak tunjuk sangat yg bahagia tahan langit 7
Quote yayah8989 3-12-2013 08:59 AM
ha ah la bape umo dia kawen ritu?
Quote miawpink 3-12-2013 09:01 AM
ni ye suami nya

Quote cikperiukkera 3-12-2013 09:02 AM
Ni yg muka iras2 tok ti kn? Kesiannyaaaaa
Quote sofahani 3-12-2013 09:09 AM
cantik dia ni. selalu aku tgk muka dia kat Jakel.
Quote peah311 3-12-2013 09:10 AM
cerai pulak dah...rasa ritu ada pasal dia masuk tv, bawak anak g swim kan..ke org lain..model gak..rasa die ni..
Quote rocktail 3-12-2013 09:11 AM
maybe itu jalan yg terbaik utk dia..mane nak tau kan
Quote mawarmatahari 3-12-2013 09:13 AM
suka tgok senyuman zahnita and anak-anak..comel sgt.
Quote juliez 3-12-2013 09:15 AM

minah ni husband dia tak handsome muka mamak habis

Quote budakmanentah 3-12-2013 09:18 AM
aku suke dia ni...cantik...anak 2 badan menten.
Quote cmf_premierleag 3-12-2013 09:19 AM
dulu2 ms zaman remaja, dia kan kapel dgn raja razman
kemain bangga canang seantero yg bf dia anak raja
skang RR kawen dgn maryam murni (model gak)
Quote nurelle 3-12-2013 09:20 AM
errr...nak wat comeback berlakon??

xyah kot..

masa dia blakon ngn yuci ngn erra tu pun da cukup kayu..

xyah nk rindu berlakon sgt bole???
Quote aulya 3-12-2013 09:21 AM
maybe ada hikmah
Quote ikaizraa 3-12-2013 09:21 AM
cerai jelah kalau tu jln terbaik.
nanti lepas ni sure dato2 nak jadikan kau isteri diorg. tp pilih dato yg single tau.
Quote rosmahisham 3-12-2013 09:24 AM
sian jgk dgn nasib zahnita ni..msh terigt2 kes arwah bapak dia...aku mengharapkan dia ni bahagia bila kawin..tp bercerai jugak akhirnya...
Quote ida88 3-12-2013 09:26 AM
Next janda hot
Agak terkejut dgr die nk bercerai
Ape pun goodluck zahnita
Quote Eliadaisy83 3-12-2013 09:27 AM
sueism posted on 3-12-2013 08:59 AM
kesian dah tak boleh perbaiki dah rumahtangga jalan paling mudah berpisah. ingatan pada sesiapa kat  ...

Kalau ada butang like, rasanya aku nak like statement ni 1000x...


Quote haryatie 3-12-2013 09:54 AM
sueism posted on 3-12-2013 08:59 AM
kesian dah tak boleh perbaiki dah rumahtangga jalan paling mudah berpisah. ingatan pada sesiapa kat  ...

betul tu..
x semua yg diharapkan menjadi kenyataan
kdg2 terpaksa buat pilihan yg bukan sebenarnya menjadi pilihan.. Last edited by haryatie on 3-12-2013 09:56 AM

Quote sueism 3-12-2013 09:59 AM
Eliadaisy83 posted on 2-12-2013 03:27 PM
Kalau ada butang like, rasanya aku nak like statement ni 1000x...

terimakasih byk tapi memang tu lah kenyataan hidup
so toksah lah riak sangat nak tunjuk yg muka kita comei ,
lawa dan kebahagian, sebab cerai ke tak belum tentunya,
dan kalau muka comei mana pun kalau dah nak kena cerai
di ceraikan jugak maka iktibar sini cantik tak jamin kebahagian

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.242889 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top